Monday, August 18, 2014

JANGAN TERKEJUT ! HAJI HADI AKAN BUAT PENGUMUMAN BESAR HARI INI !

Umum telah mengetahui apa yang berlaku di Selangor. Semua orang tahu betapa di atas segala kemelut ini PASlah yang paling terkesan. Dalam masa beberapa hari golongan ulama dalam PAS diaibkan oleh Anwarinas dalam PAS.

Semalam PAS telah membuat pengumuman rasmi . JK PAS pusat telah menolak pandangan dan nasihat Mursyidul Am, Majlis Syura Ulama dan Haji Hadi sebagai Presiden. Akar tunjang PAS telah reput.

Hari ini Haji Hadi akan mengadap Nik Aziz. Mereka bukan sahaja pemimpin parti tapi jauh daripada itu mereka adalah sahabat yang amat karib. Mereka berkongsi banyak perkara dan hari ini mereka akan berkongsi luka yang sama.
Luka kerana tidak lagi dihormati.

Jangkaan aku selepas perjumpaan tersebut Haji Hadi akan buat pengumuman penting. Beliau akan melepaskan jawatan dalam parti atas sebab kesihatan.
Percayalah. Beliau tidak bersendirian. Selepas beliau, Dr Harun Din dan akan ramai lagi keluar selepas itu.

Kita tunggulah tengok. Aku tak fikir Hj Hadi dapat bertahan jika beliau tidak lagi dilihat berwibawa. Ini masa sukar beliau dan teman teman ulamanya.
Barangkali ini masa terbaik untuk beliau buat refleksi, masa sepatutnya mendidik beliau dan kita jugak.

6 comments:

Anonymous said...


Tak ada apa yang nak terkejut...

PAS dah tak relevan dengan Islam
PAS dah tak relevan dengan melayu

PAS lebih relevan sebagai cabang PKR
PAS lebih relevan sebagai lembu cucuk hidung atau parti keldai
PAS lebih relevan sebagai parti munafik
PAS lebih relevan sebagai parti tikam belakang
PAS lebih relevan sebagai parti perpecahan

Anonymous said...

PAS TETAP PERJUANGKAN ISLAM. CARA YANG BERUBAH. MATLAMAT SAMA.

Anonymous said...

Hampir sstu dekad saya cuba menyakinkan diri untuk terus simpati dan memberikan sumbangan.Tapi kali ini jelas sudah. PAS tidak akan kemana, majlis syura sudah di kembiri. PAS sudah menjadi" just another party" parti politik biasa yg bercita2 yg sama mcm DAP dan PKR.
Tiada lagi Islam sebagai asas perjuang dan hanya menjadi gimik politik.Terlalu ramai muka liberal dan syiah dalam PAS.
Adios PAS...

Anonymous said...

Tuhan nak tunjuk. Kita boleh tipu semua orang tapi tak boleh Allah. Terimalah akibatnya. Apapun aku harap mereka bertaubat

Anonymous said...

Lama aku dlm PAS, sejak tahun 80an lg. Sebelum tu semua pndgn pndgn berbeza pimpinan yg sesekali tu tidak bersandarkan pendirian ASWJ aku anggap pndgn peribadi semata mata, walaupun dr HH dan NA sekalipun, 2010, aku tinggalkan, isu Kalimah Allah swt, mmg pendirian bersama PAS PKR yg ditandatangani oleh HH pendirian yg sesat. Cuma aku tak paham kenapa Dato' Haron Din masih bersama PAS hingga kini.

Anonymous said...

Ini kesan tamak. Tak cukup cukup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...