Tuesday, June 1, 2010

Maka berlakulah rombakan..

Maka seperti yang diduga telah berlakulah rombakan. Ramai muka baru telah diberikan tempat dalam kabinet. Setakat ini aku masih sangsi dengan rombakan ini yang memperlihatkan ada lantikan daripada MCA menggantikan / atau menjadi Timbalan Menteri bersama pemimpin UMNO. Datuk Razali Ibrahim, Datuk Hamzah Zainuddin dan Datuk Johari Baharum tidak jelas kedudukan mereka.

Yang jelas pada aku ialah ramai blogger gembira Khairy tidak dilantik sedangkan mereka lupa ada pimpinan UMNO yang gugur. Khairy adalah unsur yang telah ditakdirkan berada dalam saf kepimpinan parti. Terimalah kenyataan. Dia tak boleh diubah tapi perlu dididik.

Menyerang Khairy samalah menyerang Pemuda UMNO. Banyak masa blogger guna nak bantai Khairy. Sebenarnya aku sangsi pulak ' stand ' mereka ni. Bersuara macam PAS dan DAP ?

Aku cadangkan mereka ni abaikan Khairy. DAP dah jadi Raja. PAS dah jadi hamba. UMNO dah jadi beku. Apa jadi pada orang Melayu kalau bukan kita yang mencerna dan membangkitkan jiwa mereka. Orang Melayu tak ada pilihan melainkan berjuang untuk kembali berkuasa. Perjuangan asasnya ialah membetulkan pemikiran dan perasaan sendiri di samping memaafkan sesiapa juga yang dah nampak nak kembali ke pangkal jalan.

Atau pilihan akhirnya ialah jadilah pejuang menjatuhkan seorang lagi anak Melayu bersama sama DAP , PKR dan PAS dan kemudian bagitaulah anak cucu bahawa yang bersalah ialah orang yang berjaya kita jatuhkan. Moga moga anak cucu yang ketika itu merempat akan percaya kepada kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...