Sunday, August 9, 2015

CARI PENYAKIT KHALID NIH !





Apabila Tan Sri Muhyiddin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri , maka ramai yang menyangka bahawa UMNO akan hancur sebab pengaruh Johor terhadap UMNO memang cukup kuat.



Kemudian timbul pulak beberapa kenyataan daripada beberapa pihak di Johor yang nampak seperti menentang PM dan Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak.



Namun pemimpin UMNO cukup matang. Ucapan terbaru MB Johor jelas menunjukkan bahawa tiada penentangan daripada UMNO Johor. Yang nyata mereka mengharapkan pembetulan dan dalam masa yang sama harapan mereka agar pemimpin kanan dari Johor diangkat lebih tinggi.



Dalam konteks ini nampaknya mereka amat berharap DS Hishammuddin akan pergi lebih jauh. MB Johor bukan sekadar memberi cadangan, bahkan memberikan justifikasi. Korang dengarlah. Aku macam yang pernah aku nyatakan memang mahu pemimpin yang aku berkenan ini naik bila tiba masanya.


8 comments:

Anonymous said...

Pemimpin muda, bercakap dengan jujur demi parti dan bangsa.

Anonymous said...

Seperti UMNO Johor, kita juga yakin kepada keupayaan DS Hishammuddin. Cuma kita berharap agar UMNO kekal kukuh, tiada perebutan melampau. Kita bimbang UMNO kian goyah.

Anonymous said...

DS Hisham seorang yang sangat tenang, sangat senang dihubungi, sangat cepat mesra dan mewarisi sifat-sifat pemimpin multinasional.
Cuma saya sangat berharap DS Hisham berhati2 supaya terjerumus dan terjerat dengan kesilapan DS Najib dalam isu 1mdb. Jangan cepat sangat bersekongkol dengan Jholo dan lain2 pemian di belakang 1mdb.

Anonymous said...

Sesiapa yg naik pasti ada jho low,sbg mana madey bersama vincent dan ananda..guan eng bersama group2 developernye..dan funder2 yg kita tak tau..main politik bkn free joe..hanya yg naif je pecaya pemimpin politik leh jd pm tanpa kroni..masalahnye ramai dimalaysia ni naif politik..

Anonymous said...

Selepas Rasulullah tiada siapa sempurna. Cuma bandingkan dgn Oas dap jauhlah UMNO lebih ok.

Anonymous said...

Kalau tokoh muda kita sabar mmg nampak potensi Datuk Hisham. Cuma tak perlu gopoh. Penting bagi UMNO mantap dulu.

Anonymous said...

Saya doa agar UMNo bertahan. Kiya ramai pemimpin yg baik termasuk Hishamudin.

Anonymous said...

DS Hisham ... tak payah.

Carilah calon lain yg lebih berani, berhemah dan berpengetahuan.

Kalau setakat cabut keris lepas tu minta maaf. Ada kes kuat pun bagi amaran. Apa? Takut hilang undi? Baik tak payah sebab dari awal lagi dah nampak tidak ada prinsip perjuangan dan takut disingkirkan.

Lagi pun dia ni sedara dgn Najib, apa pulak tanggapan orang.

Ikhlas dari saya.
Anak Melayu Yang Nak Pencen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...