Wednesday, August 20, 2014

TUN M SUKA BUAT PERKARA TAK BERFAEDAH ! VIDEO

Ini kesimpulan aku bila mendengar reaksi beberapa orang ' datuk ' yang telah menyatakan pandangan balas. Setakat ini aku fikir kebanyakan mereka melihat teguran Tun M sebagai serangan kepada DS Najib, maka mereka membela DS Najib.

Tiada yang menjawab mengapa dasar dan tindakan DS Najib begitu sehingga ia dilihat oleh Tun M memberikan teguran. Datuk di bawah ini lagi dahsyat. Dia kata teguran ini memberi senjata kepada pembangkang. Nak jer aku bertanya , " Adakah selama ini pembangkang tiada senjata sehingga membolehkan UMNO/BN menang besar ? Tidakkan menjawab keras teguran Tun M itu jugak memberikan senjata kepada pembangkang ?"
Jadi aku rayu kepada Tun M, tak usahlah buat teguran lagi. Redhalah dengan apa yang bakal berlaku sebab nampaknya Kerajaan UMNO/BN tak suka ditegur. Jom kita pakat memuji supaya pembangkang tiada modal dan kita akan menang besar !


6 comments:

Pinhai said...

Pediiiiihh tuu, Lunchai...biarkan mereka terjun dgn labunya?!

Unknown said...

Shahidan Kasim terhutang budi dengan Najib kerana menyelamat kerjaya politiknya.

Saya mahu TDM teruskan kritikkan kerana hanya beliau saja yang berani dan didengar oleh Najib. Kita mahu UMNO terus menjadi tunggak kekuatan Melayu dan Raja Raja dan juga Islam. PAS bukan lagi menjaga Islam tetapi menjaga Dapigs dan komunis seperti yang dilaungkan Mat Sabu

Anonymous said...

Unknown, inilahl yang sepatutnya tapi jadi tdrbalik. Tak boleh ditegor. Sebab itu budak muda benci

Anonymous said...

Buat penat hang luncai. Umno tak kan berubah sebab depa rasa depa betoi. Tunggulah hukuman pengundi

Anonymous said...

Orang macam shahidanlah akan bawak umno turun

Anonymous said...

Pemimpin UMNO mmg bnyk yg syok sendiri, nasib aje baik, pembangkang tak lebih baik, klu tak dah lama dah bungkus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...