KUALA KRAI 21 Ogos – Ahli-ahli UMNO diseru supaya merapatkan saf dan memperkukuhkan parti bagi memastikan kelangsungan perjuangan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sudah tiba masanya ahli-ahli UMNO diberi suntikan semangat untuk bangkit dalam mempertahankan parti keramat itu.
“Cukup-cukuplah layan isu semasa dalam laman sosial kerana perkara tersebut sengaja digembar-gembur untuk mengganggu emosi dan hanya akan merugikan kita.
“Kita ada agenda yang lebih besar untuk memastikan kelangsungan perjuangan UMNO. Kita perlu lihat ke hadapan dengan gelombang yang ingin kita wujudkan secara proaktif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Krai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuala Krai, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.UM
Ulasan
Konsisten aku nampak Naib Presiden UMNO ini. Benar, orang UMNO lebih banyak menari ikut gendang yang dipalu pembangkang. Usaha kukuhkan parti jadi terabai.
Jentera parti untuk berdepan PRU 14 berada pada tahap suam suam kuku. Aku harap lebih ramai pemimpin parti akan turun ke lapangan. Temui akar umbi. Suntik semangat dan satukan kembali semua orang UMNO.
18 comments:
Org UMNO yang melompat tak tentu hala. Bukan di bawah di atas yg lebih. Teeima kasih atas ingatan terbuka hishamudin.
Saya hargai komitmen NP UMNO ini. Kebelakangan ini nampak bersungguh menyatukan UMNO. Tak ada cara lain selain bersatu jika kita mahu UMNO kekal berkuasa.
UMNO ni parti tua. Dah banyak pengalaman. kalau nak main dengan emosi memang cari pasallah. Bila bila masa UMNO boleh jatuh.
Tempat lain saya tak pasti tapi di Selangor saya tak nampak cara UMNO nak menang. Tiada sebarang gerakan nak menangpun.
Hmmm...umno ni dah separuh lumpuh....datang PRU nanti akan tiba pukulan maut....terus ditalkin dan dikuburkan.
Suruh bersatu, rapatkan saf....omputih cakap the fish rotten from the head..mudah aje, najib undur, biar umno sendiri pilih pemimpin yang baru...susah ke?
Pengampu najib yakni pak menteri yang suruh rapatkan saf ni tak boleh ditegur dah....inikan pula ahli umno umpama di cucuk hidung.
Mana rakyat yang ada pegangan agama nak bersyubha dengan riba dan rasuah? Cer crita?
Najib undur nak suruh siapa ganti? Najib tiada penyokong? Ini yang Hisham kata mainan media sosial dan gangguan emosi orang UMNO. Najib boleh undur melalui pemilihan. Tiada kouta. Tandinglah. Usah cakap pasal rasuah sebab aku tengok SPRMpun macam terima rasuah. Masa Najib tindakan serta merta. Nik Aziz dah mengaku terima pakej mewah umrah, mengaku terima kereta dua bijik, SPRM kata tak de rasuah. Sekarang kita tunggu Selangor pulak. Tidak syubhah kah bila keraguan telah timbul? Najib mangsa mainan persepsi. Bila penentang dinobatkan hero, pengikut dikatakan bodo. Ini semua poyolah. Bersatulah UMNO, jangan terperangkap mainan persepsi macai DAP.
6.10pm Kredibiliti Najib sudah tercalar, jika tak percaya cuba buat tinjauan atau pendapat umum, dengan syarat dilakukan oleh badan bebas tanpa najib punya cash is king.
Tak percaya lagi? Yakin Najib punyai sokongan? Lakukan PRU hari ini!
Baru Najib sedar tinggi atau rendah langit itu!
Badan bebas? Merdeka Center? Mkini? Bersih yg mengaku bersihpun kotor...
Universiti tempatan? Dari jepun? Korea? Mereka non partisan, amacam?.
Umno pernah terbelah masa Ku Li lawan Tun. Terbelah masa Anwar dipecat. Sekarang hanya bergolak kesan hasutan media maya. Ekonomi pernah jatuh tahun 80an. Jatuh lagi tahun 90an. Umno parti orang kampung. Orang kampung akan selamatkan Umno. jangan pandang rendah orang kampung. Mereka tahu harga barang mainan Cina. Turunlah ke bawah. Lihat boikot terhadap peniaga Cina sedang berlaku. Orang kampung akan selamatkan Umno. Banyak bantuan Najib beri kepada mereka tapi tak jadi berita. Tanya penanam padi. Tanya nelayan. Tak lama lagi penoreh getah akan dibantu. Semua ini berlaku zaman Najib. Sebab itu sekarang nampak Umno sedang gerakkan Hishammuddin turun ke bahagian bahagian. Ini strategi. Hishammuddin amat kampungan sikap dan pendekatannya . Orang kampung akan suka ketulusan beliau. Perhatikan ucapannya. tiada lain yang diminta melainkan bersatu. Buatlah kajian. Apapun hasilnya ia tetap sama. Orang bandar yang cerdik pandai tak pernah menangkan Umno. Tak pernah.
"Umno pernah terbelah masa Ku Li lawan Tun. Terbelah masa Anwar dipecat."
Umno sudah terbelah semasa zaman dato onn dan TAR yang pertama...
"Ekonomi pernah jatuh tahun 80an. Jatuh lagi tahun 90an."
Jatuh tetapi membangun semula menjadi lebih baik dari apa yang rakyat nikmati hari ini
"Umno parti orang kampung. Orang kampung akan selamatkan Umno. jangan pandang rendah orang kampung. Mereka tahu harga barang mainan Cina. Turunlah ke bawah."
Orang kampung hari ini jugalah yang bercerita tentang penyelewengan dan salahguna kuwasa di bawah pentadbiran najib di masjid, kedai makan, majlis keramaian dan tempat2 awam.
"Orang kampung akan selamatkan Umno. Banyak bantuan Najib beri kepada mereka tapi tak jadi berita. Tanya penanam padi. Tanya nelayan. Tak lama lagi penoreh getah akan dibantu"
Ini satu fitnah, dan ramai yang membaca ni, jika di semak kembali, adakah pemimpin terdahulu tidak melakukan tugas mereka, malah najib amat bertuah umpama kunci telah diberikan dia hanya perlu memandu dengan bersih cekap dan amanah kenderaan yang diberikan.
"Sebab itu sekarang nampak Umno sedang gerakkan Hishammuddin turun ke bahagian bahagian."
Adakah rakyat telah lupa perbuatan hishamuddin hari ini dia cium keris esok dia mohon maaf kepada kaum......apa ya? Kaum apa? Cer terangkan...dah lupa manusia tak ada maruah ni.
"Orang kampung akan suka ketulusan beliau. Perhatikan ucapannya. tiada lain yang diminta melainkan bersatu."
Dimanakah ketulusan beliau jika menjadi pengampu najib? Menjadi yes man kepada najib? Tidak berani bersuara terhadap penyelewengan dan salahguna kuasa najib?
Jika mahukan melayu bersatu, najib perlu berundur, fikirkan nasib anak2 dan cucu2 kita dimasa hadapan, adakah Allah SWT merestui pemimpin yang menyeleweng dan salahgunakuasa?
Adakah kita boleh menerima pemimpin yang memimpin kita itu korup? Adakah dibolehkan menjadi amalan kehidupan dalam masyarakat harian seorang pemimpin, malah ibubapa kita sekalipun seorang yang korup?
Tidak takut kah kita dengan amaran Allah SWT?
Terimakasih kepada Tun yang mewakili rakyat bersuara menentang kemungkaran!
Otak Macai DAP. Jika sokong Najib pengampu. Jika tentang dianggap hero. Tapi dalam masa yang sama sokong atau tentang tetap salah pada mereka. Bodo macai DAP.
Post a Comment