Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun urus niaga itu sah dan tidak ada masalah tetapi isu berkenaan tetap memberi persepsi negatif kepada rakyat kerana melibatkan 1MDB.
“Transaksinya sah tetapi disebabkan ada kaitan dengan 1MDB yang sudah menjadi toksik, perkara ini telah meracuni pemikiran rakyat seolah-olah mereka terpaksa menanggung beban daripada masalah yang dihadapi oleh 1MDB.
“Sentimen penyimpan Tabung Haji ialah mereka tidak mahu dilibatkan dengan masalah ini seolah-olah duit kami digunakan untuk menyelamatkan 1MDB,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja rasmi tiga hari beliau di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO mengulas kenyataan pergerakan itu yang antara lain mendesak TH dan Kementerian Kewangan menjawab beberapa soalan berhubung urus niaga itu bagi mengelak pelbagai spekulasi yang mengundang kemarahan rakyat. – UTUSAN