Wednesday, June 23, 2010

MASUK TAK MASUK, SAMA JE..

Maka aku dapati ramailah yang teruja dengan berita Dr Asri akan menyertai UMNO. Aku pun suka juga. Dr Asri ni orang terpelajar. Selalu berfikir di luar kotak. Berbeza dengan ulamak lain terutama yang datang dari PAS. PAS ni bukan berfikir dalam kotak, dia fikir dalam gua.

Cumanya aku nak bagitau UMNO ni tidak pernah bergantung pada mana mana individu. Ini yang keramatnya. UMNO dihidupkan oleh orang kampung. Orang yang tak pernah tanya apa aku dapat bila berjuang di dalam UMNO.

UMNO tak runtuh kerana seorang dua pemimpin. UMNO akan runtuh jika ahli di kampung merajuk dan tinggalkan parti. UMNO juga tak akan kuat kerana seorang dua pemimpin, tapi UMNO akan kuat kerana ahli marhainnya kuat dan setia kepada parti.

Jadi kesimpulannya, masuklah Dr. Masuklah kerana ALLAH , demi agama , bangsa dan negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...