Tuesday, August 5, 2014

ATLIT ANGKAT BERAT DITUDUH CABUL JANTAN PULAK DAH !!


Baca bacaan ringan sikit. Redakan ketegangan minda kita dengan kemelut politik negara. Tapi ada kaitan jugaklah. Kalau terpegang ' anu 'pun disaman, korang bayangkan kalau sampai kena liwat. Dah tentu mangsa tak akan biarkan peliwatnya terlepas !


LONDON: Atlet angkat berat lelaki Papua New Guinea di Sukan Komanwel Glasgow, Scotland dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan serangan seksual kepada seorang lelaki di sebuah pasaraya.

Toua Udia, 22, menafikan tuduhan itu dan tidak berniat memegang kemaluan lelaki terbabit pada 21 Julai lalu di sebuah kedai kopi di pasaraya berhampiran perkampungan sukan berkenaan.

Pihak yang menuduh Udia, yang enggan dikenali memberitahu mahkamah Glasgow, atlet angkat berat itu memegang kemaluannya ketika dia sedang membantunya membalut pek ais ke kakinya.

“Saya keluar daripada satu sudut kubikal dan melihat dia sedang meletakkan pembalut di kaki kirinya,” katanya kepada mahkamah.

“Saya bertanya kepadanya: Adakah kamu baik? Dia kemudian meminta saya untuk membantunya mengikat pembalut itu.

“Saya dapat merasakannya. Ia bukanlah geseran dan ia juga bukan genggaman namun apa yang pasti ia adalah usikan. Saya berkata: Hey! dan menyuruhnya untuk berundur. Dia kemudian memandang kepada saya dan hanya tersenyum seperti ia sesuatu yang normal selain tersengih dan menganggap semuanya baik,” katanya.

Lelaki itu kemudian berkata dia tidak mahu atau berharap kejadian itu berlaku dan meninggalkan tempat kejadian dan memberitahu staf di situ dan polis.

Pegawai Polis, Jamie Carr memberitahu mahkamah Udia ada bercakap dengannya selepas insiden terbabit.
“Dia (Udia) berkata ada seorang lelaki keluar daripada sudut kubikal dan dia meminta lelaki itu untuk membantunya meletakkan pembalut ais di kakinya dengan baju.

“Dia kemudian memintanya dan seorang lelaki lain untuk memegang baju terbabit dan berkata tangannya tidak sengaja terkena seorang lagi lelaki. Dia kemudian menunjukkan tempat di mana dia terpegang iaitu di pangkal paha,” katanya.

Pembantu pasaraya dan pengawal keselamatan di tempat kejadian yang turut memberi keterangan berkata mereka begitupun ragu-ragu dengan tuduhan didakwa mangsa apabila dia menghampiri mereka.

Sukan Komanwel Glasgow menutup tirainya awal pagi semalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...