Saturday, August 16, 2014

MACAI PAKATAN MESTI BERBULU TENGOK BENDA NIH !



Aku tau akhir akhir ini Macai Pakatan tengah berbulu. Aku baca blog macai. Kalau aku rasa letih , aku bukak internet, baca blog Pakatan. Rasa rehat sikit sebab jadi macam lawak bila macai berlaga sesama sendiri.

Yang dulu giler babi puji Khalid, sekarang giler babi balun balik. Cuma bila ada yang hentam Nik Aziz atau Hj Hadi, aku tak berapa bekenan. Kesianlah orang tua. Tak baik kita balun lebih lebih.

Ni aku hadiahkan satu video. Tak usah tension sangat. Ini cerita tentang kejayaan PLKN. Budak budak yang keluar PLKN lontar rasa seronok dan bangga mereka. Positif, jiwa besar. Ini baik untuk negara tak baik untuk Pakatan.

Aku yakin jika seseorang itu positif, jiwa besar, orang tu takkan bersama Pakatan. Mereka tak akan terpengaruh dengan apa jua hasutan dan tohmahan. Mereka mahu negara yang aman dan bahagia. Aman dan bahagia dengan UMNOlah. Dengan Pakatan ? Tengok Selangor. Aku tak mau komen. Nanti korang marah aku.

Apapun aku angkat topi kat Menteri Pertahanan. Aku diberitahu PLKN ini antara fokus utama beliau. Tahniah Datuk Seri.






18 comments:

Anonymous said...

Saya juga pernah hadir Kem PLKN. Saya ambilan pertama. Tak ada masalah. Saya masih berhubung dengan kawan kawan saya dari seluruh negara. Iban , Kadazan pun ada. Kami seronok dalam kem cuma agak keletihan.

Anonymous said...

Anak aku dah setahun lebih keluar PLKN. Sampai sekarang solat jamaah rajin. Akupun kalah.

Anonymous said...

Sapa nak baca blog hang? Fitnah kuat!

Anonymous said...

PLKN SAYA PERHATIKAN ADALAH SATU USAHA YANG BAIK UNTUK MEMBENTUK GENERASI YANG BERSATU PADU. CUMA ALANGKAH BAIKNYA JIKA ADA USAHA UNTUK MEWUJUDKAN ALUMNI PLKN.

Anonymous said...

Ada orang fitnah kata masuk PLKN akan dipaksa masuk UMNO. Anak aku dua orang dah pergi PLKN tak sembang partipun.

Anonymous said...

Kah ! Kah ! Kah !

Macai mana sempat tengok dah benda macam ni. Depa pening tak habis habis

Anonymous said...

Negara kita ni masih muda. Banyak usaha boleh dilakukan untuk makmurkan negara kita. Saya fikir PLKN adalah pendekatan yang baik dan sepatutnya disokong.

Anonymous said...

Yang benci sangat PLKN ni tak cinta negara. Mereka mahu negara kacau supaya mereka boleh ambil kesempatan.

Anonymous said...

Masa saya di PLKN Datuk Hishamudin datang. Best apa? Sporting habis!

Anonymous said...

PLKN BEST !

Anonymous said...

Bro, ko jangan tambah panas dia orang. Kesianlah. Dah tak kering bulu. Kah ! kah ! Kah !

Anonymous said...

PLKN ni tidak memilih anak siapa. Pas Umno dap semua berhak. Banyak manfaat.

Anonymous said...

Aku setuju. Org jiwa besar taak akan bersama pakatan. Kalau tak pecaya tengoklah Selangor sekarang

Anonymous said...

Menteri komited. Beri perhatian. Banyak penambahbaikan telah berjaya dilakukan.

Anonymous said...

Aku rasa Hishamudin ni ONG. Dia begitu menjadi kebelakangan ini. Pada aku bila budak budak suka kita boleh anggap PLKN dah berjaya.

Unknown said...

PLKN adalah perancangan jangka panjang kerajaan untuk membentuk masyarakat yang berdisiplin, kasih kepada negara dan bersatu padu. Sebagai rakyat kita harus menyokong usaha ini demi masa depan negara kita.

Anonymous said...

Anak saya jugak bekas peserta PLKN. Bila dia balik dia sangat berubah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih kepada kerajaan.

Anonymous said...

Aku rasa Tuhan dah susun kot. Ini masa Hishammuddin selepas banyak ujian Tuhan timpakan ke atasnya.Jika benar, aku sokong sangat sebab dia nampaknya bukan ahli politik yang suka suka nak cari populariti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...