Tuesday, August 19, 2014

BONGKAKNYA ZAHID !

Zahid usah membela melulu. Ini bukan soal ' ERA '. Ini soal keberkesanan dan keberhasilan. Aku rasa Zahid agak bongkak . Bukan itu caranya menjaga pemimpin. Nak jaga pemimpin ialah tegur kalau tak betul. Bukan angguk semua perkara.
Zahid kena turun ke bawah, tanya apa perasaan umat Melayu. Adakah umat Melayu rasa dihargai selepas PRU 13 ? Adakah umat Melayu fikir DS Najib telah memenuhi ikrarnya selepas Tsunami Cina?


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mengingatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa setiap pemimpin mempunyai eranya yang tersendiri.

Dan sekarang, tambahnya, era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Zahid berkata, setiap pemimpin mempunyai era yang sesuai pada suatu-suatu masa dan era ini sesuai untuk Najib.

Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, di zaman media sosial pemimpin politik harus membayar harga untuk “era tanpa sempadan”.

Katanya, seperti semua orang, Mahathir harus menghormati pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan menggesa beliau memberikan kesetiaan kepada Najib.

“Ketika beliau (Mahathir) menjadi perdana menteri, beliau menuntut kesetiaan semua pihak. Saya pasti Najib juga menuntut kesetiaan semua pihak,” katanya.

Mahathir semalam menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.

6 comments:

Anonymous said...

Inilah punca org benci UMNO. Berasa hebat tapi kosong

Anonymous said...

Nampak dak ! Bukan nak kaji apa orang kata tapi nak tunjuk hebat bela bos. Masa BN hampir ditolak rakyat dulu kenapa tak gunakan kebijaksanaan?

Anonymous said...

Teguran itu agak keras. Biasalah. Zahid tak kaji sejarah. Tunku pernah menegur Tun M, Tun Husseinpun sama.
Zahid jangan sombong sebab di ERA Zahid ini prestasi UMNO paling teruk !

Anonymous said...

Ku Nan dan Hishamudin jugak pertahan Datuk najib tapi tak kasar macam Zahid. Tak eloklah. Sekurang kurangnya hormatilah orang tua.

Anonymous said...

Menyesal sokong Zahid. Belagak!

AJAI62 said...

Era si Zahid bila pulak.. tenggelam dengan tongkang yang Najib bina utk bodek pendatang...KDN tu dah cukup bagus ke? Prestasi menterinya pun bukan bagus sangat...cakap aje berdegar2 tindakan hampas... orang gedebe macam ni pun bole jadi menteri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...