Friday, August 8, 2014

KERANA ORANG BOGEL NIK AZIZ JADI MANGSA !

Samada berlaku penentangan, penolakan aku tak tau. Tapi yang pasti Nik Aziz sekarang ni dah tak jadi bahan berita PAS khasnya macai may mereka. Mungkin jugak pasal pendirian Nik Aziz yang tak selari dengan kehendak mereka, mungkin. Tapi dulu Nik Aziz bersinpun jadi bahan penulisan. Atau mungkin jugak memang dah zaman kejatuhan Nik Aziz ?
Nak tau apa kata Nik Aziz sekarang ni kena baca media arus perdana atau baca media mesra UMNO/BN.
Kebanyakan macai Pakatan lebih memilih untuk menulis tentang orang orang DAP bogel di Penang !


Nik Aziz terus pertahankan Khalid

email
comments
Nik Aziz terus pertahankan Khalid
Nik Abdul Aziz menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu.
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
   
Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.
   
"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu.
   
Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu. 
   
"Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana terdapat masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutang Abdul Khalid dengan sebuah bank.
   
Nik Abdul Aziz dalam kenyatannya sebelum ini mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mahu menggugurkan Abdul Khalid daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar.
   
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekal jawatan berkenaan kerana menurutnya Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
   
Turut bersama menyokong adalah Dewan Ulama PAS Pusat yang menegaskan Abdul Khalid patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya. 
   
Kemelut itu semakin memuncak apabila Abdul Khalid dilaporkan diberi tempoh sehingga Jumaat ini untuk menjawab surat tunjuk sebab kenapa beliau ingkar untuk berundur dari jawatan itu.


Sumber.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Kepada Ustaz Nasharuddin Tantawi, saya cadangkan biar Lim Guang Eng dari DAP teruskan niatnya untuk menyaman Ustaz.

Walaupon semuanya pengomen di atas ketawakan saudara, termasok penulis, tetapi PERCAYALAH... Lim Guang Eng nie Gertak ajer lebih, dia tak akan berani Projek Mega nya di Pulau Pinang dijadikan bahan bacaan untuk semua orang, bagaimana, sebua company rm2.00 modal berbayar diluluskan kerajaan negeri.

Walaupon Gah hanya pada nama, pentertaan konsortium di belakang seperti CRDD BUGC dan dua lagi local company, but as China Government Rulling, NOT any of its investment arm could transfer a borrowed monies from the Government Bank abroad with a proper documentation in hand such as, LOA, and other sort of documentation.

Jadinya at the time of award, company sememangnya tak layak... Jadi kenapa Puak Pembangkang selalu menuduh Kerajaan Memberikan Kontrak kepada company RM2.00, (sebelum Sysrikat Induk memasokkan duit).. Jadi caranya adalah sama yang di amalkan oleh kerajaan Barisan Nasional..

Mana kelebihan Guan Eng? Tak der, cara sama ikut BN, Rasuah? Tak Der? Bohong...

Jadi ustaz, biar Guang Eng saman, hjadi umum boleh tahu berapa banyak company yg masuk...

Apakah ada rundingan terus untuk kontrak sehingga Local Giant (yang juga ada giant Funder Company dibelakang) kalah kpd company RM2.00

Bukalah Mata... Jangan percaya dan terima Gunag Eng cakap.. Jangan Jadi Bodoh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...