Thursday, August 7, 2014

PANAS PAGI !! SELAIN KHALID SEORANG LAGI PEMIMPIN SELANGOR BAKAL DIPECAT !


Khalid Ibrahim dah kena pecatpun. Cuma dia ada sejenis ' gila ', dah kena pecat tapi tak mau turun. Orang normal tak mampu buat macam Khalid. Orang yang memecatnya pun ikut gila sama.

Seorang lagi sedang menunggu masa. Cuma aku rasa kita tak usah guna perkataan pecat, kita gunakan perkataan berundur. Dengar manis sikit. Tokoh itu ialah Datuk Seri Noh Omar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Kenapa pulak ? Dia tak buat apa apapun. Memanglah. Dia kena berundur kerana dia tak buat apa apa. Korang bayangkan, begitu bermasalahnya Pakatan, huru hara satu dunia tapi setakat yang aku tau satu programpun belum dibuat oleh UMNO untuk beri penjelasan kepada rakyat.

Yang ada ialah majlis yang dihadiri oleh pemimpin dan ahli UMNO sahaja misalnya majlis berbuka puasa dan majlis hari raya. Itupun aku dengar setakat suam suam kuku.


Aku dengar jugak, usaha bagi menambah pengundi langsung tak berlaku. Padahal dah lebih setahun PRU 13 berlangsung. Sebaliknya pembangkang yang gila babi buat ceramah, buat program. Tak berhenti henti.

UMNO tidur lena dengan kepercayaan pengundi akan mengundi UMNO dalam PRU 14. Komponen ? Jangan cakaplah. Sebenarnya komponen BN ni ada nama jer. Itupun dah suram, kelam.

Kenapa UMNO jadi macam ini hah ? Sebab ia dipimpin oleh pemimpin lemah dan tidak berwibawa. UMNO Selangor perlukan perubahan. Tokoh baru wahib dicari dan diberi peluang.

Aku rasa masanya dah sampai. Presiden UMNO kena nasihatkan Noh, undurlah demi UMNO dan rakyat Selangor.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...