Gambar hiasan


KOTA BHARU - Seorang lelaki mengaku salah di mahkamah majistret, di sini, kelmarin atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga anak saudaranya, 4 Ogos lalu.

Hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditetapkan pada 10 September depan di Mahkamah Majistret Bachok oleh Majistret, Nik Habri Muhamad.

Tertuduh yang beralamat di Kampung Pauh Sembilan, Tawang, Bachok, dan berusia 23 tahun itu mengaku salah didakwa memasukkan tangan ke dalam seluar yang dipakai mangsa dan telah mencabul kehormatan remaja itu.

Kejadian dikatakan berlaku di dalam sebuah bilik di alamat sama pada jam 1.30 pagi, 4 Ogos lalu dan mangsa ketika itu berusia 13 tahun dua bulan.

Tuduhan terhadap tertuduh dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad menawarkan jaminan RM5,000, namun Nik Habri mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM4,500 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa.

Tetuduh (kiri) dikawal keluar dari mahkamah selepas mengaku salah, kelmarin.- Sumber