Wednesday, June 16, 2010

TAK SEDAR KENA LIWAT

Aku langsung tak terkejut bila ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh umum keluar DAP uantuk bergerak bebas dan menyokong BN. Aku tak terkejut langsung. DAP parti komunis. Parti Cina. Perjuangan mereka kekal. Macam Yahudi Cina DAP juga menganggap mereka dijadikan sebagai yang terbaik.

Orang lain semua koman. Semua lekeh. Masa Nizar jadi MB, Nizar kena rujuk Ngeh Ko Ham sebelum keluar kenyataan. Dalam Dewan Nizar kena tanya dulu Nga Kor Meng sebelum menjawab soalan. Jadi apa nak heran. Kempen DAP kepada orang Cina ialah ' kita kena jadi ketua, kita tak boleh jadi pengikut Melayu sebab Melayu adalah bangsa yang lekeh ".

Jadi jangan heran ADUN ni lompat. Dia macam malukut kepada DAP. Tak pernah ditanya pandangan. Tak pernah dimintak pendapat. Larilah dia.

Yang aku heran , Melayu UMNO. Seronok sangat. Macam dah selamatdah UMNO di Perak. Pengundi tak juga dicari. Program parti ke akar umbi tak juga dibuat. Yang aku heran ialah kenapa orang UMNO rasa macam dia pulak yang menang bilah ADUN ni lompat.

Hakikatnya UMNO jangan tidur. Lompat ini langsung tak ada kesan terhadap PRU 13. Tambahlah pengundi. Aku takut nanti UMNO tidur lena, masa tidur tak sedar punggung kena liwat..

Sunday, June 13, 2010

Ya ALLAH..malunya

Hari ini tamatlah Muktamar PAS. Nasib baik aku tak pergi. Kalau tidak tentu aku berdosa. Maklumlah menyertai majlis tipu menipu, kata mengata, hasut menghasut. Kawan kawan aku yang pergi semua gelak pecah perut.

Dalam pada kata nak perjuangkan Islam langsung takde ' kisah Islam ' yang dibahaskan secara jelas. Yang nampak ketara ialah percubaan untuk mendapatkan faedah peribadi masing masing. Dewan Pemuda yang selama ini cakap besar akhirnya tak berani nak mintak kerajaan pakatan haramkan judi. Rupanya dalam Islam PAS hanya judi bola je yang haram. Yang lain halal.

Tapi yang paling aku terkejut dan sedih ialah apabila Nik Aziz mendapat tamparan paling hebat dalam sejarah. Tapi mungkin orang lain tak perasan atau buat buat tak perasan. Aku jangka ini adalah sesuatu yang ALLAH takdirkan supaya Nik Aziz bermuhasabah. Begitu juga kita.

Aku harap ia akan jadi titik tolak kepada semua pimpinan dan pengikut PAS supaya kembali ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka. Jangan begitu ghairah ingin kuasa sehingga sanggup gadai agama.

Korang bayangkan dalam pada memuji dan melambung Nik Aziz, Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS, K Deepakaran menyamakan Nik Aziz dengan Mahatma Ghandi. Ya ALLAH, apakah signal yang nak ENGKAU tunjukkan kepada kami. Tak mungkin akan ada orang lain buat perbandingan begitu. Lebih malang ianya dibuat di gelanggang PAS. Ya ALLAH, malunya...

Thursday, June 10, 2010

Hari Indah, Hari Gundah



Seperti halilintar membelah bumi. Itulah analisis aku berkaitan pembentangan Rancangan Malaysia Ke 10 oleh YAB Perdana Menteri. Sangat menyeluruh dan berakar umbi. Terangkum segala jawapan bagi segala fitnah. Mengangkat martabat Melayu, menjaga kepentingan yang lain.


Matilah pembangkang mencari kelemahan. Seluruh alam mengutuk dan mencela. Konon Najib tak ada jiwa Melayu. Siapakah yang lebih Melayu sekarang ? Kata Najib anti Agama ? Mampukah dibuktikan ? Aku berpandangan apa yang dibentangkan adalah yang terbaik dalam sejarah. Terimalah kenyataan.


Nik Aziz pulak dah siap kunci mulut perwakilan sayap PAS. Kata PKR dan DAP adalah mad'u dakwah mereka.

Benarkah ? Berapa orang pemimpin PKR dan DAP telah diislamkan ? Yang Islam telah terdidikkah ?Jika benar ingin berdakwah , mengapa tinggalkan medan bilamana Nuar Brahim bercakap tentang ' ekzos ' ?


Tidakkah meninggalkan medan dakwah itu satu pengkhianatan ? ALLAH nak bagi petunjuk sebenarnya apabila semalam mengajak menghancurkan UMNO , hari ini Najib mengajak bersama tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik membangunkan negarabangsa, persoalan aku siapakah yang sebenarnya berdakwah ?


Kesimpulannya ialah mudah je. Masa dan ketikanya telah sampai betapa percantuman antara PAS, PKR dan DAP bukan sekadar kifarah tetapi bala yang akan meranapkan mereka insyaallah.

Friday, June 4, 2010

Mari Bermunajat

Alhamdulillah. Allah makbulkan doa dan solat hajat para pimpinan dan ahli UMNO. Selamat saudara kita yang terlibat dalam misi keamanan ke Gaza. PAS nampak gayanya ghairah sembahyang hajat mintak orang lain hancur termasuk orang yang layan pimpinan diaorang macam raja.

Kali ini aku nak menyeru pulak pimpinan dan ahli UMNO seluruh negara agar lakukan perkara yang sama kepada Saiful Bukhari yang sekarang sedang dihina, diperlekeh oleh Karpal Singh hanya kerana nakkan keadilan.

Nampak sangat bapak benggali ni sedang berusaha sedaya upaya menakut nakutkan Saiful. Biar Saiful silap. Mainan teknikal. Pada masa inilah pertolongan dapat kita berikan. Mari kita berdoa mudah mudahan Saiful diberikan kekuatan. Kita tak mintak binasakan Nuar Brahim atau Karpal. Ini kerja PAS.

Kita mintak ALLAH tunjukkan kebenaran. Insyaallah dah semakin hampir masanya. Nuar Brahim ..panggillah pakar dari seluruh dunia, tetap tak dapat mengubah kebenaran.

Tuesday, June 1, 2010

Maka berlakulah rombakan..

Maka seperti yang diduga telah berlakulah rombakan. Ramai muka baru telah diberikan tempat dalam kabinet. Setakat ini aku masih sangsi dengan rombakan ini yang memperlihatkan ada lantikan daripada MCA menggantikan / atau menjadi Timbalan Menteri bersama pemimpin UMNO. Datuk Razali Ibrahim, Datuk Hamzah Zainuddin dan Datuk Johari Baharum tidak jelas kedudukan mereka.

Yang jelas pada aku ialah ramai blogger gembira Khairy tidak dilantik sedangkan mereka lupa ada pimpinan UMNO yang gugur. Khairy adalah unsur yang telah ditakdirkan berada dalam saf kepimpinan parti. Terimalah kenyataan. Dia tak boleh diubah tapi perlu dididik.

Menyerang Khairy samalah menyerang Pemuda UMNO. Banyak masa blogger guna nak bantai Khairy. Sebenarnya aku sangsi pulak ' stand ' mereka ni. Bersuara macam PAS dan DAP ?

Aku cadangkan mereka ni abaikan Khairy. DAP dah jadi Raja. PAS dah jadi hamba. UMNO dah jadi beku. Apa jadi pada orang Melayu kalau bukan kita yang mencerna dan membangkitkan jiwa mereka. Orang Melayu tak ada pilihan melainkan berjuang untuk kembali berkuasa. Perjuangan asasnya ialah membetulkan pemikiran dan perasaan sendiri di samping memaafkan sesiapa juga yang dah nampak nak kembali ke pangkal jalan.

Atau pilihan akhirnya ialah jadilah pejuang menjatuhkan seorang lagi anak Melayu bersama sama DAP , PKR dan PAS dan kemudian bagitaulah anak cucu bahawa yang bersalah ialah orang yang berjaya kita jatuhkan. Moga moga anak cucu yang ketika itu merempat akan percaya kepada kita.

PAS DIAIBKAN

Itulah. Islam mengajar kita, jika kita pelihara aib orang ALLAH pelihara aib kita. Ada dua benda aku nak sebut menggambarkan betapa aibnya pimpinan PAS dibuat dek Nuar Brahim.
Pertama sewaktu Nuar Brahim offer Kit Siang jadi TPM 2. Terpana PAS.

Mimpi PAS selama ini ialah dia jadi TPM, Nuar jadi PM. Rupa rupanya tak ada dalam kepala Nuar PAS ni. Nyata PAS ni kuda dia je.


Kedua Nik Aziz sendiri. Kesian . Lari balik tak sempat cerama di Padang Perdana. Malu betul dia bila Nuar Brahim cerita pasal ' ekzos ' atas pentas. Mula Nik Aziz tak faham. Dia ingat Nuar Brahim cerita pasal kereta.

Bila dah lama baru dia dapat tangkap maksud Nuar. Apalagi, malu besarlah dia. Cabut balik. Aku rasa Nik Aziz rasa terpukul sebab selama ini mana ada orang cakap macam itu depan dia. Nuar Brahim memang niat dia dah pejatuh Nik Aziz.

Akhirnya kita boleh nilai kerja ALLAH ni. Satu persatu dia tunjuk. Muhasabahlah Tok Guru..

Ada juga khabar gembira

Sepanjang minggu lalu aku rasa kebanyakan isu yang timbul dalam blog memeningkan kepala. Banyak perkara sebenarnya mencetuskan kerisauan. Hidup dalam risau ni sebenarnya kadangkala meletihkan kita.

Kepada pencinta bangsa, aku rasa ada dua peristiwa yang bagi aku memberikan keyakinan bahawa kita hakikatnya ada banyak ruang untuk cipta kejayaan khasnya dalam PRU 13.
Kedua dua peristiwa ini melibatkan Datuk Najib.

1. Cara Datuk Najib respon pandangan Tun Mahathir dalam isu rundingan dengan Singapura. Bila Tun M kata hanya sebahagian kecil sahaja yang selesai, Datuk Najib terus sambut dengan kenyataan bahawa memang dia perlu masa untuk selesaikan satu persatu. Memek muka dan suara langsung tak ada tanda kecewa atau marah.

2. Apabila Kongres Ekonomi Bumiputera merumuskan Model Ekonomi Baru ( MEB ) gagal dan anti Melayu sekali lagi Najib tunjuk jiwa besar dengan memberi jaminan akan mengkaji dan memperbaikinya sejajar dengan kehendak orang Melayu.

Kedua dua ' gerakbalas ' Najib tadi menggambarkan kebijaksanaan beliau dalam menangani sesuatu isu. Aku rasa orang Melayu bangga dengan contoh yang ditunjukkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...