Friday, August 22, 2014

KALAU RASA NAK MUNTAH , JANGAN BACA ARTIKEL INI !

Mulanya aku ingat aku jer. Rupanya kawan kawan akupun frust, kecewa sedih apabila Raja Nong Chik selesaikan kes saman fitnah Nurul Izzah terhadapnya.
Inilah sebabnya Pakatan bebas tabur fitnah sepanjang masa di semua tempat.

Kalau ada yang ambil langkah saman, tak jadi masalah sebab akan selesai luar mahkamah. Berapa orang yang dengar atau baca kenyataan Nurul Izzah pada 4 Mei 2013 itu fitnah ? Aku rasa tak ramai sebab penyelesaian luar mahkamah ini berita kecil.

Kalau perbicaraan berlaku, maka ia menjadi berita besar dan rakyat akan tahu
Nurul Izzah adalah kaki fitnah. Ini tidak. Korang tengok kenyataan yang aku tandakan dalam artikel di bawah.

Nurul Izzah kata ' KESILAPAN' bukan fitnah. Senang jer dia pusing. Aku rasa kadang kadang pemimpin UMNO ni ' ghairah penerimaan '. Mahu kelihatan budiman, dianggap mulia. Masalahnya Pakatan ambil peluang ini untuk menyemaikan racun benci tak berhenti henti. Tunjukkan jahatnya pemimpin UMNO, zalim, kejam dan macam macam lagi.

Apa nak takut ? Kalau disaman, mintak maaf. Selesai. Yang hancur ialah imej UMNO yang tak sempat atau tak dapat dibersihkan. 
Aku harap saman PM kepada Mkini tidak akan ada penyelesaian. Aku nak bagitau PM, buat baik macam manapun kalau orang tak nak tetap tak nak.
Baik jaga penyokong setia, jangan sampai putus asa dengan sikap pemimpin macam Nong Chik !

Nurul Izzah Kemuka Kenyataan Maaf Kepada Raja Nong Chik, Kes Saman Selesai
KUALA LUMPUR, 21 Ogos  - Kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Nurul Izzah Anwar dan dua yang lain, selesai selepas Anggota Parlimen Lembah Pantai itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi hari ini.
Saman itu berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Nurul Izzah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.
“Saya kesal dengan kenyataan itu dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan tersebut atau apa-apa kenyataan berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya itu,” katanya ketika membacakan kenyataan maaf itu.
Nurul Izzah berkata terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat olehnya pada petang 4 Mei tahun lepas, sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Raja Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu, serta ahli keluarganya.
Terdahulu, peguam M.Reza Hassan yang mewakili Raja Nong Chik berkata kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan berdasarkan terma penyelesaian yang dipersetujui, dan defendan pertama (Nurul Izzah) akan membacakan kenyataan maaf beliau di mahkamah terbuka.
Peguam Edmund Bon mewakili Nurul Izzah dan peguam A. Lourdes Abishegam yang mewakili Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini serta wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong juga mengesahkan penyelesaian kes itu.
M. Reza turut memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya akan menarik balik saman terhadap wartawan Malaysiakini berikutan defendan kedua (Mkini Dotcom) akan menyiarkan kenyataan Nurul Izzah itu di laman sesawang Malaysiakini dalam tempoh tujuh hari.
Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed merekodkan penghakiman persetujuan tanpa sebarang perintah kos dan memerintahkan defendan kedua menyiarkan kenyataan maaf itu.
Sebelum prosiding itu berakhir, Nik Hasmat mengucapkan tahniah kepada pihak berkenaan yang menyelesaikan kes berkenaan secara baik.
Pada 17 Julai tahun lepas, Raja Nong Chik memfailkan saman terhadap Nurul Izzah serta dua lagi kerana mendakwa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail di sini, iaitu sehari sebelum PRU 13.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah diterbitkan dalam laman sesawang Malaysiakini pada hari sama iaitu 4 Mei tahun lepas.
Beliau mendakwa penerbitan kenyataan itu menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini telah terjejas teruk.
Sementara itu, di luar mahkamah, Raja Nong Chik memaklumkan pemberita bahawa beliau bersyukur kerana akhirnya kes berkenaan dapat diselesaikan.
“Alhamdulillah, setelah hampir setahun kes ini dapat diselesaikan dan sempena bulan yang baik ini (bulan Syawal), saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kes dan meminta pampasan.
“Saya juga berpendapat kita harus bersatu kerana negara kita kini dalam suasana berkabung sempena memperingati tragedi MH17,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...