Monday, June 21, 2010

KHAIRY..BILA NAK MULA ?

Sepanjang Bulan Jun ni aku dapat banyak kesempatan menghadiri mesyuarat UMNO samada di peringkat cawangan ataupun bahagian di Negeri Perak. Mesyuarat UMNO ini selamanya sama. Kebanyakannya bersulam lawak dan silaturrahim. Apapun aku dapat melihat Wanita UMNO kekal sebagai penyelamat korum.

Pemuda dan Puteri UMNO wajib menilai diri. Ada banyak mesyuarat tidak dapat dilaksanakan kerana tak cukup korum. Ada yang cukup korum tapi macam tak mesyuarat. Sukar mencari mesyuarat yang berakhir dengan azam dan iltizam untuk meningkatkan diri.

Orang dewasa aku nampak sangat berbeda dengan tahun tahun yang lalu. Mesyuarat menjadi medan mengangkat motivasi diri. Semangat berkobar. Kebanyakannya sangat cenderung membahaskan cara dan kaedah menjayakan gagasan Presiden parti.

Kalau dulu , nak bertanding untuk jadi perwakilan ( G 7 ) macam nak perang, tahun ini bertanding sambil berseronok. Dah tak ghairah lagi. Menang kalah nampaknya sama je.

Cuma aku risau sikit sebab kesungguhan dan komitmen orang tua tua ni tak diwarisi oleh anak muda dalam UMNO. Aku fikir ini antara kerja besar Pemuda dan Puteri Pusat. Aku sampai sekarang nampak Pemuda dan Puteri macam tak ada fokus. Tak nampak langsung.

Masa aku mendengar seorang Exco Pemuda merasmikan persidangan aku jadi makin bimbang. Sepanjang masa berucap dia hanya cerita pasal Aman Malaysia. Cerita Palestin, tidak langsung dikaitkan dengan perjuangan Pemuda UMNO.

Aku rasa orang pun jadi hairan. Gelanggang mana Mamat ni berjuang? Atau memang Pemuda dah kehilangan gelanggang? Aku rasa ini antara faktor mengapa Najib tak lantik Khairy jadi Menteri. Sebagai Ketua Pemuda banyak sangat Khairy kena buat. Cuma...aku rasa Khairy belum bermula.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...