Tuesday, August 12, 2014

ALLAHHUAKBAR !! NIK AZIZ LETAK JAWATAN SEBAGAI MURSYIDUL AM PAS !

" Aku harap berita ini tidak benar. Aku rasa ini bukan masanya. Keadaan sedang berkecamuk, huru hara. Aku rasa PAS masih sangat sangat memerlukan nasihat daripada Tok Guru Nik Aziz." Ini kata kawan aku dalam perbualan telefon sebentar tadi.


Yang sebenarnya akupun terkejut. Aku tak dengar pulak cerita ini. Aku cuba cari dalam blog, facebook. Tapi tak jumpapun berita ini.

Kata kawan aku, Nik Aziz kecewa apabila krisis berlaku di Selangor , PAS kelihatan berpecah belah. Masing masing dengan pendirian sendiri sedangkan adabnya bila berlaku kemusykilan sepatutnya PAS segera merujuk kepada pimpinan tertinggi yang akan merujuk pula kepada Majlis Syura.

Katanya " Apapun situasi yang berlaku Tok Guru mahu Al Quran dan Hadis jadi panduan. Bukan nafsu yang selalunya memperdayakan manusia ".

Aku tak tahu apa sebenarnya berlaku. Kita tunggulah sehari dua ini untuk mendapat maklumat lebih jelas. Secara peribadi, aku nampak segala yang berlaku ada hikmah tersendiri. Cuma kita kena duduk berfikir.

Memang nampak ketara sangat, bila dalam keadaan krisis PAS ternyata gagal mengawal ahlinya. Mungkin orang yang lama dalam PAS dengan orang baru dalam PAS punya cara berbeza. Kesannya inilah yang berlaku.

Pada aku ini membuktikan lagi betapa PAS adalah sebuah parti politik, tiada yang istimewa !

20 comments:

Anonymous said...

hehehehe ... dah tiba masanya kot ... bagi peluang kat org muda .

Anonymous said...

nama ja pas..parti islam tapi brsrabut!

iklan penang said...

bagi la atuk rehat pulok.. nak jaga cucu cicit..

Anonymous said...

Tak mungkin. Tok Guru tak kan tinggalkan Pas dalam keadaan tak tenang

Anonymous said...

hang sebenarnya yang harap tok guru berhenti. dasar penakut

Anonymous said...

klu betut..ini kes merajuk aa..biasa ada pd kaki pns bran, tambah tua2ni trrasa org x hormat dah lak!

Anonymous said...

He..he..dahsyat Nuar Brahim. Habis huru hara dibuatnya

Anonymous said...

Hang ni dari dulu lagi suka buat fitnah

Anonymous said...

Puas hati Anwarinas. Ini yang depa nak sangat. Berjaya depa

Anonymous said...

Penipu. Ini semua mainan UMNO.

Anonymous said...

Baguslah. Bagi orang yang lebih segar. Dah lama dah pun.

Anonymous said...

Hanipa Maidin dan Khalid Samad mesti bertanggungjawab. Ini semua budak budak Anwar

Anonymous said...

Tok Guru tak perlu letak jawatan.Perkara ini akan selesai sikit masa lagi.

Anonymous said...

Kalau Tok Guru betul betul letak jawatan maknanya Tok Guru telah terperangkap dalam perang saraf umno.

Anonymous said...

Nik Aziz bukan budak budak. Dia tak kan lari dengan masalah kecik macam ini. Dah banyak dilaluinya.

Anonymous said...

Tak ada sebab Tok Guru nak berhenti. Ini semua salah anwar ibrahim yang tamak.

Anonymous said...

Sebagai ahli pas saya memang kecewa. Kerana anwar kita berpecah belah.

Anonymous said...

Balik balik umno punya keja. Gajah depan mata beb. Semua masalah berpunca bila Ketum gopoh nak tabal bini dia jadi MB.

Anonymous said...

Masih ingat kah apa itu deklarasi permatang pauh? Hipokrit!

Anonymous said...

Makan duit fitnah la hang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...