Wednesday, May 13, 2015

SEBENARNYA...

'Tiada siapa dapat pecah belahkan kita, Muhyiddin'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan hubungan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sesekali dapat dipecahbelahkan.

“Kita akan selalu bincang hati ke hati untuk pastikan bahawa kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada pada keadaan selesa dan kukuh supaya tiada pihak cuba memecahbelahkan kita, terutama sekali saya dengan timbalan presiden,” katanya.

Najib berkata hasil perbincangan hati ke hati dengan Muhyiddin pagi tadi didapati kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada pada tahap kukuh.

“Jadi kalau ada apa-apa berita khabar angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini maka kecewalah mereka yang menyebar berita-berita palsu tersebut,” katanya.

Najib tidak merujuk secara langsung pihak itu.

Namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa keseluruhannya anggota MT telah menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat.

Zainuddin juga berkata presiden Umno itu mungkin diberitahu secara ikhlas dan sopan berhubung perkara itu dalam mesyuarat MT hari ini.

Muhyiddin sebelum ini dispekulasi banyak pihak sedang mengintai peluang menggantikan Najib sebagai perdana menteri.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad bahawa Muhyiddin pilihan paling sesuai menjadi peneraju negara, walaupun bukanlah yang terbaik.

Selain kenyataan tegas Muhyiddin dalam isu 1MDB, dakwaan “konspirasi Milan” antara Muhyddin dan dan beberapa pihak di Itali juga menguatkan khabar angin itu.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, antara nama dikaitkan, bagaimanapun menafikan bertemu Muhyiddin di negara Eropah itu bagi merangka pelan mengetepikan Najib. 


Ulasan

Malaysiakini siarkan artikel ini dengan harapan ada orang komen membantu hasrat dia. Melaga , memecah belah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...