Thursday, June 5, 2014

HISHAMUDDIN SILAP BESAR ! SEORANG LAGI PAKAR TIDAK DIPANGGIL.


Kalau Hishamuddin sanggup merendah diri sikit, panggil pakar ni. Dia bukan sahaja pakar dalam bidang penerbangan tetapi pakar dalam semua bidang.
Dia adalah anugerah Tuhan ! Kalau pakar ini dipanggil, pasti dalam masa sesaat segalanya akan selesai.

Pakar Putar !
Datuk Seri Hishamuddin Hussein sedikitpun tidak terganggu dengan pelbagai tohmahan pelbagai pihak yang mempertikaikan cara beliau mengendalikan Peristiwa MH 370. Sebaliknya janji untuk meneruskan usaha pencarian ditunaikan walaupun pihak yang ' menyerang' beliau dah kehabisan tenaga dan senyap.

KUALA LUMPUR 4 Jun - Pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di koridor selatan meliputi Lautan Hindi adalah lokasi yang tepat dan telah disahkan oleh pakar-pakar seluruh dunia.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tidak timbul keraguan terhadap operasi mencari pesawat tersebut yang penerbangannya disahkan berakhir di situ, cuma kesukaran dialami pasukan mencari disebabkan kawasan pencarian terlalu luas.

Menurut beliau, kegagalan mencari kotak hitam pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu turut menyumbang kepada kesukaran tersebut, justeru pakar yang terlibat bergantung sepenuhnya kepada hasil pemetaan bentuk muka bumi dasar laut dan masih mencari pendekatan baharu untuk merungkai misteri kehilangan berkenaan.

“Tidak ada keraguan bahawa koridor selatan adalah tumpuan kita, cuma kawasannya luas, maka pakar dari China, Amerika Syarikat (AS), Malaysia, United Kingdom (UK) dan negara-negara Eropah masih mencari lokasi tepat penerbangan pesawat itu berakhir.

“Lokasi yang kita cari berdasarkan isyarat ping yang diperoleh kapal Australia, Ocean Shield tapi kalau kita tidak jumpa kotak hitam, maka kena guna kepakaran yang ada untuk kenal pasti lokasi baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengetuai mesyuarat berhubung operasi pencarian MH370 melibatkan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Hotel Royale Chulan di sini.
Persoalan tentang lokasi terakhir MH370 timbul selepas Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang mengetuai pencarian seperti dilaporkan media baru-baru ini percaya bahawa Lautan Hindi bukanlah lokasi sebenar kapal terbang itu berakhir.
Menurut JACC, perkara itu disahkan selepas operasi di lokasi pencarian menggunakan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV), Bluefin-21 yang telah ditamatkan, tidak menemukan apa-apa yang berkaitan dengan MH370.
Hishammuddin berkata, pencarian memang masih gagal menemui petunjuk baharu, namun kesemua pakar terlibat percaya Lautan Hindi adalah lokasi tepat, malah tiada pihak yang tampil dengan fakta dan data untuk menafikan perkara tersebut.

Sehubungan itu tegasnya, perkara paling penting adalah kerajaan berjanji kepada semua ahli keluarga 239 individu di dalam pesawat tersebut bahawa operasi pencarian akan diteruskan sehingga MH370 dapat ditemui.
Serentak dengan itu, katanya, enam syarikat gergasi di negara ini yang mempunyai kepakaran antaranya Petronas, Sapura Kencana, Bousted Holdings Berhad dan DRB Hicom Defence Technologies Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk membantu usaha pencarian pesawat berkenaan.
Selain itu, tentang penghantaran aset katanya, beliau telah mendapat komitmen daripada Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel untuk menghantar beberapa lagi aset tentera negara itu yang mempunyai keupayaan melakukan pencarian di dasar laut.
Sementara itu katanya, sudah tiba masanya kerajaan membincangkan kos yang perlu dibiayai sepanjang fasa baharu pencarian walaupun sebelum ini semua pihak terlibat tidak meminta sebarang bayaran daripada Malaysia.
“Satu jawatankuasa yang diketuai Datuk Jailani Johari (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia) akan ke Canberra, Australia untuk membincangkan soal kos.

“Sehingga hari ini tiada kos yang terpaksa dibayar oleh Malaysia, namun untuk berlaku adil termasuk kepada Australia dan China serta negara lain, kita kena cari jumlah yang munasabah," jelasnya.- Utusan

Bahkan aku rasa Hishamuddin telah berjaya mempengaruhi banyak negara untuk bersama sama Malaysia melaksanakan misi ini. Anwarpun tak boleh nak komen sekarang sebab Hishamuddin dah jadikan ' tragedi ' ini sebagai tragedi antarabangsa. Sebab itu Anwar tak berani nak cakap banyak dah, sebab makin banyak dia bercakap, makin jelas kebodohannya...

Sikap tidak ghairah Hishamuddin memberikan kenyataan diakui telah menyelamatkan beliau daripada melakukan kesilapan. Australia, China, USA,
masing masing mainkan peranan penting sehingga gabungan ini mencetuskan fenomena baru dalam sejarah penerbangan.



VIDEO- PELAJAR PEREMPUAN GADUH SAMPAI NAMPAK SPENDAR !





Apa ni weii! Ada orang kata budaya ganas ini ada kaitannya dengan beberapa demonstrasi yang pembangkang anjurkan. Logiknya ada, tengok mesyuarat PKR !

Wednesday, June 4, 2014

VIDEO ..BETULKAH CINA SEDIH DYANA KALAH ! SAKSIKAN...





Ada sorang dua tunjuk sedih sebab kamera fokus. Yang tak kena terjah dengan kamera berselera benar nampaknya.

MCA BOLEH BANTU SESIAPA NAK BESARKAN ZAKAR !

Seorang lelaki berang apabila alat yang dibelinya melalui  talian untuk membesarkan saiz zakarnya hanya mampu membuatnya nampak lebih besar tanpa sebarang pembesaran fizikal.

Menurut laporan Star Online, setelah membelanjakan RM450, beliau hanya menerima kanta pembesar.

Berang dengan apa yang berlaku, lelaki itu mengadu kepada MCA.

Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Michael Chong berkata lelaki dari Seri Kembangan itu, yang hanya dikenali sebagai Ong, adalah mangsa penipuan dalam talian.

"Apabila menerima bungkusan, dia terkejut apabila mendapati kanta pembesar di dalamnya," Chong dipetik sebagai berkata.

Untuk memburukkan lagi keadaan - tidak pasti sama ada ianya satu gurauan atau sebaliknya - ia datang dengan arahan ringkas yang berbunyi: "Jangan gunakan di bawah cahaya matahari".

Chong berkata Ong adalah antara beberapa mangsa yang kerugian sejumlah RM80,000 tahun ini sahaja kerana menjadi mangsa penipuan sedemikian.


Ulasan

1. Pasal apa yang ghairah sangat nak besarkan zakar ? Pelikkan...
2. Jangan marah MCA kerana gagal pengaruhi pengundi Cina, dia ada kerja lain 
    yang berjaya dia laksanakan..


Tuesday, June 3, 2014

AKHIRNYA ERRA FAZIRA DITAWAN AARON AZIZ...


Jodoh pertemuan, ajal maut betul betul urusan Allah Ta'ala. Kita boleh usaha ikhtiar tapi kesudahannya Allah juga yang menentukan. Demikianlah dengan artis ternama tanahair. Baru je rumahtangga keduanya runtuh, dah macam macam cerita timbul.

Terkini dengan anak teruna, penyanyi Shahir. Erra ataupun Syahir sama sama playsafe. Tak berapa nak bercakap perkara ini.
Tup tup Wow !! Hero Malaya pulak dah mencuba sama dan dia yang menang nampaknya. Erra Fazira dan Aaron Aziz bercinta sakan !

Tapi jangan bimbang. Mereka hanya bercinta dalam pementasan teater yang akan diadakan di Istana Budaya tak lama lagi. Legakan korang !
Dengar cerita kisah cinta ini macam Laila Majnun. Kisah cinta yang sarat dengan perasaan, membuai buailah. Tapi wartawanpun tak dapat nak perincikan ceritanya yang sebenar.

Gandingan hebat dua bintang ini dijangka akan menyebabkan Istana Budaya sesak dengan penonton. Kedua duanya punya pengaruh tersendiri.

Jadi kepada korang yang ada minat dengan Erra, maknanya peluang masih terbuka. Silalah..sila...


Sunday, June 1, 2014

YAMMY SAMAT BAKAL DIPECAT !


Dah banyak kita dengar ahli UMNO keluar parti. Ada ahli sabotaj parti dan dikenakan tindakan. Ada ahli langgar peraturan parti, politik wang misalnya kena hukum.

Sekarang ada ahli parti menyokong pembangkang dalam pilihanraya Kecil Teluk Intan. Membiarkan anaknya menjadi calon DAP menentang Barisan Nasional. Aku rasa bukan aku je, bahkan 3 juta ahli UMNO sedang menunggu apa tindakan UMNO terhadap ibu Dyana Sofea.

KETAGIH MEROGOL LEMBU !!

Cornwall, England: Seorang lelaki yang gagal mengawal “nafsu” pelik terhadap lembu dihukum penjara selepas dia mengancam untuk membunuh sebuah keluarga yang cuba menghalang berahinya.
David Truscott, 43, dilaporkan berulang kali berguling di kandang lembu dalam keadaan bogel untuk memuaskan nafsunya di sebuah ladang di Redruth, Cornwall.

Mahkamah juga diberitahu, Truscott bertindak membalas dendam ke atas pemilik ladang itu - Clive dan Jackie Roth - apabila mereka menghalang tindakannya itu.
Foto
TRUSCOTT

Dia yang dipenjarakan pada 2005, 2009 dan 2011 atas tindakan yang dilakukan, berulang kali membakar bangsal, traktor, kandang dan rumput kering di ladang itu.

Tahun lalu, dia mengaku mengancam untuk membunuh keluarga Roth dan memusnahkan harta benda mereka.

Kini tempoh hukumannya dilanjutkan kepada 10 tahun berikutan laporan pemeriksaan yang dilakukan pakar psikologi ke atasnya.

Hakim Philip Wassall memberitahu, akibat gangguan Truscott bahawa keluarga Roth sentiasa hidup dalam ketakutan.

“Apabila keluarga itu mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang kamu menceroboh ladang mereka, kamu mula melakukan jenayah ini. 

“Kamu juga menyatakan tidak kisah dimasukkan ke penjara asalkan dendam kamu terbalas.

“Itu memberi impak buruk kepada keluarga ini dan menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan,” katanya.

Wassall juga memberitahu Truscott, dia akan menghabiskan masa lima tahun pertama di penjara dengan menjalani rawatan di hospital.

Truscott kemudian perlu menyambung tempoh lima tahun lagi di dalam penjara.

Mahkamah juga mengeluarkan perintah yang melarangnya mendekati ladang itu.

Peguam pendakwa, Elanor Purkis berkata defendan mempunyai nafsu pelik terhadap binatang.

Pada September 2009, Truscott dihukum penjara 16 minggu selepas berbogel di kandang lembu bagi memuaskan nafsunya.

Selepas dibebaskan, dia kembali ke ladang itu dan melakukan perkara yang sama, menyebabkan dia dipenjara 20 minggu lagi.

Truscott dipenjara selama dua tahun pada September 2011 selepas polis menahannya dalam keadaan bogel di ladang itu dan mengganggu keluarga Roth.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...