Inilah ATM. Askar kita. Sebab itu aku setuju sangat bila Menteri Pertahanan umum macam macam insentif sebagai tanda terima kasih kepada ATM. Mereka bukan hanya bercakap pasal pertahanan tapi mereka bersedia memberikan khidmat di mana sahaja diperlukan.
Kalau ikut kehendak DAP, mereka mahu kurangkan ATM. Mereka mahu bubar Askar Melayu. Kita dah nampak apa ada dalam hati puak puak chauvinis ni..
KUALA LUMPUR 5 Dis. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 90 anggota tentera darat menyertai operasi bersepadu menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands.
Kalau ikut kehendak DAP, mereka mahu kurangkan ATM. Mereka mahu bubar Askar Melayu. Kita dah nampak apa ada dalam hati puak puak chauvinis ni..
KUALA LUMPUR 5 Dis. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 90 anggota tentera darat menyertai operasi bersepadu menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, pihaknya sentiasa bersedia melaksanakan tanggungjawab yang diberi terutama bagi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
“Kami yakin dengan jumlah anggota tentera yang ditempatkan mampu untuk membanteras isu ini habis-habisan dan usaha kini giat dilakukan dengan menggerakkan anggota untuk menggempur pada waktu malam kerana kegiatan itu sering dilakukan oleh PATI pada masa itu.
“Operasi membanteras dijalankan secara sistematik dan sebagai organisasi menyeluruh, kami mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan serta sentiasa bersedia untuk membantu,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Berkhatan 1MINDEF anjuran bersama Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan di Masjid Khalid Al-Walid, di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat dan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Azizan Md. Delin.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Raja Mohamed Affandi berkata, ATM turut menempatkan anggotanya di beberapa kem di negeri-negeri yang mengalami banjir seperti Pahang, Terengganu dan Johor semasa musim tengkujuh.
“Kita tempatkan anggota ATM supaya dapat memberi bantuan terus kepada mangsa banjir yang memerlukan bantuan terutama mereka tinggal di kawasan pedalaman yang sukar mendapatkan pertolongan.
“Usaha ini dilihat sebagai tanggungjawab dan amanah kerana ATM selain berfungsi sebagai organisasi pertahanan, kita juga bersedia untuk membantu orang ramai yang dilanda bencana,” ujarnya.
5 comments:
Ini beza ATM dengan tentera di negara lain. Khidmat masyarakat sangat tinggi.
Alhamdulillah. Kerajaan sentiasa menghargai perkhidmatan ATM.
Di tangan DS Hisham, nampak peningkatan kebajikan tentera dan keluarga mereka.
Bagus kerajaan sikitpun tak terjejas dengan provokasi pembangkang. Kalau ikut saya kebajikan ATM ni patut ditambah baik.
Yang DAP benci sangat DAP ni pasal inilah. hah Hah hah..
Post a Comment