Saturday, August 2, 2014

CURANG BERGAMBAR !! PEMIMPIN KANAN UMNO BERSAMA ANWAR IBRAHIM DALAM ISU MB SELANGOR !

Aku sedikitpun tak terfikir konflik MB Selangor akan memberi manfaat kepada UMNO / BN. Cuma yang aku percaya PAS akan jadi bahan belasahan DAP manakala PKR akan kekal sebagai parti yang JAHAT.

Bila DAP berjaya menggoda gadis gadis cantik Melayu untuk bersama mereka,DAP jugak akan  berjaya menggoda profesional muda lelaki Melayu untuk sama sama menjadi perkakas mereka.

Bila bila masa jika DUN Selangor bubar, keadaan tak akan memihak kepada UMNO sebab UMNO sendiri walaupun tak berkocak namun tak bernyawa. Tanya kepada pengundi Selangor, adakah UMNO datang bertemu mereka?
Jawapannya pasti tidak. Komponen ? Aku anggap buat masa ini mereka tak wujud.

Tapi bukan ini yang aku nak bincang. Yang aku nak cerita ialah betapa TAKUT, GENTARnya PAS kepada DAP sehingga blogger upahan mereka terpaksa cuba macam macam cara untuk buktikan konflik Selangor ini adalah mainan UMNO.

Lihat gambar di bawah...

Kah! Kah ! Kah !

Weii !! Ini gambar masa Anwar dipecat. Orang tak tau apa ceritanya. Kalau aku ada di KL masa itupun, aku akan hadir sama. Akupun nak tau kenapa Pak Sheikh kena pecat.

Bila orang dah tau rupanya Pak Sheikh main belakang, semua pakat lari. Takut

Blog yang siarkan gambar klasik ini nak bagitau tuan dia DAP, bukan salah PAS. Masalah MB Selangor kerja orang UMNO. Mereka harap DAP percaya dan akan terus gunakan PAS sebagai alat...

Itu jer. Jadi UMNO kena faham, kena ludah kena pijakpun PAS akan tetap taat dan patuh kepada DAP. Dan kena fikirkan jugak, kalau DUN Selangor bubarpun MB mungkin Melayu DAP, bukan UMNO yang sampai sekarang tak pernah sepakat !


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...