Wednesday, May 20, 2015
INI POLITIKLAH, USAH WAYANG.
Ini politik. Politik adalah seni menawan manusia. Makin ramai kita berjaya tawan, makin luas peluang kita untuk menang.
Sekarang ni umumnya pembangunan bukan lagi cara untuk menawan pengundi sebab isu berkaitan pembangunan banyak yang telah diselesaikan oleh Kerajaan UMNO.
Sekarang adalah masa menjalin hubungan. Akrab, tanpa syarat. Kongruen. Rapat dan mendalam. Untuk ini aku rasa tak ramai yang mampu buat macam DS Hishammuddin Hussein. Tabeklah.
Pemuda dan Puteri UMNO kena kuasai kemahiran ini.
Ada sesiapa boleh buktikan sumbangan PAS terhadap pembangunan ? Tak de. Tapi cara dia layan orang macam nak bagi dunia kepada orang, padahal dia yang kutip derma.
Hah hah hah..ayuhlah UMNO. Dua tahun lebih jer lagi..
Monday, May 18, 2015
DEBAT TUN M VS DS NAJIB , PERANAN YAHUDI..
Maka berpusu pusulah sekalian ' intelek ' dan pejuang maya Melayu kelas atasan merangsang mahukan debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan DS Najib Tun Razak.
Aku tak nak namakan mereka sebab hampir semuanya ' bekas '. Bekas itu dan bekas ini. Melihatkan kepada diri mereka aku yakin bukan kebenaran yang mereka cari. Mereka mahu Najib kalah atau dilihat kalah.
Dalam masa yang sama mereka mahu melampiaskan dendam peribadi masing masing. Aku pasti walaupun tiada bukti.
Cuma dari sudut politik, aku tahu mereka bukan orang politik. Mereka mungkin ahli UMNO tapi tak pernah ada jawatan sebab berasa begitu ' hebat ' untuk naik secara perlahan lahan.
Ada yang pernah jadi Menteri tapi bukan kerana roh UMNO tapi kerana hubungan peribadi dengan Tun M.
Aku cabar orang orang ini untuk turun ke lapangan sebenar UMNO. Jumpa orang kampung, tanyakan kepada mereka, adakah mereka mahu debat terbuka ini?
Aku yakin jawapannya adalah tidak. Jangan paksa rakyat memilih antara dua tokoh Melayu ini. Tak perlu. Keduanya akan kekal dikasihi jika kita tidak lagakan mereka.
Dalam masa yang sama aku nak rayu TV 3 yang dimintak jadi gelanggang. Tolonglah, janganlah termakan mainan jahat ini. Ini semua perangkap. Akhirnya TV3 akan disalahkan kerana menjadi gelanggang dua orang pemimpin Melayu bertikaman.
Mereka sampai menggunakan pendekatan Yahudi. Lagakan pemimpin Islam untuk kemudiaannya ambil kesempatan..
Saturday, May 16, 2015
CUKUPLAH TUN...
Baca atikel ini..di sini
Aku dalam banyak perkara tidak mencampuri urusan Tun Mahathir dan DS Najib. Mereka berada dalam kelas tersendiri dan aku sentiasa percaya sekuat manapun konfliknya pasti ada penyelesaian.
Namun begitu aku sebagai rakyat yang berada di akar umbi ini jugak percaya bahawa dah sampai masa Tun M tidak begitu aktif menghentam dan memaksakan fikiran beliau untuk diikuti.
Berilah peluang kepada DS Najib melaksanakan tanggungjawab beliau sehingga tamat penggalnya dan biarlah rakyat menjadi hakim. Aku bimbang akhirnya keikhlasan Tun M akan diragui...

Wednesday, May 13, 2015
SEBENARNYA...
'Tiada siapa dapat pecah belahkan kita, Muhyiddin'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan hubungan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sesekali dapat dipecahbelahkan.
“Kita akan selalu bincang hati ke hati untuk pastikan bahawa kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada pada keadaan selesa dan kukuh supaya tiada pihak cuba memecahbelahkan kita, terutama sekali saya dengan timbalan presiden,” katanya.
Najib berkata hasil perbincangan hati ke hati dengan Muhyiddin pagi tadi didapati kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada pada tahap kukuh.
“Jadi kalau ada apa-apa berita khabar angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini maka kecewalah mereka yang menyebar berita-berita palsu tersebut,” katanya.
Najib tidak merujuk secara langsung pihak itu.
Namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa keseluruhannya anggota MT telah menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat.
Zainuddin juga berkata presiden Umno itu mungkin diberitahu secara ikhlas dan sopan berhubung perkara itu dalam mesyuarat MT hari ini.
Muhyiddin sebelum ini dispekulasi banyak pihak sedang mengintai peluang menggantikan Najib sebagai perdana menteri.
Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad bahawa Muhyiddin pilihan paling sesuai menjadi peneraju negara, walaupun bukanlah yang terbaik.
Selain kenyataan tegas Muhyiddin dalam isu 1MDB, dakwaan “konspirasi Milan” antara Muhyddin dan dan beberapa pihak di Itali juga menguatkan khabar angin itu.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, antara nama dikaitkan, bagaimanapun menafikan bertemu Muhyiddin di negara Eropah itu bagi merangka pelan mengetepikan Najib.
Ulasan
Malaysiakini siarkan artikel ini dengan harapan ada orang komen membantu hasrat dia. Melaga , memecah belah...

Saturday, May 9, 2015
AKU TAK SETUJU DENGAN TS MUHYIDDIN YASSIN.
MILAN 8 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pendirian Pergerakan Pemuda UMNO berhubung isu pembelian aset bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh anak syarikat Lembaga Tabung Haji, TH Properties Sdn. Bhd. daripada 1MDB.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun urus niaga itu sah dan tidak ada masalah tetapi isu berkenaan tetap memberi persepsi negatif kepada rakyat kerana melibatkan 1MDB.
“Transaksinya sah tetapi disebabkan ada kaitan dengan 1MDB yang sudah menjadi toksik, perkara ini telah meracuni pemikiran rakyat seolah-olah mereka terpaksa menanggung beban daripada masalah yang dihadapi oleh 1MDB.
“Sentimen penyimpan Tabung Haji ialah mereka tidak mahu dilibatkan dengan masalah ini seolah-olah duit kami digunakan untuk menyelamatkan 1MDB,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja rasmi tiga hari beliau di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO mengulas kenyataan pergerakan itu yang antara lain mendesak TH dan Kementerian Kewangan menjawab beberapa soalan berhubung urus niaga itu bagi mengelak pelbagai spekulasi yang mengundang kemarahan rakyat. – UTUSAN
Ulasan
Hakikat yang terpaksa kita akui ialah Kerajaan UMNO ini sedang goyang. Yang paling kuat bergoyang ialah Presiden UMNO yang jugak Perdana Menteri.
Namun aku tak bersetuju dengan TS Muhyiddin nak kata 1MDB faktor utama kemerosotan kita di Rompin dan Permatang Pauh.
4 hari aku di Rompin. Orang tak tau aku siapa sehingga aku boleh berada di mana mana. Isu paling besar ialah GST, penurunan harga sawit dan getah. Kenaikan harga barang.
Isu kesukaran rakyat. Kabinet termasuk TS Muhyiddin kena jawab. Jangan tuding jari kepada DS Najib seorang.
Wednesday, May 6, 2015
BERITA BAIK DARI PERMATANG PAUH, INSYAALLAH.
Alhamdulillah. Aku baru balik dari Permatang Pauh. Saja berjalan jalan sambil melihat kemeriahan PRK yang akan berlangsung esok.
Aku datang sebagai orang yang tiada apa apa. Banyak kedai aku singgah. Beli rokok, minum. Dapatan aku BN ada harapan besar untuk menang. Aku ada dua tiga asas
1. UMNO di bawah Cikgu Zaidi cukup solid
2. Jentera di bawah pimpinan DS Ahmad Zahid bergerak secara cukup tersusun
dan kemas. Wanita, Pemuda dan Puteri mantap nampaknya.
3. Calon, Sdr Suhaimi cukup dikenali . Akhlak dan hubungannya dengan
masyarakat amat baik.
Di pihak pembangkang
1. PAS memang boikot. Jentera mereka tidak seperti selalu. Tidak bergerak
2. Pengundi Cina jugak telah beralih sebahagiaannya.
3. Calon Pakatan..he..he korang taulah kan..
Monday, May 4, 2015
KALAU NAK PENING BACA CATATAN DR MAZA.
Ini catatan Dr Maza yang selalu bercakap bahawa dialah yang paling alim dalam hal hal agama. Korang bacalah kemudian cuba fikir apakah kenyataan beliau membantu atau tidak. He..he..silap awal bila dia kata PRU. Apalah Sheikh, PRU dengan PRK pun pening.
Subscribe to:
Posts (Atom)