Thursday, August 14, 2014

PAS HANYA LAPIK KAKI DAP !

Sejak awal lagi Haji Hadi dan Nik Aziz bertahan. Tiada sebab dari segi syarak yang mewajarkan Khalid Ibrahim dipecat, tiada. Kemudiannya pandangan ini dikongsi oleh Majlis Syura dan Dewan Ulama.

Banyak berlaku percanggahan sehingga akhirnya Hj Hadi mengeluarkan arahan agar tiada seorangpun mengeluarkan kenyataan tanpa izin pimpinan PAS. Arahan ini banyak kali dilanggar oleh ( contohnya ) Khalid Samad, Hanipa Maidin dan sebagainya.

Semua itu tidak penting pada aku. Tapi bila Mat Sabu bercakap...


 "Bagaimana kita (PAS) boleh menyokong Khalid apabila beliau tidak lagi dalam PKR?".

"Beliau adalah seorang menteri besar Bebas sekarang. Tak ada isu lagi untuk kita menyokong Khalid," katanya ketika ditemui di Pulau Pinang .


Jangkaan aku , PAS akan menukar pendirian dan menarik sokongan kepada Khalid. PAS akan bertungkus lumus mencari nas Al Quran dan Hadis bagi mewajarkan tindakan mereka.
( Pada ketika itu Hj Hadi dan Nik Aziz bukan lagi tokoh dihormati )

Sebahagian daripada JK Tertinggi PAS adalah penyokong Anwar yang percaya jika PR memerintah mereka akan mendapat tempat. Anwar berjaya menawan mereka sebab kebanyakan mereka mula berpolitik kerana kebencian dan hasad dengki. 

Pada ketika itu, aku pun percaya kata seorang ahli DAP Melayu yang jugak seorang blogger ( Aspan Alias ) bahawa PAS hanyalah lapik kaki DAP !

1 comment:

Anonymous said...

Aspan Alias yang tulis tu. Dia pun makan duit lendir DAP !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...