Monday, August 11, 2014

BANYAK PENGHINAAN TERHADAP TSKI, TAPI YANG INI AKU RASA MELAMPAU !


Aku rasa dalam sejarah dunia khasnya dalam sejarah negara kita, tak banyak peristiwa berlaku macam yang berlaku di Selangor. Seseorang yang sedang memerintah direntap turun oleh orang orangnya sendiri tanpa sebab.

Aku rasa jugak dalam sejarah dunia khasnya dalam sejarah negara kita, tak ada orang macam Anwar Ibrahim. Kah ! kah ! Kah ! Pelik sangat !

Tak pe. Berebutlah, berkelahilah. Memang sejak ditubuhkan PKR tak pernah aman. Sejak dikatakan berpakat, Pakatan tak pernah sepakat. Tak pernah.

Cuma, aku rasa kempen terbaru ini agak melampaui batas. Ia bukan sahaja memalukan Tan Seri Khalid Ibrahim, tapi memalukan Islam.

Heboh disebarkan cerita khasnya dalam kalangan PAS bahawa TSKI sebenarnya tak sembahyang. Buktinya sewaktu TSKI bersolat hajat dia nampak kekok sangat.

Kononnya ada orang yang tugasnya memerhatikan cara beliau sembahyang. Apa punya gila nih ! Ini politik apa benda ? Tak ke terfikir maruah orang.

Nampak sangat terdesaknya. Baca artikel di bawah...

Ada orang menyatakan bahawa terdapat dalam whatsapp dan facebook yang tersebar meluas mangatakan bahawa TS Khalid Ibrahim ini orang yang tak solat. Hujahnya lihat TSKI bersolat hajat 'kekot' macam berlakon aje.

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/t1.0-9/10524706_10154462603265594_6859422379845180200_n.jpg

Sumber

1 comment:

Unknown said...

Mungkin Allah SWT berikan hanya inilah jalan untuk Selangor boleh terus maju dari pemeritah-pemerintah sebelumnya. Ingat, perlaksanaan Allah SWT mengatasi segala-galanya, manusia hanya mampu merancang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...