Tuesday, August 18, 2015

BIJAK PANDAI TAK PERNAH TOLONGPUN..


Kelemahan aku ialah menyediakan angka dan data. Aku bukan nak bentang dalam mahkamahpun. Cuma hakikatnya begitu ramai orang yang menggunakan media maya sedang membicarakan DS Najib. Mereka telahpun buat keputusan bahawa jika DS Najib tak turun, UMNO dan Kerajaan akan tumbang.

Aku nak sarankan beberapa perkara.

1. UMNO menang hanya di kawasan luar bandar. Tak ada satu kerusi bandarpun yang UMNO menang.

2. Orang yg mengaku bijak pandai, banyak buat analisis dan andaian telah gagal selama ini untuk menangkan UMNO. Bukan baru ini jer. Sejak 2008.

3. UMNO tak menang atau kalah kerana isu semata mata walaupun ada jugak sedikit sebanyak kesannya. UMNO menang atau kalah atas dua sebab utama

1. Jentera UMNO berkesan di semua peringkat
2. Kos sara hidup tidak menekan.

Jadi cadangan aku ialah UMNO tak usah gila babi ikut rentak yang pembangkang mainkan. Berjawab jawab setengah mati. Pembangkang dah tentu boleh cakapa apa saja. Jalankan jentera parti. War Room lah, PDM lah, JRlah semua ini wajar digerakkan. Ini keutamaannya.

DAP dok petik sana sini untuk alpakan kita. Di bawah jentera mereka tak berhenti bergerak. UMNO?

Kerajaan UMNO jugak mesti melihat kos sara hidup yang melambung sekarang. Harga getah turun, harga barang naik. Pendapatan kurang dari perbelanjaan.

Ini isunya. Selesaikan ini dulu, insyaallah kita akan bertahan. Kemudian beransur ansur perbaiki kekurangan. Usah takut mengaku silap salah.

Yakin jika kita benar, Allah akan limpahkan pertolongan.



1 comment:

Anonymous said...

Aku rasa peluang Umno kalah lebih besar kalau Najib di jatuhkan.Najib pun ramai penyokong ,mungkin lebih ramai dari penyokong pihak yg mahu menjatuhkan beliau.Kalau Najib jatuh penyokong Najib pula buat hal,Umno akan jadi makin teruk.Kalau Najib jatuh Sabah dan Serawak belum tentu sokong BN,mereka tunggu offer dari DAP,PKR dan GHB,tengok mana yg lebih menarik berbanding BN.Anwar dari dalam penjara akan janji bulan dan bintang pada Sabah dan Serawak.BN sure lungkup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...