Wednesday, December 10, 2014

SELAMAT PULANG DS, UMNO BELUM START LAGI...

Aku baca FB Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Naib Presiden UMNO. Salah seorang pemimpin UMNO yang tak pernah gagal mengongsikan pergerakannya bersama rakyat terbanyak. Ada orang suka, ada orang tak suka. Normallah, manusia..Aku suka.Biar rakyat tahu apa pemimpin buat.

Aku ucapkan selamat kembali kepada DS Hishammuddin dari lawatan kerja yang padat, kebanyakannya berkaitan isu pertahanan dan keselamatan. Tapi yang aku nak tulis bukan berkaitan lawatan kerja tu..


Aku nak bagi pandangan berkaitan Perhimpunan Agung yang baru lalu. Barupun dah masuk dua minggu sebenarnya. Aku rasa antara yang paling sibuk sebelum PAU ialah DS Hishammuddin dan teamnya yang diamanahkan melakukan transformasi dalam perbahasan dan usul.

Aku akui telah berlaku penambahbaikan yang ketara dalam aspek ini namun izinkan aku memberikan sedikit pandangan. Perbahasan telah berjaya menyemarakkan semangat perwakilan dan ahli UMNO seluruhnya. Makin jelas tentang kedudukan orang Melayu dan UMNO yang dikatakan makin terhimpit dan terkebelakang.

Tapi semangat dan kesedaran semata mata belum cukup untuk menangkan parti. Parti hanya akan menang jika UMNO benar benar menyusun gerakan menawan pengundi untuk bersama kita. Ini yang pada pandangan aku masih tak ada.

Selepas dua minggu belum ada satu kenyataanpun yang aku dengar atau baca berkaitan perkara ini. Oleh yang demikian, aku harap kalau ada orang boleh sampaikan kepada DS, sesuatu perlu dilakukan segera bagi mempastikan UMNO tidak ketinggalan terus di belakang DAP.

Kenapa DS Hishammuddin ? Sebab aku anggap UMNO dalam keadaan krisis. Masa kita dilanda krisis MH 370, DS telah mengadap perkara ini dan dikatakan tidak balik selama tiga minggu. Seluruh usaha digerakkan untuk mendepani krisis besar tersebut.

Maaf cakaplah, sekarang UMNO jugak sedang dalam krisis besar dan aku yakin DS Hishammuddin boleh diamanahkan menangani krisis ini.


11 comments:

Anonymous said...

umno dah beku. keras dan tak boleh nak digerakan . tunggulah talkin unt umno

Anonymous said...

Tak kisah siapa. UMNO perlu segera digerakkan

Anonymous said...

DAP SENYAP JE BUAT KERJA. SEDAR SEDAR MELONJAK PENGUNDI DIA. UMNO RIUH RENDAH TAPI KERJA TAK JALANPUN

Anonymous said...

Saya pun sokong jika Datuk Hishamuddin diberikan amanah ini. Dah nampak kejayaannya sebelum ini.

Anonymous said...

Kunci sebenar kejayaan atau kegagalan UMNO terletak di Bahagian. Kalau Bahagian tidur maka, mautlah UMNO. Hah ! Hah !

Anonymous said...

Kerja bertangguh. UMNO ni kalau ada Menteri turun barulah kelam kabut. Kalau tidak tidur memanjang.

Anonymous said...

Aku harap lepas ni DS Hishammuddin fokus lebih kepada parti. Getir PRU 14 ni.

Anonymous said...

UMNO jangan belaga sesama sendiri. Fokus kerja PRU. Insyaallah UMNO akan selamat.

Anonymous said...

Bagi dia ni plak... Kasi peluang la skit kroni dia nak cari makan...

Asyik orang sama jee dapat projek...

Pak Long Azis said...

Ni aku nak tambah sikit perihal PAU baru ni....yang mangkuk hayun wakil dari Permatang Pauh dok pi runding jari kat Cina tu apa jadah nye....awat bodoh tahap gaban sangat ni. Biaq pi la depa nak makan babi ke...ke jual air tebu ke....nak jadi tokey pelacur ke.....yg kita dok pi tuduh depa tu buat apa? Bukan kah PAU ni sebenarnya perhimpunan org org Melayu....apa pasai x bangkitkan isu cam mana nak buat supaya org Melayu x mundur....camne nak buat org Melayu ada ketahanan utk berniaga....camne nak buat org Melayu yg ketinggalan dlm semua perkara....Anak anak Melayu yg lemah M3 dan Sains dan lemah dlm penguasaan BI. Isu isu ni yg patut kita debat dlm PAU. Najib kata kita perlu undi Cina tapi dgn melaun bodoh dari PP tu.....seratus Cina mai sokong BN dgn ucapan pergulungan Najib, 1000 lagi yang lari sebab melaun bodoh tahap gaban ni punya ucapan.
Tgk baru2 ni LGE dgn bangga kata cina buat Mee segera dari Pulau Pinang berjaya mendapat pengiktirafan dunia sebagai Mee segera terbaik bukti depa kerja keras tanpa tongkat dan bukan jadi kepala samseng dan tokey aktiviti haram....hah nak buh muka kita tang mana?

Anonymous said...

Pak Long, ini masalah utama UMNO. Selalu lari dari keutamaan, ghairah dengan sorakan. Hasilnya kosong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...