Monday, August 4, 2014

VIDEO - HISHAMMUDDIN HUSSEIN TUNAIKAN JANJI.





Selepas DS Hishammuddin Hussein menyerahkan tugas Menteri Pengangkutan kepada DS Liow Tiong Lai, ada wartawan bertanya apakah beliau akan melepaskan tanggungjawab mencari MH 370. Jawapan beliau tegas, betapa beliau telah berjanji dengan waris dan kaum keluarga mangsa MH 370 untuk sedaya upaya membantu Menteri yang baru.



Selagi tiada jawapan kepada misteri MH 370, selagi itu segala usaha dan kekuatan akan digerakkan. Nampaknya DS Hishammuddin berpegang kepada janjinya...



 Bersama sebahagian keluarga MH 370


Sunday, August 3, 2014

BARU MCA SEDAR DIRI ! KAH ! KAH ! KAH !

MCA ni cakap besar sangat padahal ahli diapun dia tak tau undi siapa. Eloklah Nazri Aziz balun sikit, biar dia sedar bukan semua orang takut Cina. Cuma aku harap Nazri Aziz jangan berani balun komponen saja, pembangkang dibiarkan beraja !


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menghentam MCA kerana mempertahankan kepentingan orang asing dan bukan rakyat Malaysia apabila parti itu mengkritik beliau kerana menyokong larangan terhadap tukang masak asing.
 
Nazri berkata beliau tidak peduli apa yang MCA kata kerana menganggap "parti itu tidak mewakili rakyat".
 
Tambahnya, MCA telah "benar-benar hilang arahnya" kerana ia 
tidak memperlihatkan keprihatinannya tentang rakyat Pulau Pinang atau makanan tempatannya, yang parti itu sepatut lakukan, dan bukannya bercakap untuk rakyat asing.
 
Lagi pun, katanya, parti itu tidak mempunyai sebarang kerusi di Pulau Pinang.

Jadi mereka bercakap bagi pihak siapa, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
 
Masalah dengan MCA, kata Nazri, ialah mereka hanya mahu menentang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (kanan), sama ada beliau betul atau salah.

"Bagi saya, jika Guan Eng betul, saya akan menyokong," kata menteri itu.- Mkini
 

VIDEO !TABEK AFDLIN SHAUKI !





Jelas apa yang diperjuangkan !
Mereka membuatkan orang ketawa, mereka berlawak jenaka.
Mereka penghibur. Tapi di sisi lain, mereka jugak pejuang
dengan cara mereka sendiri !



Saturday, August 2, 2014

VIDEO INI HARAM DITONTON OLEH PAKATAN !





Kerja Allah Ta'ala. Semua pemimpin parti dalam Pakatan tengah pening.

Hang kata aku, aku kata hang. Hang tipu aku, aku tipu hang !

DS Najib setakat ini nampaknya maintain, berada di landasan...




CURANG BERGAMBAR !! PEMIMPIN KANAN UMNO BERSAMA ANWAR IBRAHIM DALAM ISU MB SELANGOR !

Aku sedikitpun tak terfikir konflik MB Selangor akan memberi manfaat kepada UMNO / BN. Cuma yang aku percaya PAS akan jadi bahan belasahan DAP manakala PKR akan kekal sebagai parti yang JAHAT.

Bila DAP berjaya menggoda gadis gadis cantik Melayu untuk bersama mereka,DAP jugak akan  berjaya menggoda profesional muda lelaki Melayu untuk sama sama menjadi perkakas mereka.

Bila bila masa jika DUN Selangor bubar, keadaan tak akan memihak kepada UMNO sebab UMNO sendiri walaupun tak berkocak namun tak bernyawa. Tanya kepada pengundi Selangor, adakah UMNO datang bertemu mereka?
Jawapannya pasti tidak. Komponen ? Aku anggap buat masa ini mereka tak wujud.

Tapi bukan ini yang aku nak bincang. Yang aku nak cerita ialah betapa TAKUT, GENTARnya PAS kepada DAP sehingga blogger upahan mereka terpaksa cuba macam macam cara untuk buktikan konflik Selangor ini adalah mainan UMNO.

Lihat gambar di bawah...

Kah! Kah ! Kah !

Weii !! Ini gambar masa Anwar dipecat. Orang tak tau apa ceritanya. Kalau aku ada di KL masa itupun, aku akan hadir sama. Akupun nak tau kenapa Pak Sheikh kena pecat.

Bila orang dah tau rupanya Pak Sheikh main belakang, semua pakat lari. Takut

Blog yang siarkan gambar klasik ini nak bagitau tuan dia DAP, bukan salah PAS. Masalah MB Selangor kerja orang UMNO. Mereka harap DAP percaya dan akan terus gunakan PAS sebagai alat...

Itu jer. Jadi UMNO kena faham, kena ludah kena pijakpun PAS akan tetap taat dan patuh kepada DAP. Dan kena fikirkan jugak, kalau DUN Selangor bubarpun MB mungkin Melayu DAP, bukan UMNO yang sampai sekarang tak pernah sepakat !


Friday, August 1, 2014

DR ZUHDI KENA SEDAR DAP ANGGAP KO SAMPAH JER !


Dr Muhd Zuhdi Marzuki adalah antara ahli bijak pandai tajaan Kerajaan UMNO yang menjadi panglima mempertahankan DAP daripada segenap sudut. Bersama PKR , Dr Zuhdi bertemu pengundi muda bagi membuktikan bahawa DAP sebenarnya parti yang sangat baik, jauh lebih baik daripada UMNO yang rasis !

Dr Zuhdi sendiri mengaku, anak muridnya ramai. Maka tersebarlah kepercayaan baru dalam masyarakat Malaysia bahawa DAP sangat baik.
Yang jahat dan kotor adalah UMNO.

Tapi takdir Allah siapapun tak duga. Dengan beberapa patah perkataan, Allah tunjukkan WAJAH SEBENAR DAP ! The real picture of DAP.

DAP hanya baik jika mereka ditaati. DAP baik jika Melayu sujud di kaki 
mereka  . Patuh, tanpa syarat. Berbeza dengan DAP, bercanggah, ko jadi sampahlah Doktor. 

Ko kena sedar, ko tu tak ada apa apa walaupun selama ini ko rasa ko hebat.
Ko hebat kerana ko adalah kuda tunggangan yang taat ! Duduklah muhasabah. Allah tak suka orang yang rasa diri diri mereka hebat. Duduklah buat semakan, benarkah UMNO yang menaja ko selama ini jahat dan zalim macam yang DAP selalu tanam dalam kepala ko.

Aku doakan ko dapat petunjuk !



MELEPAS !! NEELOFA SUDAH DIMILIKI !

Aku ada tulis benda ni sebelum ini. Trend artis berhijrah dan menyertai politik kepartian sudah berlaku sejak PRU 12 dan ada impak besar khasnya terhadap pengundi muda.

Aku cadangkan Pemuda dan Puteri UMNO agar sensitif dan mengambil peluang ini. Ini cerita undi dan nak menang PRU. Tapi nampaknya idea aku tak laku.
Kah ! Kah ! Kah ! Adakah ini bermakna Pemuda dan Puteri ada idea sendiri?

Tak de ! Kosong ! Kosong ! Maka terbinalah PERSEPSI, Neelofa bersama PAS !




Ada orang kata, menziarahi Nik Aziz tak bermakna Neelofa menyokong PAS. Benar, sebab itu aku guna perkataan PERSEPSI. Perkataan yang hampir menguburkan UMNO pada PRU 12 dan 13.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...