Wednesday, August 20, 2014

GEMPAR !! KEBAKARAN BESAR DI PWTC ! TIADA KEMALANGAN JIWA.

PWTC ini bangunan UMNO. Hubungan dengan UMNO sangat rapat. Tiap tiap tahun orang UMNO akan berkampung di PWTC samada jadi perwakilan mahupun pemerhati Persidangan Agung UMNO.

Tahun ini Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung dalam Bulan November. Jangkaan aku.

1. Perhimpunan tahun ini akan jadi antara Perhimpunan paling panas dalam sejarah. Ini kerana perwakilan mempunyai banyak bahan untuk dibahaskan. Lebih daripada itu para pemimpin mempunyai bahan sangat menarik  iaitu teguran Tun M kepada DS Najib.

2. Ada ramai orang akan berapi mempertahankan DS Najib khasnya supaya mendapat sorakan dan perhatian pucuk pimpinan. Aku rasa yang paling kuat mempertahankan pucuk pimpinan akan jadi antara yang paling dikasihi.

3. Perwakilan dan pemimpin akan sama sama menghentam para penghasut, para penghina dan pihak yang lambat mengambil tindakan.
Maka pemimpin akan memberi amaran keras kepada Pejabat Peguam Negara kerana sikap memilih mereka dalam bertindak. Berapi jugak lagi.
Bersorak para perwakilan.

Kemudian para perwakilanpun balik. Dalam perjalanan balik itupun para perwakilan dah mula terfikir

1. Kenapa pemimpin kitapun macam kita jugak. Marah , sakit hati, kecewa
Sebenarnya UMNO ini ada kuasa ke tidak ?
2. Rasanya perkara yang berapi tahun sudahpun tak selesai lagi. 
3.  Sebenarnya pemimpin UMNO ni betul betul serius ke melayani perasaan dan keinginan akar umbi.
4.  Adakah pemimpin UMNO mengolok olokkan perasaan orang UMNO ?

Banyak lagi persoalan lain akan timbul dalam benak orang UMNO. Tiada jawapan dan UMNO kekal begitu sampailah Perhimpunan tahun 2015 di mana api baru akan dinyalakan.

Begitulah. Korang nak marah akupun tak pe, tapi dalam masa yang sama fikirlah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...