Saturday, December 13, 2014

TIADA LAGI RETORIK ! INSYAALLAH KITA TELAH BUKTIKAN..

Hari ini Naib Presiden UMNO Dato Seri Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan menunaikan tanggungjawap yang beliau sendiri zahirkan pada PAU2014 29 November. Turut sama hadir dalam hari ini YAB Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir.

"Bagi mengiktraf pengorbanan barisan perwira negara, kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membaik pulih rumah keluarga Angkatan Tentera Darat, Laut dan Udara.

“Pengorbanan mereka wajar diterjemahkan dengan komitmen untuk membela kebajikan keluarga mereka dari semua sudut,” katanya.

Malah, Hishammuddin berkata, beliau akan bekerjasama rapat dengan Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Perhebat untuk mengkaji penambahbaikan kebajikan bekas perajurit."




Bukan Retorik dan ini lah yang dipamerkan oleh Dato Seri Hishammuddin apabila pengumumannya pada ucapan penggulungan PAU2014 ditunaikan hari ini yang mana mengumumkan pemberian elaun sara hidup RM300 sebulan kepada para veteran ATM. Kepekaan kerajaan dalam mengingati jasa jasa para prajurit negara akan diteruskan dari masa ke semasa. Malah Dato Seri Hishammuddin juga memaklumkan bahawa Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan akan menubuhkan jawatan kuasa khas bagi menambah baik aspek kebajikan veteran ATM.

Dalam menyuarakan suara dan pandangan para prajurit negara Dato Seri Hishammuddin juga mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak agar Presiden Persatuan veteran ATM dilantik sebagai Senator. Usaha ini adalah untuk membawa usul-usul dari pihak veteran tentera kepada dewan dan seterusnya menambah baik lagi kebajikan para veteran ATM.

Keperihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan para veteran ATM perlu diteruskan apatah lagi para veteran ATM yang ada telah menabur bakti dalam menjaga keselamatan negara dan menjaga kedaulatan tanah air ini. Kepekaan Menteri Pertahanan Dato Seri Hishammuddin dalam mengambil berat para veteran ATM membuktikan kepada seluruh ahli UMNO bahawa ucapan beliau pada penggulungan PAU2014 bukan satu rekayasa ataupun retorik semata- mata. Kata dikota dan janji ditepati menjadi iktizam Dato Seri Hishammuddin Hussein.


Saya memetik ucapan Dato Seri Hishammuddin pada yang dizahirkan pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2003

"Bersatulah sekalian anak bangsa. Bersedialah generasi muda umat Melayu, wira harapan negara, pertahankan kuasa bangsa kita.

Adat bersaudara, saudara dirapatkan,

Adat bernegeri, negeri dimakmurkan,

Adat beragama, agama didaulatkan,

Adat berbangsa, kuasa bangsa dipertahankan.

Oleh : Wan Muhammad Azri


Rakyat News

9 comments:

Anonymous said...

Pengalaman adalah guru terbaik. Hishammuddin cukup terdidik sebenarnya.

Anonymous said...

RESPEKLAH DS HISHAMMUDDIN LA NI. CEPAT DAN TEPAT.

Anonymous said...

Saya mmg teruja dengan Datuk Hisham ni. Berubah sungguh. Mantaplah.

Anonymous said...

Sebenarnya inilah yang orang UMNO tunggu.Pemimpin segera menunaikan apa yang dijanjikan.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Bapa saya adalah bekas tentera. Pembelaan kerajaan pasti kami hargai.

Anonymous said...

Tertarik melihat Hishammuddin dan Mukhriz dalam satu majlis. Nampak serasi. Harap sejarah berulang. Amin

Anonymous said...

Ini langkah bijak kerajaan. Melaksanakan sesuatu untuk kebajikan rakyat. Tak perlu layan tohmahan pembangkang.

Anonymous said...

Dah nak terbarai baru mantap. Malukan Melayu je ...

Dahlah dulu semasa jadi MDN tak berani nak bertindak, sekarang member sendiri jadi MDN pun nak dicantas.

Dimana kata 'adat bersaudara, saudara dirapatkan' ...

Ini lebih menghancurkan bangsa sendiri. Berhentilah dari bertikam sesama sendiri ...

Tak ada salahnya bergilir2 dalam mentadbir negara tapi buatlah dgn elok dan berhemah. Kesatuan bangsa amat penting bagi ugama terus terpelihara.

Anonymous said...

Bro, aku syok dengan perkembangan pemimpin umno las last ni. pulun buat kerjalah. alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...