Saturday, August 9, 2014

PANAS WEII !! PEMIMPIN PKR BERZINA PULAK DAH !!


Panas berapi, meletop letop. Tak tidur malam kecuali UMNO. He..he..nyenyak!
UMNO Selangorlah. UMNO Negeri lain kita tak tau.

Maaflah, ini analogi yang kawan aku cipta dalam mentafsir apa yang sedang berlaku di Selangor. Dia kata, Tan Seri Khalid telah diberi surat tunjuk sebab, diberi masa untuk menjawab dan memberi penjelasan.

Tan Seri Khalid bersedia untuk melakukan perkara itu pada 15 Ogos, beberapa hari jer lagi. Tapi petang tadi Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat
( PKR )telah bermesyuarat dan buat keputusan untuk memecat Tan Seri Khalid.

Ehh, cepatnya. Jatuh hukuman sebelum orang kena tuduh diberi peluang membela diri. Inilah yang kawan aku kata berzina. Belum nikah, baru buat persiapan nak kenduri tetapi dan bersama macam suami isteri.

Nama parti KEADILAN, tiap tiap hari cakap tentang keadilan . Bila kena batang hidung sendiri, habis bersepai semua keadilan yang kononnya diperjuangkan. Poorahhh !


INI KAMU NAK ?

Lebih kotor lagi apabila tanpa sedikitpun berasa malu Mesyuarat petang tadi mencadangkan Wan Azizah jadi MB. Inipun boleh guna analogi yang sama.

Belum maklumkan kepada Tuanku Sultan dan semacam buat perisytiharan.Parti lain lagilah pulak, kena tunduk sujud dan patuh kepada Anwar Ibrahim...

Aku tanya kawan aku, kenapa guna analogi zina ? Kawan aku kata zina adalah salah satu dosa besar dan tak kan nak guna liwat pulak sebab liwat memang tak perlu bernikah !



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...