Thursday, August 28, 2014

NEGATIF/ POSITIF SAMA BANYAK, KENAPA ?

Ini kisah lama yang belum selesai. Kemudian daripada ini ada lagi kes rogol melibatkan remaja di Kelantan. Selain menghukum aku rasa kajian mesti dibuat mengapa begitu banyak kes rogol di Kelantan.

Pil kuda, dadah, seludup dan macam macam lagi. Kita kena bertanya mengapa? Banyak kuliah, ceramah, tazkirah. Dikatakan serambi Mekah. Mesti ada sebab mengapa ia berlaku. Dalam masa yang sama Kelantan cemerlang akademik.No 1 atau 2 di Malaysia hampir setiap tahun. Kontras.

Sebab itu kita harap ada yang mampu buat kajian terperinci. Sayang sangat negatif dengan positif sama naik...

Baca laporan di bawah...

Seorang remaja lelaki berumur 18 tahun dan seorang pembuat batik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berumur 15 dan 17 tahun dalam satu kejadian rogol beramai-ramai di Ketereh, Mei lalu.
    
Kedua-dua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.
    
Remaja lelaki 18 tahun itu didakwa merogol mangsa yang berusia 17 tahun manakala pembuat batik Mohamad Faiz Azahan, 21, didakwa merogol kedua-dua mangsa berusia 17 dan 15 tahun dalam kejadian sama.
    
Mereka didakwa melakukan kesalahan rogol itu di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, di sini, antara 7.30 malam dan 11 malam, 20 Mei lepas.
    
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
    
Mohd Yusoff kemudiannya menetapkan 17 September sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.
    
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Hilwani Mat Rifin dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ahmad Zubairi Salleh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...