Monday, May 18, 2015

DEBAT TUN M VS DS NAJIB , PERANAN YAHUDI..


Maka berpusu pusulah sekalian ' intelek ' dan pejuang maya Melayu kelas atasan merangsang mahukan debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan DS Najib Tun Razak.

Aku tak nak namakan mereka sebab hampir semuanya ' bekas '. Bekas itu dan bekas ini. Melihatkan kepada diri mereka aku yakin bukan kebenaran yang mereka cari. Mereka mahu Najib kalah atau dilihat kalah.

Dalam masa yang sama mereka mahu melampiaskan dendam peribadi masing masing. Aku pasti walaupun tiada bukti.

Cuma dari sudut politik, aku tahu mereka bukan orang politik. Mereka mungkin ahli UMNO tapi tak pernah ada jawatan sebab berasa begitu ' hebat ' untuk naik secara perlahan lahan.

Ada yang pernah jadi Menteri tapi bukan kerana roh UMNO tapi kerana hubungan peribadi dengan Tun M.

Aku cabar orang orang ini untuk turun ke lapangan sebenar UMNO. Jumpa orang kampung, tanyakan kepada mereka, adakah mereka mahu debat terbuka ini?

Aku yakin jawapannya adalah tidak. Jangan paksa rakyat memilih antara dua tokoh Melayu ini. Tak perlu. Keduanya akan kekal dikasihi jika kita tidak lagakan mereka.

Dalam masa yang sama aku nak rayu TV 3 yang dimintak jadi gelanggang. Tolonglah, janganlah termakan mainan jahat ini. Ini semua perangkap. Akhirnya TV3 akan disalahkan kerana menjadi gelanggang dua orang pemimpin Melayu bertikaman.

Mereka sampai menggunakan pendekatan Yahudi. Lagakan pemimpin Islam untuk kemudiaannya ambil kesempatan..

4 comments:

Anonymous said...

Usah dilayan. Ini strategi musuh Islam.

Anonymous said...

Ini dah sampai kemuncak. Kalau berlaku debat hancurlah parti. Org bukan nak kebenaran, orang nak tgk kehancuran.

Anonymous said...

Tangkap je batu api yang laga lagakan pemimpin Melayu. Tuduh bawah Akta hasutan.

Anonymous said...

Yang yahudinya adalah golongan bukan Islam yang menyanjung yahudi, yang jadi proksi yahudi adalah hubungan baik PM kita dengan Presiden Amerika juga dengan Kerajaan Singapore iaitu agen Israel di rantau asia pasifik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...