Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sudah tiba masanya ahli-ahli UMNO diberi suntikan semangat untuk bangkit dalam mempertahankan parti keramat itu.

“Cukup-cukuplah layan isu semasa dalam laman sosial kerana perkara tersebut sengaja digembar-­gembur untuk mengganggu emosi dan hanya akan merugikan kita.

“Kita ada agenda yang lebih besar untuk memastikan kelangsungan perjuangan UMNO. Kita perlu lihat ke hadapan dengan gelombang yang ingin kita wujudkan secara proaktif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pe­rasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuala Krai, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.UM