Tak meriah sangat kata orang Persidangan Agung UMNO ( PAU ) sebab tahun ini tak ada pemilihan. Pemimpin UMNO selesa sebab boleh goyang kaki. Pada aku tak salah kalau kita nak nilai prestasi pemimpin kita walaupun tiada pemilihan.
Presiden dengan Timbalan Presiden tak payah nilai sebab mereka tak bersaing dengan sesiapa. Kalau nak nilai jugak aku rasa kedua duanya telah mainkan peranan dengan baik.
Naib Presiden, ada tiga orang. Sebagai pemimpin Kerajaan aku fikir ketiga tiganya telah menjalankan tugas masing masing seperti yang sewajarnya.
Aku sebagai akar umbi rasa DS Hishammuddin paling kuat bekerja untuk parti. Masa nak pemilihan Datuk Zahid dan Datuk Shafie Afdal lebih kerap turun padang. Hampir setiap hari ada program bertemu UMNO di bawah. Dah menang kurang sangat turunnya.
Hishammuddin menang corot tetapi sangat aktif turun ke negeri dan bahagian. Mungkin alasannya ini ' perancangan ' tertentu sebab Hishammuddin diberi post yang sesuai untuk turun. Pada aku ini alasan.
Masa nak pemilihan dulu, masing masing pandai je cari sebab nak turun. Penggunaan media baru jugak aku nampak Hishammuddin jauh ke depan dan ini amat digemari anak muda. Dua orang lagi guna jugak media maya tapi tak aktif sangat.
MH370 dan MH 17 pada pandangan aku mengubah Hishammuddin 100%. Beliau nyata berbeza berbanding dengan apa yang beliau digambarkan sebelum pemilihan 2013.
Ada lagi tokoh yang pada aku boleh diberi fokus lebih. Mukhriz Mahathir berjaya sebagai MB Kedah tapi ' kenegeriannya' menutup peluang untuk lebih menyumbang kepada UMNO.
Ismail Sabree Yaakob mungkin ramai tak tau adalah perancang yang sangat hebat. Banyak kejayaan beliau dalam usaha menolong pesawah dan nelayan tapi tak dihebohkan.
Khairy Jamaluddin cemerlang sebagai Menteri Belia dan Sukan tetapi gagal sebagai Ketua Pemuda UMNO. Tak ada apa yang dapat dibuktikan oleh Pemuda setakat ini. Perjuangan Melayu lebih diperjuangkan oleh NGO.
Kebanyakan yang lain suam suam kuku. Wan Bro ? Malas cakaplah..dia perjuangkan dirinya dari masa pemilihan sampailah sekarang.
Wanita dan Puteri pada pandangan aku tetap menjadi sayap terkuat UMNO. kalau nak bagi apa apa tugasan parti, kedua dua sayap ini tak pernah gagal...
Sunday, November 9, 2014
Saturday, November 8, 2014
NURUL PENTINGKAN DIRI SENDIRI..
Tapi dia nafikan hak anak anaknya untuk hidup berkeluarga bila tetap jugak mahu bercerai. Tidakkah Nurul memahami perasaan anakanaknya?
PUTRAJAYA: Nurul Izzah menarik nafas lega kerana masih ada ruang untuk beliau dan keluarga bersama ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan akan menetapkan pada satu tarikh bagi keputusan setelah mendengar hujah-hujah dari pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung rayuan Anwar dalam kes Fitnah II.
"Sebagai pengakhiran kami sekeluarga bersyukur untuk sementara waktu ini, sekurang-kurangnya kami masih bersama ayah," katanya kepada Harakahdaily di lobi mahkamah.(Foto: Anwar berucap kepada penyokong beliau semalam)
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mengingatkan agar semua bersedia kerana masih banyak lagi kes yang membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat dan bukan hanya terjurus kepada Ketua Pembangkang itu sahaja.
"Kita harus bersedia untuk sebarang kemungkinan, kita harus tingkatkan kesedaran ramai jangan ingat bukan hanya isu berkaitan Anwar sahaja tetapi ada lagi kes lain yang membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau yakin dengan hujah yang diberikan barisan peguam bela yang pastinya memihak kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
"Barisan peguam telah mengukuhkan pembelaan dengan sebaik mungkin, kami berasa bangga dan yakin keputusan memihak kepada Anwar.
"Kami merasakan Anwar tidak bersalah tapi untuk menyuarakan dan menyatakan pembuktian itu dengan jelas barisan peguam telah buat yang terbaik.
"Jadi syukur hari ini kita diberikan peluang dan menanti keputusan hakim, kita yakin dengan bukti dan kes yang diberikan, insya Allah Anwar akan bebas," sambung beliau. -
PUTRAJAYA: Nurul Izzah menarik nafas lega kerana masih ada ruang untuk beliau dan keluarga bersama ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan akan menetapkan pada satu tarikh bagi keputusan setelah mendengar hujah-hujah dari pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung rayuan Anwar dalam kes Fitnah II.
"Sebagai pengakhiran kami sekeluarga bersyukur untuk sementara waktu ini, sekurang-kurangnya kami masih bersama ayah," katanya kepada Harakahdaily di lobi mahkamah.(Foto: Anwar berucap kepada penyokong beliau semalam)Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mengingatkan agar semua bersedia kerana masih banyak lagi kes yang membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat dan bukan hanya terjurus kepada Ketua Pembangkang itu sahaja.
"Kita harus bersedia untuk sebarang kemungkinan, kita harus tingkatkan kesedaran ramai jangan ingat bukan hanya isu berkaitan Anwar sahaja tetapi ada lagi kes lain yang membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau yakin dengan hujah yang diberikan barisan peguam bela yang pastinya memihak kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
"Barisan peguam telah mengukuhkan pembelaan dengan sebaik mungkin, kami berasa bangga dan yakin keputusan memihak kepada Anwar.
"Kami merasakan Anwar tidak bersalah tapi untuk menyuarakan dan menyatakan pembuktian itu dengan jelas barisan peguam telah buat yang terbaik.
"Jadi syukur hari ini kita diberikan peluang dan menanti keputusan hakim, kita yakin dengan bukti dan kes yang diberikan, insya Allah Anwar akan bebas," sambung beliau. -
Friday, November 7, 2014
BAPAK ROGOL ANAK SAMPAI BERANAK DUA !
KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan tidak layak digelar bapa apabila sanggup bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua orang anak, yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.
Semalam, di Mahkamah Sesyen berasingan, dia yang berusia 49 tahun itu mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.
Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen 2, dia yang beralamat di Marang, mengaku salah merogol mangsa yang ketika itu baru berusia 14 tahun sebulan.
Dia mengaku salah di hadapan Hakim Murtazadi Amran melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009.
Mengikut pertuduhan kedua pula di Mahkamah Sesyen 3 di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman pula, dia mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun.
Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Bagaimanapun, kedua-dua hakim menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi hukuman sementara menunggu laporan lengkap ujian DNA. Bagaimanapun, sebarang jaminan tidak ditawarkan.Sinar
Ulasan
Pelik. Bapak ni dah tentulah setan. Emak, datuk, nenek, jiran, bahkan budak tu sendiri tak kan lah tak ada pengetahuan langsung sampai sempat beranak dua orang. Apa nak jadi masyarakat kita nih ?

Thursday, November 6, 2014
KATALAH APAPUN, HAKIKATNYA KITA HANYA ADA UMNO !
Mungkin ada yang kata ini retorik tapi retorikpun kita hanya ada UMNO. Aku tengok NGO Melayu yang ada, masing masing macam ada kepentingan peribadi.
Ada yang berjuang kononnya kemudian promosi firma guaman sendiri.
Ada jugak yang berjuang dalam masa yang sama dok perlekeh kerajaan seolah olah dialah juara orang Melayu. Melayu umumnya sedang berpecah belah. Kalau tak kerana itu aku tak fikir orang berani goncang tiang seri negara..
KUALA LUMPUR 6 Nov - UMNO akan terus menjadi sebuah parti teras menegakkan Islam dan Melayu dalam berhadapan ancaman dari dalam dan luar negara.
Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO sebagai parti kerajaan terbukti telah menjuarai beberapa isu yang berkaitan dengan Islam termasuk dalam mempertahankan kalimah Allah.
"Ramai orang Melayu takut bahawa hak-hak mereka, seperti yang termaktub di bawah Perkara 153, akan terjejas jika terdapat perubahan dalam bertindak. Saya ingin meyakinkan mereka bahawa UMNO akan terus mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja.
"Kami mempunyai pendirian dan tidak akan terjejas," katanya semasa ditemubual dalam rancangan 'Soal Jawab' di TV3 malam tadi.
Beliau turut memberi jaminan bahawa UMNO akan sentiasa memelihara hak mutlak kaum bumiputera sebagaimana termaktub dalam perlembagaan walaupun berhadapan dengan pelbagai ancaman perkauman.
Katanya, isu perkauman yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini disebabkan penyalahgunaan teknologi internet yang menjadi platform dalam menyebarkan isu yang berbentuk hasutan terhadap masyarakat di negara ini.
"Sebelum ini, anda tidak dapat mendengar orang mengeluh atau menyuarakan kebimbangan.
"Tetapi hari ini, ada Internet. Kita hidup dalam dunia tanpa sempadan, "katanya.
Mengenai langkah parti itu untuk memasukkan satu klausa Sunni - istilah "As-Sunnah Wal Jamaah" - untuk menggantikan perkataan "Islam" dalam perlembagaannya, Hishammuddin menjelaskan, ianya bertujuan bagi meningkatkan usaha-usaha untuk mempromosikan imej Islam dan untuk menghalang penyelewengan ajaran Islam oleh kumpulan sesat.
Tegasnya, langkah tersebut direalisasikan bagi mencegah penyebaran ajaran sesat di samping menolak sebarang fahaman yang bertentangan dengan prinsip agama yang cuba dikelirukan beberapa kumpulan militan termasuk 'Islamic State' (IS).
"IS telah menarik beribu-ribu mualaf dari negara-negara Barat untuk menyertai perjuangan mereka di Timur Tengah.
"Dunia sedang memerhatikan Malaysia dan UMNO untuk melihat pendekatan kami dalam menyampaikan Islam dan apa yang kita boleh lakukan untuk menggalakkan kesederhanaan," katanya.

Wednesday, November 5, 2014
JIN LARI MENDENGAR AZAN..SUBHANALLAH.
Tangan Rafiqin Muncul Lepas Azan
on TUESDAY, NOVEMBER 4, 2014 AT 3:56 PM
Mohd Johari merupakan individu pertama yang menemui menemui Ahmad Rafikin Azman kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari keempat sekitar jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superitendan Mohd Rosli Mohd Amir mengesahkan penemuan berkenaan dan mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan sebelum tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam 6.40 petang. - AANS
Aku sangat bersimpati. Kita dapat rasa perasaan kaum keluarga arwah. Kita doakan kaum keluarga tabah menghadapi ujian besar ini. Moga Allah berikan kekuatan.
Namun ada pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa ini. Langkah keselamatan semasa mengadakan program perlu dipertingkat. Dan akhirnya kita terpaksa menyerahkan diri kepada Allah setelah buntu dan tidak berdaya.
Monday, November 3, 2014
ZAI JANDA MALANG !
SAYA janda anak empat berumur 35 tahun dan suami berumur 24 tahun. Dia suami baru saya selepas setahun saya bercerai dengan suami terdahulu. Empat anak saya dipelihara keluarga bekas suami.
Untuk pengetahuan, perkenalan saya dan suami berlaku secara tidak sengaja di laman Facebook. Kami hanya berhubung di inbox message dan dari situ saya menceritakan segala masalah yang pernah saya lalui termasuklah mengenai kisah penceraian saya.

Atas dasar simpati dan kasih sayang yang semakin bertaut, dia ajak saya berjumpa dan terjalinlah hubungan antara kami. Tidak sampai setahun, kami pun bernikah tetapi di daerah kelahiran saya di Pulau Pinang tanpa pengetahuan ibu bapa mahu pun adik beradiknya.
Saya terpaksa menurut kehendak suami yang mahu merahsiakan perhubungan kami dengan keluarganya kerana saya takut kehilangannya.
Menurut suami, keluarga pasti tidak merestui perhubungan kami kerana dia masih muda, anak bongsu dalam keluarga manakala saya seorang janda dan lebih berusia daripadanya. Dia berjanji apabila tiba masa sesuai, dia akan menceritakan mengenai perkahwinan kami.
Sebenarnya doktor, kami berdosa kerana melakukan hubungan terlarang dan saya hamil dua bulan ketika bernikah dengan suami.
Perkahwinan kami mengikut prosedur negara ini dan diketahui keluarga saya. Bulan berganti bulan, suami masih belum berterus terang dengan ibu bapanya. Dia selalu balik ke kampung keluarganya tanpa saya tetapi setiap kali dia kembali apabila saya bertanya adakah dia berterus terang, dia beritahu belum sesuai.
Saya amat tertekan dengan situasi ini tambahan pula kandungan semakin membesar.

Entah macam mana kakak dan abangnya mengetahui perihal perkahwinan kami. Mereka pujuk suami pulang ke kampung untuk berbincang.
Balik sahaja dari kampung, suami terus keluar dari rumah tanpa memberikan penjelasan. Saya merayu kepada suami tetapi dia tidak mahu bercakap apa-apa.
Saya kejar suami sehingga dia balik ke rumah sewa lamanya. Dari pagi sehingga petang saya tunggu suami keluar tapi dia tidak endahkan saya. Telefon dan mesej tidak berjawab. Saya menangis dan merayu sehingga saya penat dan akhirnya balik ke rumah dengan perasaan hampa.
Esoknya saya ke sana lagi. Kawan serumah suami beritahu suami sudah pindah tetapi saya tahu suami saya masih ada di dalam rumah dan sengaja tidak mahu berjumpa.
Saya cari contact kakak dan abangnya menerusi Facebook dan apabila dapat berhubung kakaknya menjawab yang saya telah menyihir suami sehingga berkahwin dengan saya.
Ya ALLAH... saya terduduk. Mereka menghasut suami dengan mengatakan anak dalam kandungan saya bukan anak suami. Dan suami bernikah dengan saya kerana sihir. Kononnya suami tersedar selepas berubat di kampung.
Saya hantar mesej merayu suami jangan buat saya begini. Saya pernah melalui perceraian sebelum ini dan saya tidak sanggup mengharunginya sekali lagi dalam keadaan saya mengandungkan anaknya. Tetapi suami tidak menjawab soalan saya.

Saya pulang dengan hampa. Ketika itu kandungan saya masuk lima bulan.
Kini sudah lapan bulan dan suami langsung tidak pulang menjenguk saya. Saya bekerja kilang dan terpaksa berulang alik naik motor seorang diri untuk bekerja. Dalam keadaan mabuk hamil saya terpaksa juga bekerja demi mencari wang untuk bersalin nanti.
Saya benar-benar tertekan dan tidak tahu apa saya perlu lakukan. Saya hanya mampu menangis. Makan minum saya sudah tidak menentu tapi saya perlu teruskan hidup untuk anak kami.
Zai,
Pulau Pinang
Ulasan
Artikel ini tersiar dalam sebuah akhbar harian. Ruangan soal jawab bersama kaunselor. Aku tak bertujuan untuk melihat isu ini dari sudut psikologinya. Yang aku nak kita tengok ialah bagaimana orang Melayu terperangkap dalam satu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan.
Tak habis habis. Sihir, saka, sampai rumah tangga berkecai. Aku rasa pihak berkuasa kena berbuat sesuatu sebab kalau tidak benda ini akan menyekat orang Melayu daripada berkembang.
Wartakan misalnya tukang sihir akan dihukum dengan hukuman yang berat atau wartakan sebenarnya sihir dah tak wujud lagi dah, boleh tak gitu.
Naya Zai. Ke mana nak mengadu ?

Saturday, November 1, 2014
KALAU AKTA HASUTAN KEKAL, ADAKAH UMNO AKAN MENANG PRU ?
Aku suka sangat jika UMNO putuskan untuk melihat Akta Hasutan 1948 ini secara lebih mendalam dalam gelanggang UMNO. UMNO dah lama tidak fokus pada pandangan aku. Beberapa Perhimpunan mutakhir tidak menampakkan sebarang hasil yang dominan.
Sorak sorai, gelak ketawa, balik tidur berselimut. Maka muncullah macam macam NGO, macam macam orang yang tiba tiba nak berjuang mempertahankan Akta Hasutan. Aku kaji tengok, akhirnya aku dapat simpulkan sebahagiannya mempromosi diri sendiri.
Apapun aku tabeklah. DS Hisham sekali lagi diberi amanah cukup besar. Sebelum ini menjayakan perubahan sistem pemilihan, sekarang mempengerusikan JK Usul dan pernahasan. Dulu dah berjaya, sekarang kita tunggu tengok.
Cuma aku nak ingatkan UMNO, kekal atau tidak Akta Hasutan, UMNO tetap akan berkubur jika tidak mahu berubah...
KUALA TERENGGANU 1 Nov - Akta Hasutan 1948 akan menjadi antara usul yang akan dibahaskan dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 (PAU2014) yang berlangsung pada penghujung November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC).
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Majlis Tertinggi UMNO sudah mengamanahkan beliau untuk mempengerusikan Jawatankuasa Usul dan Jurucakap bagi mendekati jurucakap yang dipilih dan dilantik oleh kepimpinan negeri.
Beliau berkata, menerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO, perkara-perkara yang menyentuh kepada kedudukan, perjuangan dan keselamatan negara dan akta-akta negara yang datang dari usul-usul bahagian perlu dikupas dan dibahaskan.
"Ia bagi membolehkan suara UMNO dapat kedengaran dalam kerajaan menggubal perkara-perkara yang dilihat penting dalam kita meniti perubahan landskap global yang tidak ada sempadan pada hari ini.
"Jadi, Akta Hasutan 1948 akan menjadi perkara yang akan kita bincangkan dan satu meja bulat akan diadakan sebelum perhimpunan berlangsung.
"Jawatankuasa yang terbabit akan turun ke bahagian untuk mendengar usul di peringkat akar umbi dan saya sudah meminta kepimpinan negeri untuk menentukan jurucakap awal,” katanya selepas menyampaikan Ucaptama di Konvesyen UMNO Terengganu 2014 di Primula Beach Resort, di sini.
Turut hadir Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.
erhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 29 November.
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata apa jua keputusan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan berkaitan Akta Hasutan adalah usaha untuk mempertingkatkan undang-undang sedia ada bagi memastikan kestabilan di negara ini.
"Hubungan kaum dan agama serta institusi kerajaan Melayu tidak dapat digadaikan, kita mesti terus menjaganya.
"Kerajaan sedar bahawa dalam landskap hari ini, akta itu perlu dikaji semula. Kita mungkin menggantikannya dengan undang-undang baharu. Jika kita tidak memansuhkannya, kita boleh memindanya dengan tambahan baru.
"Kami mahu meningkatkan undang-undang sedia ada di samping memastikan bahawa intipati penting Akta Hasutan masih dipertahankan," kata Hishammuddin.
Najib pada tahun 2012 mengumumkan bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebagai sebahagian daripada pelan transformasi politik negara.
Sementara itu, Hishamuddin melahirkan keyakinan dalam kepimpinan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

Subscribe to:
Posts (Atom)