Friday, July 4, 2014

AMARAN KERAS KEPADA KHAIRY JAMALUDDIN, APA MAKNA JADI KP UMNO KALAU NEGARA DAP PERINTAH !

KAUM CINA PALING AKTIF DAFTAR PENGUNDI

2 Jul 20140 comments

Walaupun berita ini telah dikeluarkan 2 hari yang lepas di dalam Utusan, namun MHS rasa terpanggil untuk menyalin kembali berita ini atas semangat demokrasi. 

Berita: Kaum Cina masih merupakan golongan paling aktif mendaftar sebagai pengundi apabila lebih 30% daripada kalangan mereka yang telah berumur 21 tahun ke atas telah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) meskipun komposisi kaum itu di Malaysia hanya 23%. 


Atas semangat Demokrasi, MHS menyeru kaum Melayu dan India untuk sama-sama mendaftar sebagai pengundi sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Cina. Hal ini kerana, adalah sangat tidak demokrasi sekiranya hanya satu kaum sahaja yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengundi dan lain-lain kaum hanya ambil sikap tidak endah. 

Dalam Demokrasi, proses pengundian adalah satu keistimewaaan kepada setiap warganegara untuk menentukan pucuk pimpinan pilihan majoriti. Sama lah macam mahu memilih Ketua Kelas di sekolah.  Mahukah anda Ketua Kelas yang dipilih itu bukan atas pilihan orang ramai? Fikirlah. 

Ulasan
Aku petik artikel ini bulat bulat daripada Blog kawan aku. Terima kasih yer..aku tak ada apa nak ulas. Cuma keyakinan aku, pengundi Cina akan 100 % mengundi DAP.
Melayu ?

Thursday, July 3, 2014

18 SX- BACAAN SELEPAS BERBUKA PUASA - JAWAPAN KEPADA ISTERI CURANG !

Kerap sangat membaca dan mendengar tentang isteri curang. Walaupun ianya satu dosa namun suami wajib mengetahui secara jelas tentang hak isteri jasmani dan rohani. Tak ada salahnya jika suami yang dah jadi laki 20/30 tahun belajar semula daripada pakar.
Di bawah aku perturunkan artikel tulisan Dr Ismail Thambi, pakar sakit tuan untuk manfaat semua yang berminat. 
Penting bagi seorang lelaki mengetahui ‘titik’ yang mampu membangkitkan keghairahan wanita bagi mengelak kerap ‘tewas’ ketika berasmara, seterusnya menimbulkan masalah dalam rumah tangga.
Perlu diingat, wanita juga ada naluri, nafsu syahwat dan perasaan ghairah. Apabila dalam keadaan ghairah dan sedia melakukan hubungan seks, anggota seksualnya terangsang. 
Pada masa ini, banyak darah masuk ke saluran anggota sulitnya, sekali gus membuatkannya bergelora dan sedia menerima kemasukan alat kelamin pasangan. 
Jika dalam keadaan sedia dan mendapat rangsangan berterusan, dia mencapai kemuncak rangsangan iaitu orgasma. Ketika itu dia rasa terapung dalam suasana ghairah.
Seorang wanita boleh beberapa kali mencapai orgasma jika masih berhajatkannya sebelum berasa ­letih. Ketika mencapai ‘kemuncak’, kulit muka dan payu daranya kelihatan kemerah-merahan dan peluh menitis keluar, seterusnya masuk ke fasa resolusi atau kelegaan.
Kebanyakan wanita mudah mencapai kemuncak klitoris berbanding kemuncak faraj, terutama jika pasangan tidak mampu bertahan lama. 

Kadangkala menggunakan jari atau mulut dapat mencetuskan kemuncak klitoris. Jika jari ­digunakan ke langit faraj iaitu antara tiga hingga empat sentimeter dari pembukaan faraj di bahagian dikenali sebagai ‘G-Spot’, kemuncak faraj boleh berlaku. 

Apabila kenal pasti proses kemuncaknya, mudah bagi wanita menghayatinya pada masa lain. Pada masa sama, dia perlu memainkan fungsi mencapai kemuncak dengan memberi panduan kepada pasangannya mengenai tempat dan cara dia mahu anggota seksualnya dirangsang. 

Ini penting jika pasangan cepat klimaks. Dia boleh mencadangkan pasangan merangsangnya dulu dan ketika dia sampai ke ‘pintu’ kemuncak, seks penetratif dilakukan. 

Posisi tertentu memberi kemuncak lebih mudah, terutama jika wanita di atas. Dalam posisi itu dia melakukan dayungan dan gerakan itu mudah mencetuskan kemuncak.

SISI SULIT AARON AZIZ ...

Aaron Aziz yang kita ketahui adalah seorang pelakon berjaya. Bebas gossip, jarang ada cerita buruk tentang dirinya. Rapat dengan keluarga bahkan pernah dikritik kerana selalu membawa anaknya ke kebanyakan majlis. Harian Metro pernah menyiarkan cerita yang kurang kita ketahui tentang beliau yang saya percaya bolej jadi panduan kepada artis muda yang sedang meningkat naik.
“Sebelum popular, Aaron pernah buat macam-macam kerja. Dia pernah menjadi pelayan restoran, bekerja di pusat boling, jurujual kereta dan insu­rans,” kata Diyana Halik, 32, isteri yang juga pe­ngurus aktor popular Aaron Aziz, 38.
Menurut Diyana, selain terpaksa berjauhan de­ngan isteri dan anak-anak, Aaron juga pernah tidur dalam kereta yang bagaikan ‘rumah keduanya’ ketika mula-mula berhij­rah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan dulu. 

“Sebab itu apabila orang kata dia cuba me­nyekat periuk nasi orang lain di sini dan macam-macam lagi cerita negatif mengenai­nya, saya amat sedih,” katanya.
Foto
Aaron Aziz dan isteri yang juga pengurusnya, Diyana Halik.

Kejayaan dikecapi bintang filem Ombak Rindu dan drama bersiri Adam dan Hawa itu juga bukan datang bergolek, sebalik­nya dia bermula dari bawah dan bekerja keras membina nama selama beberapa tahun di negara ini.

“Walaupun sudah popular lebih awal di Si­ngapura, Aaron tetap ingin mengembangkan karier seninya di Malaysia, sekali gus mengubah nasib kami sekeluarga,” katanya. 

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz dilahirkan pada 23 Feb­ruari 1976 di Pasir Ris, Si­ngapura. 

Anak kepada pasa­ngan Allahyarham Aziz Salim dan Juriana Jaafar, 63, ini ialah anak ketiga daripada empat beradik. 

Hasil perkongsian hidup dengan Diyana selama 11 tahun, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 10; Dwi Ariana, 8, dan Dahlia Arissa, 4. 

Wartawan RAP, Ram­lah Zainal (ramlah@hmetro.com.my) menemu bual insan paling rapat dalam hidup Aaron iaitu Diyana untuk me­ngimbas siapa sebenarnya Bintang Paling Popular, pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 dan 2013 ini dan pembabitan awalnya dalam bidang seni. 


Mula berlakon dalam produksi bapa saudara Diyana 

Menurut Diyana, dia mula berkenalan dengan Aaron ketika sama-sama terbabit dalam produksi milik keluarganya, Comm 2000 di Singapura pada 2001. 

“Ketika itu saya baru berusia 19 tahun dan bekerja sebagai jurusolek artis termasuk untuk kesan khas dalam produksi terbabit. 

“Aaron pula baru berusia 25 tahun dan berlakon dalam drama bahasa Ing­geris pertamanya iaitu War Diary terbitan produksi yang turut dibintangi pelakon Cina, Tay Ping Hui,” katanya. 

Kata Diyana, dia juga tidak menyangka akan jatuh cinta pada Aaron, sekali gus menjadi isterinya hari ini. 

“Ketika mula-mula melihat wajah Aaron, saya sempat bergosip dengan sepupu kerana dia antara pelakon baru yang kacak dalam senarai uji bakat untuk drama berkenaan. 

“Saya memang tidak ada perasaan pun padanya dan turut mempersendakan nama Aaron kerana ingatkan dia menggunakan nama komersialnya itu untuk berlakon. 

“Namun, sangkaan saya meleset apabila dapat tahu itu nama sebenarnya selepas melihat nama Aaron memang tercatat dalam salinan kad pengenalannya,” katanya. 

Kata Diyana, dia mula berbual dengan Aaron selepas mereka terbabit dengan penggambaran di Pulau Ubin, Si­ngapura. 

“Saya menjadi pembantu jurusolek kesan khas untuk projek berkenaan dan kami sama-sama balik menaiki bas selepas tamat penggambaran drama berkenaan. 

“Aaron yang mula menegur saya terlebih dulu tapi sebenarnya dia seorang yang pendiam. 

“Saya pula seorang yang banyak cakap dan memang ‘happy go lucky’. 

“Namun, hubungan kami terputus selepas projek berkenaan selesai,” katanya. 

Bagaimanapun, selepas sembilan bulan kemudian, Diyana berkata, dia bertemu semula dengan Aaron dalam satu projek baru terbitan produksi. 

“Memang sudah jodoh kerana kami bertemu semula selepas dia putus tunang dan saya pula baru putus cinta ketika itu. 

“Saya terus jatuh cinta dengannya kerana dia banyak membimbing dari segi agama. Mungkin sebab perbezaan usia kami jauh iaitu enam tahun. 

“Aaron juga boleh bercakap dua hingga tiga jam dalam bab agama. 

“Saya masih ingat lagi, hati tersentuh dan percaya dialah calon suami terbaik sebaik saja mendengarnya membaca ayat suci al-Quran selepas solat Maghrib ketika dia membawa saya untuk bertemu dengan ibu­nya sebelum ini,” katanya. 


Aaron lamar Diyana di pentas 

Sebagai isteri, Diyana sukar melupakan detik terindah ketika Aaron melamar­nya pada majlis anugerah Artis Paling Popular sempena Pesta Perdana di Singapura pada 2003. 

“Aaron buat ucapan kemena­ngan yang ditujukan khas buat saya, sekali gus membuat pe­ngumuman saya adalah bakal isterinya pada majlis itu. 

“Kami juga memutuskan untuk berkahwin pada 3 Ogos 2003 di Pasir Ris, Singapura” katanya. 

Apapun, kata Diana, dia sangat bersyukur kerana rumah tangga mereka tidak goyah dan terus bertahan sampai hari ini. 

“Bukan sedikit ujian yang perlu ditempuhi dalam memastikan rumah tangga kami terus utuh. 

“Pada peringkat awal, saya mengalami kejutan budaya dan cemburu apabila suami dikelilingi artis wanita. 

“Apa yang penting, kami juga saling percaya antara satu sama lain. 

“Aaron juga tidak pernah berahsia dengan saya. Sebaik saja sampai di rumah, dia tidak akan menjawab sebarang panggilan telefon dan segala urusan berkaitan karier seni diserahkan pada saya.

“Namun, pengalaman empat tahun terbabit dalam kerja belakang tabir produksi banyak membantu saya mengendalikan apa saja cabaran yang datang termasuk kontroversi yang melanda dirinya,” katanya. 

Sebagai bapa, kata Diyana, Aaron bukan saja seorang yang penyayang, malah sangat melindungi keluarganya. 

“Orang boleh cakap dia macam-macam tapi ja­ngan sentuh atau meng­ganggu kehidupan isteri dan anak-anaknya,” katanya.

Wednesday, July 2, 2014

KALAU DIA NI ADIK TIMBALAN PRESIDEN UMNO !!

Kalaulah Mamat ini adik kepada Timbalan Presiden UMNO. Atau kalau dia adik ketua cawangan UMNO pun, siaplah satu dunia Pakatan akan mainkan isu ini. Dari segala sudut. Depan belakang, kiri kanan. Tapi dia sangat bernasib baik sebab dia adik kepada Azmin Ali , Timbalan Presiden PKR yang jugak merupakan anatara anak didik Anwar Ibrahim yang paling rapat.
Azwan Ali upah ‘PA’ sekat ‘haters’
Azwan AliAzwan Ali
GARA-gara paparan statusnya yang semakin menarik perhatian ‘haters’ artis versatil Azwan Ali sanggup mengupah seorang pembantu atau ‘PA’ hanya untuk menyekat kesemua ‘haters’ dari terus mengecamnya.

Menurut sebuah blog hiburan, ketegangan tercetus saat Azwan memuat naik  sebuah paparan status yang menghina juadah berbuka puasa yang dijual di bazar Ramadan.


“Slm. Tak main la beli juadah kat bazaar ramadhan? Most rasa sampah ! Maaf ! Just face the facts ! So?” katanya menerusi akaun Twitternya


Susulan daripada itu, pelbagai pihak mula menggerumuni laman sosial miliknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung status yang dimuat naik Azwan.


Kontroversi berterusan apabila Azwan nyata tidak berdiam diri dan mula menganggap ‘haters’ dan pihak yang mengecamnya bertarafkan anak setan.


Akhirnya, Azwan mengambil keputusan untuk membayar seorang pembantu sebanyak RM3,000 seminggu untuk menyekat dan menghalang ‘haters’ dari terus menyerangnya.- Sumber.

INI PENGAKUAN TERKINI NEELOFA !

"Memang Betul Ini Imej Terbaru Saya" - Neelofa
. Oleh: EDITORIAL MH
neelofa
Heboh di media sosial akan berita pelakon pengacara cantik, Neelofa yang dikatakan telah bertudung penuh. Berita ini dikuatkan lagi dengan perbualannya bersama jurugambar terkenal, Annas Easkey yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya. 
Media Hiburan Online telah menerima kenyataan rasmi daripada Lofa berhubung perkara ini;
"Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya.
Perkara ini terjadi atas doa dan sokongan daripada orang di luar sana, peminat-peminat, keluarga terutamanya mama saya.
"Saya mula berhijab pada hari kedua Ramadan dan saya nekad untuk bertudung setelah sekian lama berdoa kepada Allah untuk diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat saya. I feel like it completes me.
"Saya mengharapkan orang di luar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya dan saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan."
Tahniah Media Hiburan Online ucapkan kepada Lofa. Semoga penghijrahan ini akan menjadikan hidup Lofa lebih diberkati, sekali gus boleh menjadi contoh kepada masyarakat- Media Hiburan


Ulasan

Ini yang dikatakan hidayah. Allah limpahkan hidayahnya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Cuma aku harap adalah sesiapa daripada Wanita UMNO atau Puteri UMNO yang tackle Neelofa. Bukan nak suruh dia sokong UMNO tapi jangan sampai dia pergi kepada PAS. Takut dia yang rosak nanti.

Aku rasa benda macam ini PAS jauh ke depan. Artis yang ada bunyi nak berhijrah dibawa mengadap Nik Aziz terus. Banggalah artis ini sebab bukan senang nak jumpa Nik Aziz. Dia ada strategi dan dia laksanakan strategi tersebut.

Tuesday, July 1, 2014

SELEPAS SEGALA KEGARANGAN , ZAHID HAMIDI ARAHKAN UMAT MELAYU MENUTUP MULUT !!

Salah satu ciri DS Najib yang membezakannya dengan semua Perdana Menteri terdahulu ialah kesediaan beliau untuk terbuka, lebih liberal. Maka ISA pun dimansuhkan . Kesannya beliau tidak pulak lebih dikasihi sebaliknya terdapat unsur ' melampau ' dalam menegur dan mengkritik. Segalanya menjadi bahan atau mangsa termasuk ALLAH.

Kini Akta Hasutan 1948 pulak akan digantikan dengan Akta Harmoni yang digubal oleh para pejuang liberalisme. Aku rasa dengan begitu ramai tokoh membimbanginya termasuk Tun Mahathir, maka kita akan menyaksikan keruntuhan lebih besar berlaku. Malangnya ia dimulakan oleh tangan pemimpin UMNO sendiri. Bahkan kenyataan Zahid seakan arahan agar orang Melayu menutup mulut !

Baca laporan Mkini...


Zahid: Hormati keputusan ganti Akta Hasutan



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata keputusan perdana menteri untuk memperkenalkan Akta Keharmonian bagi menggantikan Akta Hasutan perlu dihormati.

Katanya, beliau sendiri mematuhi keputusan Datuk Seri Najib Razak, dan meminta para pemimpin politik agar tidak mempersoalkan keputusan berkenaan.

"Saya mematuhi keputusan kepimpinan... Tapi bila ada perbezaan pendapat, terutama pendapat politik, pada hemat saya, orang politik harus tahu, ada perkara positif yang harus dijadikan garis panduan, agar tidak disentuh.

"Ini tentunya bersandarkan kepada perkara yang disebut dalam perlembagaan yang harus dihormati," katanya yang berharap hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian itu tidak disalah anggap.

Beliau mengulas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bimbang berlaku huru-hara sekiranya Akta Hasutan dihapuskan dan digantikan dengan Rang Undang-Undang Perpaduan dan Rang Undang-undang Harmoni.

Jelasnya lagi, beliau percaya peruntukan dalam akta baru untuk menggantikan Akta Hasutan mampu memelihara keharmonian antara kaum, agama dan budaya.

Nama tidak penting

Katanya, kerajaan memastikan bahawa peruntukan untuk menjaga keharmonian dalam isu sensitif seperti itu dikekalkan, walau dalam bentuk undang-undang baru dikenali dengan nama Akta Keharmonian.

"Saya fikir nama tidak penting, tetapi isi Akta Keharmonian itu penting.

"Apa yang kita bincangkan adalah supaya mewujudkan elemen untuk menjaga perkara yang sensitif seperti melibatkan agama, kaum dan budaya.

"Tiga elemen dan tonggak itu harus ada dalam Akta Keharmonian.

"Saya tidak fikir apabila Akta Hasutan itu digantikan, elemen lama ditiadakan untuk menjaga tiga perkara ini," katanya dalam sidang medianya malam ini.

Kenyataannya itu bagi menjawab kebimbangan yang disuarakan dari kelompok Umno dan juga NGO pro-Melayu bahawa kuasa politik golongan tersebut akan terhakis melalui pindaan ke atas Akta Hasutan.

Malah, golongan itu juga menimbulkan ancaman untuk keluar dari Umno sekiranya kerajaan terus menurut saranan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) seperti itu.

Kebimbangan itu timbul susulan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Tahanan Terhad, serta pindaan ke atas Akta Perhimpunan Aman.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung banyak pihak yang membantah Akta Hasutan dihapuskan dalam sidang media sempena majlis berbuka puasa anjuran Kementerian Dalam Negeri di IPK Selangor di Shah Alam.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

URGENT !! TANDA RUMAH AKAN DICEROBOH/ DIROMPAK/ DICURI...

Aku tak tau sejauh mana kebenarannya. Tapi apa salahnya jika kita tolong sebarkan benda ni. Mana tau kot kot kerana kita sebarkan ada orang yang terselamat. Kalau tidak, anggaplah ini kerja kebajikan khasnya dalam keindahan Ramadhan ini...



on Monday, June 30, 2014 
Perhatikan bahagian bawah pagar tu! ada tali bentuk 3 segi

Ust. Zamri:

Tanda Tiga Segi tali yang diikat kat pagar atau mana2 tempat dalam taman kita adalah tanda sihir/ilmu perompak sebelum depa masuk ke sesuatu rumah.

Bakar terus tali tu kalau ada.sebelum dia ambil balik tali tu. Mohon share pd org yg anda sayang supaya dapat dielakkan perkara yg tak diingini.



Sumber

Dulu zaman P Ramlee rumah tu ditanda X. Macam macam . Apapun aku share maklumat ni. Fikir positif sebab sekarang ni kita dengar macam macam berita yang membimbangkan kita.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...