Monday, August 18, 2014

INI YANG DIKATAKAN HARAMJADAH !

Tidak ada salahnya berita ini. Tapi baca tajuknya. Weii !! Dia didakwa bukan kerana dia peguam Anwar. Dia didakwa kerana dia hina mahkamah.

Malaysiakini cuba mainkan sentimen, wujudkan persepsi bahawa Surendran tidak bersalah sebenarnya. Surendran bakal didakwa kerana beliau adalah peguambela kepada Anwar yang dikatakan mangsa konspirasi.

Pigi rahh !! Sudah liwat lagi mau lari, sudah hina mahkamah sudah takut aaa !


Peguam Anwar dijangka didakwa esok


Naib Presiden PKR, N Surendran dijangka didakwa atas tuduhan hasutan di mahkamah sesyen esok kerana komennya mengenai kes Liwat II membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua biro undang-undang parti itu, Latheefa Koya, berkata Surendran menerima panggilan dari seorang pegawai penyiasat polis, mengatakan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya.

"Polis belum lagi mencatatkan sebarang kenyataan dari Surendran, tetapi dia dijadualkan akan didakwa," katanya kepada Malaysiakinipetang ini.

Menurut Latheefa lagi, Surendran telah diminta untuk menyediakan wang untuk membayar jaminan dan menyediakan seorang penjamin.

Sementara itu Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, dalam satu kenyataan hari ini, berkata polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Surendran.

Katanya, Surendran dijangka dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta esok, jam 9 pagi di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai satu konspirasi politik terhadap Anwar yang didakwa melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Awal hari ini, Anwar dalam satu kenyataan akhbar, mendakwa bahawa campur tangan dalam rayuannya terhadap sabitan kes Liwat II dengan mengganggu Surendran.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...