Monday, October 28, 2013

GANDINGAN SEJARAH !



SEKEPING GAMBAR MEMBAWA SERIBU MAKNA.

GAMBAR DI ATAS DIRAKAMKAN SEMASA HARI PENAMAAN CALON PRK SUNGAI LIMAU SEBAIK SAHAJA SELESAI PEMILIHAN UMNO.

SEBAIK SAHAJA HISHAMUDDIN DAN MUKHRIZ SELESAI BERSAING UNTUK TEMPAT KETIGA NAIB PRESIDEN UMNO. HISHAMUDDIN MENINGGALKAN MUKHRIZ DENGAN SEMBILAN UNDI.

ITU PERISTIWANYA. BIASA, PEMILIHAN BERMAKNA ADA YANG TERPILIH ADA YANG TIDAK TERPILIH. BIASA .

YANG LUAR BIASA IALAH PROSES YANG BERLAKU. SANGAT LUAR BIASA.

HISHAMUDDIN SEMACAM MENERIMA HUKUMAN, HISHAMUDDIN MACAM TAK PERNAH BERJASA, TAK PERNAH BERBAKTI.

AKU YAKIN HISHAMUDDIN BELAJAR BANYAK PERKARA. DUA NAIB YANG BERADA JAUH DI HADAPAN WALAUPUN KONONNYA BERSAMA.

DUA CALON LAGI  BERADA JAUH DI BAWAH. YANG BERHAMPIRAN,PINTAS MEMINTAS SEBELUM KEPUTUSAN IALAH MUKHRIZ- HISHAMUDDIN.

SERANGAN, TOHMAHAN, TUDUHAN DARI KELILING DIRI HISHAMUDDIN MENGGAMBARKAN BETAPA BELIAU AKAN TEWAS. TAPI BELIAU TIDAK TEWAS . TAK KIRA APA SEBABNYA HISHAMUDDIN MENANG DAN MASIH BERADA DALAM BARIS NAIB PRESIDEN.

AKU TERBAYANG SESUATU. HISHAMUDDIN PERLU BERFIKIR ' DI LUAR BERTIGA '. BANGKIT DENGAN AZAM BARU. HENTIKAN SEGALA RAJUK.

LUPAKAN SEGALA SAYU PILU. JANGAN TAKUT MENGAKU SILAP PADA MASA LALU. JANGAN TAKUT BERJANJI UNTUK LEBIH MANTAP PADA MASA DEPAN.

MARI KITA BERFIKIR BEGINI,

DULU - TUN RAZAK KEPADA HUSSEIN ONN KEPADA MAHATHIR

MASA DEPAN - NAJIB KEPADA HISHAMUDDIN KEPADA MUKHRIZ.

YANG DIPERLUKAN HANYA KEBERANIAN DAN KEYAKINAN TEGUH !


4 comments:

Anonymous said...

Wow Luncai......lu baca cantik bro. Gua angkat topi sama lu. Betul la, PAU baru lalu untuk DSN memantapkan barisan kepimpinan dia diperingkat parti. Joceline Tan dalam kolum dia dua tiga lalu pun kata benda yang sama. PAU yang lepas ni bukan untuk "....sucession plan...". Cantik sungguh gabungan Hisyam dan Mukriz tu.
Gua tgk gambar tu bak kata orang tua tua.....bidok berlalu kiambang bertaut.
Elok lah lagu tu......kita semua adik beradik. Hisyam kata ramai org adalah menteri amaran, lembik, cium keris kemudian minta maaf......barangkali ramai yang tidak tahu kadang kadang seorang bapak terpaksa mencuri untuk bagi anak anak dia. Moral si bapak tu confom salah kerana mencuri tapi hakikatnya......nak bagi makan anak anak dia. So, Hisyam pun mungkin berada dalam keadaan begitu......luah mati emak, telan mati bapak. Tatkala kita buat sesuatu keputusan, sebagai menteri dan naib presiden UMNO, dia kena buat keputusan yang betul walaupun tidak popular.
Keputusan yang popular sudah tentu menjadi juara orang Melayu seratus peratus tetapi sebagai pemimpin, kita kena terima hakikat, Malaya ni dah bukan 100% Melayu punya. Kita kena terima hakikat kita berkongsi kuasa dengan bangsa lain. Kerana tidak boleh menjadi ultra Melayu semata semat, barangkali Hisyam kena buat keputusan yang BETUL dan bukan yang POPULAR. Kalau tidak jadi le macam Fuad Zakarshi, Saifuddin Abdullah dan ramai lagi. Tun Mahathir tu dulu pun lebih ultra Melayu dari yang lain, tapi bila dah jadi PM......banyak kompromi gak.

Anonymous said...

Sdra Luncai.....x tahu le nak ckp. Tengok pada gambar tu pemimpin2 kita cukup profesional. Yang dok melalak dgn segala mcm label, tuduhan dan caci cerca oang orang bawah je. Mereka ni rasanya tidaj rasional pun.

Anonymous said...

Luncai,

Saya rasa sesuatu mesti dibuat bagi meningkatkan kualiti ahli Umno dari setiap peringkat. Tidak ada salahnya mengakui kelemahan dan berusaha membetulkannya.

Anonymous said...

sebenarnya banyak perkara perlu dibetulkan jika kita masih sayang pada parti UMNO ni. apa yang menghairankan saya orang dalam parti sendiri yang meletakkan parti ini dalam kesusahan kerana banyak perkara, antaranya meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti dan banyak lari dari perjuangan asal parti iaitu memertabatkan agama, bangsa dan tanah air. jadi alahaisi luncai mike kena la bentuk satu organisasi untuk membetulkan parti yang kita sayang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...