Thursday, August 7, 2014

GEMPAR !! RAFIZI AKUI SPRM ADALAH PELINDUNG !





Sebab itu aku daripada dulu lagi konsisten. Walaupun aku tak berserban, berjubah aku ada keyakinan yang kuat bahawa sehebat manapun manusia mencatur, akhirnya percaturan ALLAH mengatasi segalanya.

Tengok apa yang berlaku kepada Pakatan. Sejak sebelum 2008, Pakatan telah gunakan satu kaedah politik kotor dan jijik. Mereka yang gagal menjanjikan apa apa telah menggunakan pendekatan menyemaikan kebencian melalui pelbagai fitnah dan tohmahan.

Semua agensi kerajaan UMNO/BN ditohmah menjadi alat atau perkakas UMNO/BN. Polis dan SPRM paling banyak menerima tempias kerana kedua dua agensi ini menjalankan penguatkuasaan undang undang.

Hukum psikologi, bilamana emosi dominan automatik pemikiran menjadi lemah dan rendah. Aku bagi contoh, bila seorang lelaki terlalu stim, jantanpun disondolnya..

Orang yang terlampau marah, dia tak peduli. Apa yang ada di tangan digunakan balun orang. Dia tak ada niat nak bunuh tapi silap pukul boleh mati. Tak pasal pasal kena dakwa membunuh. Korang tengok Kiki, diapun mengaku sebab marah sangat sampai tak boleh nak fikir.

Inilah yang berlaku kepada SPRM. Apabila Teoh Beng Hock mati mengejut, Pakatan menuduh SPRM bertanggungjawab. Ada orang percaya benda bodoh begini. Orang tak berfikir bahawa SPRM adalah pihak yang paling rugi kerana Beng Hock adalah saksi yang boleh membocorkan rahsia besar Pakatan.

Maka percaturan Pakatan berjaya pada satu masa. Takdir ALLAH mengatasi segalanya. Bila Pakatan berkocak dalam isu MB Selangor, Rafizi menggunakan rasuah sebagai cara nak menjatuhkan Khalid Ibrahim . Malangnya Khalid lebih awal memintas. Tiada pihak yang lebih afdal dalam menangani rasuah selain SPRM.

Apa pasal pulak Khalid merujuk SPRM, korang tengok video di atas. Rafizi akui tanpa dia sedar SPRM adalah pelindung kepada siapa sahaja yang benar. Biarlah Pakatan menyalak. Aku rasa SPRM kena bersyukur, Pakatan telah cuba menjatuhkannya, Pakatan jugak telah mengangkatnya kembali .

Jadi kalau Mustafa Ali kata Rafizi bodoh, memang sekarang hari hari kebodohannya terserlah.


12 comments:

Anonymous said...

Hah ! Hah ! Sudah kantoilah Rafizi.
Lu hingat lu banyak pandai ka?

Anonymous said...

Masalah besar kita ialah apabila rakyat tak mahu langsung berfikir.Nik Aziz juga pernah diadukan tapi SPRM tidak bertindak kerana kekurangan bukti. Ini asasnya. SPRM bekerja untuk menegakkan keadilan bukan main hentam ikut hati. Aku yakin SPRM sebuah badan yang benar benar bebas.

Anonymous said...

orang yang percaya pakatan ni orang bodo je.

Anonymous said...

Pegawai SPRM ini dipilih selepas tapisan ketat. Bukan ambil tepi jalan. Ko bayangkanlah wibawa mereka.

Anonymous said...

Saya cadangkan SPRM gunakan undang undang untuk mempertahankan diri. Permainan persepsi ini bahaya dan sedikit sebanyak boleh menjatuhkan imej SPRM

Anonymous said...

SPRM TAK BLH TERGANGGU. MAJORITI RAKYAT PERCAYA KETELUSAN SPRM

Anonymous said...

Sudah2 la rafizi gila populariti. Makin spin makin terserlah kekejian pkr tu

Unknown said...

Saya percaya SPRM perlukan pegawai media yang berkesan. Kaji semua berita berkaitan SPRM dalam semua media. Jawab dengan tepat dan pantas
Apa juga berita berbentuk fitnah dan tohmahan perlu dirujuk kepada penasihat undang undang supaya tindakan susulan dapat diambil.Ini penting dalam usaha menjaga kredibeliti SPRM.

Pak Long Azis said...

Puak2 haram jadah ni....bini depa dtg bulan pun depa salahkan org. Anak depa terbakar tn main mercun pun kerajaan yg salah.
Sedap runding jari Kat org ni....dgn harapan we are holier than thou. Dok salahkan kerajaan x jadi jadi So la ni depa target je le agensi2 kerajaan. SPRM dari dulu lagi dok jadi habuan rataan puak2 ni. Dari kes TBH x abis abis sampai la ni.....tiap hari ulang tahun kematian mendiang TBH pun dijadikan isu tanpa menabik kira perasaan keluarga mendiang. Ni la ni depa nak heret SPRM dalam polemik politik bodoh depa pula. Dasar pengkhianat.

Anonymous said...

Pakatan tak kan berhenti selagi tak kena. Balun sekali, depa terperosok dalam jel, baru depa insaf kot!

Mandela said...

Kita terlampau bagi muka dgn pembangkang ni.....mereka hanya spin apa saja kemudian wujudkan persepsi yg buruk terhadap SPRM. Sepatutnya agensi agensi seperti SPRM ni jgn dikutuk....kena bantu dan sokong. Laknatullah Rafizi and the geng

Anonymous said...

Episode terbaru oleh puak pakatan jahanam ni, nak timbulkan persepsi buruk orang ramai terhadap SPRM pulak. Konon nak tunjuk hebat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...