Monday, May 16, 2011

JANGAN PERDAYA GURU DI HARI BAHAGIA !!

SALAM TAN SERI MUHYIDDIN !

Hari ini Hari Guru. Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru di seluruh negara. Hari ini jasa, budi , dan pengorbanan guru disebut, diulang dan diperbesarkan. Mudah mudahan anak anak kita akan mengenang dan menghargai guru guru mereka.

Saya mempunyai ramai rakan dari kalangan guru. Saya dapat menyelami hati dan perasaan mereka. Ghairah mereka untuk melihat anak didik berjaya tidak dapat dinafikan.

Memang benar guru adalah unsur terpenting dalam pembangunan negara bangsa. Kegagalan guru bermakna gagallah hasrat dan cita cita negara.

Sejak saya kecil saya menganggap guru berada dalam kelas tertinggi dalam masyarakat. Peranan, sikap dan kecenderungan, bahkan saya pernah percaya bahawa gurulah kakitangan kerajaan paling tinggi gaji dan pendapatan mereka.

Tetapi bila dewasa, saya tahu bahawa guru tidak sehebat mana jika pendapatan dan pengiktirafan dijadikan ukuran. Saya juga diberitahu berbanding ' jawatan lain' guru mempunyai peluang kenaikan gred dan pangkat paling lambat dan kenanyakannya tidak berpeluang sama sekali.

Saya juga diberitahu bahawa sewaktu DS Najib menjadi Menteri Pendidikan, pada masa ini guru amat gembira. Kebajikan guru terjaga.

Era pemerintahan Pak Lah merupakan tempoh masa paling ' derita ' bagi guru khasnya Guru Siswazah. Pelarasan yang dilakukan di zaman Pak Lah telah mengakibatkan Guru Bukan Siswazah ' mengatasi '
Guru Siswazah dari segi pendapatan.

Ini juga merupakan ' titik mula ' penentangan guru terhadap kerajaan.

Apabila Timbalan Perdana Menteri diangkat sebagai Menteri Pelajaran,
guru berharap mendapat pembelaan yang lebih hebat. Malangnya ia tidak berlaku.

Menteri Pelajaran sebaliknya telah beberapa kali mengumumkan
'berita gembira' yang hanya menggembirakan sebahagian kecil guru. Sangat kecil jumlah guru yang mendapat faedah.

Guru rasa seperti dipermainkan. Beberapa hari kebelakangan, Menteri Pelajaran telah mengumumkan bahawa ada berita gembira untuk guru pada Hari Guru ini.

Warga Guru menunggu dan berharap. Saya percaya, Menteri akan menggembirakan 400 ribu warga guru. Sekiranya Menteri membuat pengumuman yang sama seperti sebelum ini, saya percaya, warga guru
tidak akan lagi mengasihi kerajaan.



p/s - Pandangan seorang rakan aku . Aku tukang catat jer..



6 comments:

shamsulS2 said...

Pada Pandangan Saya:-

Gaji guru-guru pada masa ini adalah jauh lebih baik dari zaman dahulu.

Pembangunan negara, suasana ekonomi negara dan ekonomi dunia berbeza pada zaman DS Najib jadi menteri pelajaran , pada zaman pemerintahan Pak Lah mahupun zaman Tan Sri Muhyidin.

Guru-guru sepatutnya bersyukur kerana mendapat pekerjaan jika hendak dibandingkan dengan mereka yang ada kelayakan menjadi guru tetapi masih belum berpeluang mengajar.

Guru-guru sepatutnya bersyukur kerana mendapat mengajar dibawah kerajaaan BN dimana setiap tahun ada peningkatan gaji dan lain-lain faedah sampingan.

Untuk semua guru untuk naik pangkat adalah sesuatu yang mustahil dilakukan.

Oleh itu sekiranya guru-guru tidak berpuas hati dengan pendapatan yang mereka perolehi, adalah wajar bagi mereka untuk berhenti mengajar dan mencari pekerjaan yang dapat memberi imbuhan seperti yang dikehendaki.

Adalah tidak wajar hanya kepentingan guru-guru sahaja yang diketengahkan dan diperjuangkan.

Bagaimana pula dengan kepentingan kakitangan awam yang lain????

Adakah mereka tidak sehebat, tidak penting guru-guru???

Kita yang bukan dari kalangan mereka yang membuat dasar dan mentadbir kerajaan/negara hanya tahu meminta-meminta sahaja.

Bila tak dapat apa yang diminta, membuat ugutan terhadap kerajaan.

Ini adalah satu perbuatan yang hina dan jijik.

Kita mesti realistik dan bukannya berpegang kepada fikiran utopia dan idealistik.

Fikir-fikirkan lah.

ALahaI sI LunCAi said...

TERIMA KASIH ATAS PANDANGAN. APA PULAK PANDANGAN CIKGU CIKGU YER...?

Anonymous said...

Harapan kecewa !!

Zul Fattah said...

erm... dunia..dunia.......

Anonymous said...

Bersyukurlah dengan apa yang ada.Fahamilah kesukaran pemerintah menghadapi zaman meleset ini.

Akui kenyataan, kita jauh lebih baik daripada sebahagian negara lain.

anti bohmau said...

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

jika guru tidak berfungsi sebagai ejen perubahan utk kejayaan generasi akan datang, maka jadilah guru itu sorang yg gagal sebagai pendidik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...