Tuesday, June 22, 2010

CINA BOLEH SOKONG

Baru baru ni aku bersembang panjang dengan seorang pemimpin veteran MCA. Pemimpin peringkat Bahagian je, tapi dah puluhan tahun menjadi pemimpin. Bila dah lama berbual baru aku perasan bahawa ada kemungkinan selama ini pimpinan BN mengabaikan suara akar umbi daripada kalangan masyarakat India dan Cina.

Suara pimpinan tertinggi mereka barangkali tidak menggambarkan isi hati sebenar masyarakat di bawah. Menarik pandangan uncle ni. Dia kata orang Cina memang tak percaya pada pembangkang. Bahkan mereka tahu DAP pun penipu. Nuar Brahim dia orang tahu 'busuk punya kaki'.

Tapi yang diaorang tak gembira ialah mereka seakan tak dipedulikan oleh wakil wakil rakyat. Pimpinan UMNO Bahagian buat program UMNO, tak ada program BN. Bila nak pilihanraya kecil terutamanya baru kelam kabut jumpa diaorang.

Pemimpin PAS katanya seminggu sekali datang bersembang. Minum kopi di kedai, tolong bayarkan. Kalau ada orang Cina mati , datang lawat. Orang tua diziarahi. Bagi 50 ringgit je. Tapi tunjuk perhatian. Ambil berat.Orang Cina tidak ghairah dengan peruntukan sebab semua dah ada.

Kalau pemimpin UMNO boleh buat ini, uncle ni kata orang Cina akan sokong balik. Bina hubungan dan jaga hubungan itu secara berterusan. Jangan takut nak jumpa masyarakat Cina. Katanya tak ramai orang Cina susah. Sedikit sahaja yang perlu dibantu. Tapi yang melihat bantuan itu diberi sangat ramai dan mereka ini menilai.

Benarlah kata pemimpin MCA ni, sama yang Najib kata. Jadi apalagi..mulalah sekarang kalau nak selamat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...