Saturday, August 29, 2015

ATM AKAN TANGANI BERSIH.

RANAU 28 Ogos - Kementerian Pertahanan optimis dengan peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mampu mengawal perhimpunan haram BERSIH 4.0 tanpa perlu pembabitan tentera.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak perlu campur tangan kecuali jika berlaku situasi luar kawalan hingga keadaan diisytiharkan darurat.

"Peranan ATM dalam perkara itu sudah dijelaskan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam, namun ada pihak sengaja memutar belit kononnya tentera bersedia untuk mengambil alih daripada PDRM.

"Saya tengok banyak 'spin' terhadap kenyataan PAT... ATM sebagai benteng terakhir (keselamatan negara) kalau ada darurat dan keadaan di luar kawalan kita akan ambil alih, bukan sengaja nak masuk.

"ATM terikat dengan undang-undang, itulah yang PAT kata semalam. Kalau tentera masuk itu apabila berlaku rusuhan dan keadaan luar kawalan, (tetapi) saya yakin polis boleh kawal keadaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Media Prima Berhad (MPB) - ATM bagi membaiki rumah mangsa gempa bumi di Kampung Sinisian dekat Kundasang di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun; Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim; Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid; Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan MPB, Datuk Kamal Khalid serta Panglima Pemerintahan Medan Timur ATM, Datuk Mohd Zaki Mokhtar.
Sebelum ini, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, ATM hanya akan campur tangan pada perhimpunan haram BERSIH sekiranya keadaan tidak terkawal hingga kerajaan mengisytiharkan darurat.RN




Ulasan

Ini cerita tentang keselamatan rakyat dan negara. Dalam masa yang sama mengukuhkan keyakinan aku betapa UMNO tak kurang pemimpin sehingga negara nak digadai kepada Cina DAP. Aku makin yakin aku betul bahawa DS Hishammuddin adalah salah seorang pemimpin yang layak diberikan kepercayaan bila sampai masanya.

Aku percaya ada yang berbeza tapi jangan nak komen bukan bukan sebab aku bercakap tentang apa yang aku suka dan aku percaya. Korang ikut koranglah.

Bila Menteri tak mengelak atau menyalahkan pegawai, kepada aku Menteri tu A lah. Tak de nak bertepis, bersilat. Semua jadi clear. PDRM ada kekuatan untuk hadapi krisis ini. Tapi Bersih DAP jangan over. Pada bila bila masa ATM boleh turun pertahankan negara.

Aku yakin DAP sedang cuba semai pulak kebencian rakyat kepada ATM, mereka pasti akan gagal.

8 comments:

Anonymous said...

Kalau saya Menteri Pertahanan saya dah arahkan askar redahnya Cina DAP ni. Dah macam komunis.

Anonymous said...

Tahniah H20. Kian mantap. Jaga negara kita sebelum Cina DAP ambil alih.

Anonymous said...

KEMBALIKAN I S A

Anonymous said...

Teruskan usaha bangun negara. Bangun ATM kita. Syabas DS. Tidak terjejas kerja dengan kejahatan musuh. Fokus rakyat yg mengundi kita.

Anonymous said...

Ketegasan Hisham ni aku harap akan kekal. Bukan main main serangan DAP. Dalam dan luar nampaknya bergerak serentak.

Anonymous said...

Saya fikir DAP terdesak. Mereka telah pecahbelahkan PAS dan mereka mahu pecahbelahkan UMNO. Bersih salah satu cara menguji adakah pemimpin dan org UMNo turun. Mereka bimbang UMNO memang mempunyai senarai pemimpin yg berkebolehan. DS Hisham antara yg mereka segan kerana lama pengalaman dan tahu selok belok mereka. DAP sengaja cemarkan imej ATM untuk goyang imej DS Hisham.

Anonymous said...

Sayang negara yg sudah elok dibina tiba tiba ada yang cuba rosakkannya.

Anonymous said...

UMNO berpecah kerana Najib tidak jujur dan tamak kuasa.

PAS berpecah kerana taksub dgn idealogi. Tak sedar gunting dalam lipatan. Ahli yg disanjung menjadi pengkhianat bangsa dan agama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...