Wednesday, June 30, 2010

AKU DAH KATA DAH..

...Apabila Lim Guan Eng mencabar Tan Seri Musa Hassan meletak jawatan dan bertanding pilihanraya, bukan hasrat Lim Guan Eng untuk suruh Tan Seri letak jawatan betul betul .

...Apabila Nuar Brahim kata hakim bahalol, bukan itu maksud sebenar Nuar Brahim. Nuar Brahim tahu hanya orang bijak pandai yang layak jadi hakim, Nuar Brahim tahu sangat tu.

Hasrat Nuar Brahim dan Lim Guan Eng sama. Matlamat mereka serupa. Menyemai kebencian dalam kalangan rakyat kepada Institusi Kehakiman dan Institusi Kepolisan. Bila rakyat dah benci, rakyat akan bangkit. Rakyat akan berontak. Mungkin rakyat tak memberontak secara kekerasan tetapi rakyat memberontak melalui Pilihanraya. Inilah matlamat diaorang yang turut dikongsi bersama tok tok guru dalam PAS.

Aku tulis perkara ni kerana aku nak ingatkan kita semua. Inilah yang pernah kata dahulu. Akar Komunisma sedang menjalar dalam negara kita. Kalau sayang negara jom kita bersatu, pastikan puak puak ni terpadam dari lanskap politik negara. Demi agama, bangsa dan negara tercinta ni.

Diaorang ni bukan komunis ( aku harap ), tetapi kaedah dan cara yang digunakan sama je. Korang pikirlah tengok

3 comments:

Daulah-alWatan said...

akar komunis yang diberi baja cap parti Islam

erry said...

org melayu dari dulu kini dan kalau macam ni tak berubah mungkin akan selama-lamanya

erry said...

org melayu memang macam tu...dari dulu, kini dan kalau tak berubah mungkin selama-lamanye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...