Thursday, September 9, 2010

DAH MEMANG LAKI BINI..BEGITULAH.

Masa aku dekat dekat nak kahwin dulu, bapak aku panggil aku mengadapnya. Masa tu aku dengan bapak aku berdua je. Gementar aku Tuhan je yang tahu. Macam macam bapak aku berpesan dan bagi nasihat. Termasuk hal hal yang sulit. Nak tahan lama, main bagi sedap dan banyak lagi.

Jadi aku tak heran bila ramai orang kata sex mesti dijadikan sebahagian daripada pendidikan. Semua ini supaya kita tidak lakukan benda benda yang dilarang dalam sex. Lubang hidung, lubang telinga dan lubang yang berjiran dengan qubul tu , jauhkan sama sekali. Itu khusus untuk berak je.

Jauh lebih penting daripada itu ialah pesanan bapak aku tentang perkongsian hidup. Pengorbanan dan kesabaran mesti tinggi. Kalau susah sama susah, manakala senang pula dinikmati bersama. Semakin kuat kita berkongsi laki bini makin kukuh cinta kasih kita.

Alhamdulillah, itulah yang praktikkan sampai sekarang. Sederhana tapi bahagia aku laki bini. Aku cerita semua ini bukan untuk dedahkan kisah aku. Tapi aku mohon pada kawan kawan supaya memahami dan tidak menghukum. Jauhkan dari segala buruk sangka.

Bukan sesuatu yang luar biasa. Bukan sesuatu yang pelik bahkan memang begitulah patutnya. Jangan masa seronok je bersama, masa susah dibiarkan sendirian. Bukan mudah Azmin nak memenangi kerusi Timbalan Presiden. Bukan kecik anak Zaid tu. Duit melambak. Bakat ada sedikit sebanyak. Maknanya Zaid ada pakej untuk jadi Timbalan Presiden. Inilah masanya Anwar kena buktikan bahawa laki bini memang kena bersama masa susah dan senang.Inilah masanya Anwar kena tunjukkan makna perkongsian hidup yang sebenarnya. Jadi jangan salah Anwar. Dah memang tepat apa yang dia buat tu. Kita tunggu je hasilnya..

Wednesday, September 8, 2010

PAS PADANG RENGAS LUMPUH


Salah satu kawasan yang menarik di Perak ialah Padang Rengas. Bukan sahaja kerana Datuk Nazri ahli Parlimennya tetapi kerana ' kejatuhan ' DUN Lubok Merbau ke tangan calon PAS yang merupakan bekas Pegawai Kanan JPJ.

Haji Zainuddin nama dia. Inilah syoknya jadi ahli PAS. Menjadi ahli PAS boleh memadam dosa silam. Apa pun dosanya. Haji Zainuddin ni bersara awal dari jawatan kerana ditawarkan untuk berbuat demikian. Dia adalah salah seorang pegawai yang ' dinasihatkan bersara' kerana terlibat dengan LESEN TERBANG. Sempatlah kaya.

Mujurlah Haji Zainuddin cepat cepat masuk PAS. Maka terlepaslah dia dari dosa rasuah dan salah guna kuasa. Takpelah. Dia orang ada Nik Aziz yang boleh menyelamatkan diaorang.

Tapi ini bukan isu yang nak aku ceritakan. Yang sekarang sedang menjadi 'barah' kepada PAS ialah kekecewaan rakyat terhadap Hj Zainuddin. Kemuncak kekecewaan ini ialah apabila Haji Zainuddin gagal hadir sewaktu sebuah kampung dalam DUN Lubuk Merbau dilanda ribut.

18 buah rumah terjejas teruk termasuk lapan daripadanya dimiliki oleh aktivis kuat PAS.
Haji Zainuddin juga tidak dapat dikesan berada dalam kawasan sewaktu Lubuk Merbau dilanda banjir kilat hujung tahun lalu.

Setakat ini, menurut mereka Haji Zainuddin kerap pula dilihat minum ' di kedai hailam ' sekitar Padang Rengas. Menurut sumber , PAS negeri cuba menebus kelemahan Zainuddin dengan mengedarkan beras di sekitar Lubuk Merbau, malangnya beras itu pula dikatakan dari kualiti rendah.

Selain daripada itu rakyat kawasan Lubuk Merbau kecewa kerana Haji Zainuddin seakan akan menjadi wakil rakyat Cina sahaja sedangkan pengundi Melayu diabaikan. Aku tak nak komen apa apa tapi aku dengar Hj Zainuddin ada masalah dengan isteri tua dia sejak khabar angin mengatakan dia berkahwin kali kedua di Thailand. Itu punca dia jarang bertemu pengundi khasnya orang Melayu.

Setakat ini aku dapat maklumat PAS Padang Rengas hampir tiada program sepanjang Ramadhan. Dalam masa yang sama aku difahamkan ada pula usaha untuk menggantikan Zainuddin dengan seorang muka baru yang merupakan bekas guru. Kita tunggulah tengok. Mudah mudahan penyokong PAS benar benar dapat hidayah dalam Ramadhan ni dan kembali ke pangkal jalan. Tinggalkanlah perjuangan menyokong komunis DAP yang amat bahaya kepada Islam.

Tuesday, September 7, 2010

MOHAMAD SABU@SAPU MASIH HIDUP


Mohamad Sabu @Mat Sapu masih hidup rupanya. Aku ingat dah mati sejak kalah bertanding dalam Muktamar PAS. Mat Sabu ni pun bukan orang sihat. Dia mengidap penyakit buasir. Dah lama dah. Kerana penyakit ini barangkali Mat Sabu tak rapat dengan Nuar Brahim. Nuar Brahim ni kononnya penggeli sikit.


Bila kalah bertanding, Mat Sabu dilantik menjadi AJK PAS Pusat. Ini adalah atas faktor keupayaan Mat Sabu mencarut di mana mana pentas hatta di hadapan Tok Guru Nik Aziz, ciptaan Subki Latif.


Baru baru ini Mat Sabu bercakap bahawa sepatutnya pemerintah Malaysia lebih adil. Maka Mat Sabu sebutlah sirah Rasullullah saw. Sirah dan sejarah Rasullullah betul tapi malangnya disebut oleh orang yang tak betul.


Hey..Mat Sabu. Engko boleh tipu budak budak muda yang tak tahu sejarah engko. Orang tak mungkin lupa engkau pernah berada dalam satu bilik hotel dengan Norma. Orang tak boleh lupa alasan engko yang paling koman di dunia , mungkin sampai akhir zaman.' Norma hanya datang menghantar ubat buasir '.Sudahlah Mat, baiklah engko duduk rumah, rawat buasir tu daripada jadi badut PAS atas pentas. Percayalah Mat, engko mana ada masa depan.


Budak budak muda sekarang dah berfikir. Tak mungkin orang macam engko yang mengaji tak habis dapat menipu mereka kecuali jika mereka tak mahu berfikir.

Monday, September 6, 2010

TERIMA KASIH TUN


Baru baru ini sekali lagi mantan Perdana Menteri yang kita kasihi, Tun Mahathir melahirkan kebimbangannya jika Gagasan 1 Malaysia gagal capai matlamat kerana gagal difahami. Ini bukan kali pertama kebimbangan ini dilontarkan. Terima kasih Tun.

Sebagai orang politik aku rasa pimpinan kita kena sensitif dengan perkara begini. Bila orang semacam Tun risau sesuatu gagal difahami maknanya memang orang tak fahamlah. Orang tak faham sebab tak ada usaha nak bagi orang faham.

Gagasan seindah dan secantik 1 Malaysia tak boleh nak disemai, ditanam dan dipasak dalam jiwa dengan pertandingan mencipta lagu. Tak cukup. Aku pening kepala tengok Najib sorang yang pulun dengan Muhyiddin.

Menteri lain man?. Nganga melopong. MCA dan MIC apa program korang buat. Cina kampung baru tahuke 1 Malaysia? Aku bimbang sangat bila pegawai banci laporkan ada ramai Cina tak tahu cakap Melayu. Jadah apa korang buat duit di Tanah Melayu, cakap Melayu tak tahu pun.

Nak bagi faham 1 Malaysia ni ada banyak cara. Dulu masa DEB diperkenalkan semua peringkat pimpinan UMNO sampai ke akarnya diberi taklimat, penerangan. Perikatan masa tu tak habis habis beri penjelasan. Ada orang tak setuju DEB bukan kerana dia tak faham tapi memang kerana dia buta perut.

Aku langsung tak nampak program yang menyeluruh dan sistematik dibuat bagi memberi kefahaman kepada rakyat. Aku secara mata kasarpun dah nampak gagasan ini kalau dapat dilaksanakan, kita tak perlu risau apa apa. Hak semua rakyat tak kira apa bangsapun memang terpelihara.

Aku mintak maaflah. Menteri terutamanya mesti berfikir. Kalau kamu menteri sukan , tingkatkan pencapaian sukan dan dalam masa yang sama serapkan 'roh 1 Malaysia' semasa bersukan.

Kalau kamu Menteri Perdagangan, jaga pengguna dan peniaga dan dalam masa sama ' roh 1 Malaysia' disemaibiak semasa berusniaga tu.

Kalau kamu Menteri Keselamatan, jaga keselamatan tapi jangan lupa bercakap dan serapkan semangat 1 Malaysia bila bercakap soal keselamatan.

Ini namanya stretegi. Ini namanya menikmati ' kebijaksanaan pemimpin dan gagasan gagasan yang dilahirkannya'. Sekarang masa buat kerja. Kalau kerja betul 1 Malaysia ni boleh jadi bahan kempen yang amat baik. Kenalah bekerja.

Terima kasih Tun. Lain kali tegur lagi.

Sunday, September 5, 2010

TIPAH TERTIPU LAGI..TIPAH TERTIPU LAGI..

Tipah tertipu lagi ini ialah tajuk sebuah lagu yang agak terkenal satu masa dahulu. Ia mengisahkan tentang Tipah yang selalu sangat kena tipu oleh lelaki. Selain Tipah ada lagi orang yang selalu kena tipu.

Penipuan penipuan itu pulak ialah penipuan kelas rendah yang kalau diketahui oleh orang lain , maka mangsa akan kelihatan amat koman lagi rendah pula minda dan pemikirannya. Manakala si penipu akan dianggap hebat kerana berjaya menipu dengan skala kemahiran rendah.

Orang yang aku maksudkan adalah orang Melayu Islam. Sejak zaman dahulu lagi orang Melayu Islam asyik kena tipu. Kesan penipuan itu pulak amat besar kesannya. Sultan Mansur Shah pernah kena tipu. Penipunya mamak tongkang je.

Kemudian Tun Perak pulak tipu Sultan. Sembunyikan Tuah. Kesan peristiwa ini amat besar sehingga Hang Tuah dikenali sebagai panglima Melayu yang buta perut manakala Hang Jebat pula Panglima Derhaka.

Sejarah telah wujudkan ' Hero Jahat dan Hero Baik ' Melayu yang menjadikan orang Melayu Islam percaya bahawa mereka adalah bangsa yang hebat. Sedangkan setakat ini orang Melayu asyik jadi ' Hero yang Tewas '.

Sejarah Melayu Moden pula menyaksikan penjajah Inggeris bayak kali menipu dan memperdaya Orang Melayu Islam termasuk Raja Raja Melayu. Inilah Melayu Islam. asyik tertipu dan tertipu.

Sekarang ini aku tengok orang Melayu Islam betul betul sedang tertipu. Aku jangka hasil penipuan ini akan meletakkan orang Melayu ke dasar yang hina dan memalukan. Penipuan kali ini pula dibuat secara amat licin , sistematik dan amat terancang.

Bermula dengan menipu berbaik baik dengan PAS, penipu ini menipu pula mendekati Islam sehingga mereka masuk ke surau dan masjid. Mereka juga menipu menggunakan ayat ayat suci Al Quran. Setelah puak puak PAS dapat ditakluk, penipu ini menipu pulak melalui kaedah 'menyemai kemarahan' dalam kalangan orang Melayu yang tidak bersama PAS. Mereka mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kemarahan.

Mereka mengupah orang orang tertentu menerbitkan risalah dan video bagi menyemarakkan kemarahan orang Melayu. Jadi apa penipuannya ?

1. Orang Melayu Islam dalam UMNO benar benar percaya bahawa tumpuan mesti diberi bagi menjawab segala provokasi , penghinaan dan cabaran mereka.
2. Orang Melayu Islam dalam PAS benar benar percaya bahawa dakwah mereka telah berjaya sedangkan sebenarnya mereka tidak pernah berdakwah.
3. Orang Melayu Islam dalam PAS terutama Tok Guru mereka benar benar percaya mereka dihormati sedangkan mereka hanya dijadikan badut semata mata.

Hasil kejayaan penipuan ini ialah orang Melayu Islam tidak kira apa parti sekalipun telah mengabaikan sama sekali kewajipan mereka untuk mendaftar pengundi dan menambah bilangan pengundi. DAP berada amat jauh di hadapan. Sekiranya kita terus tertipu, maka percayalah orang Melayu Islam akan menyerahkan negara tercinta ini kepada orang Cina dan bersedialah menjadi bangsat hanya kerana mudah sangat terpedaya dan tertipu.

Friday, September 3, 2010

NAK TERMUNTAH AKU

Seingat aku, kali terakhir aku rasa nak muntah apabila ada orang bercerita Azmin Ali ( Bakal Timbalan Presiden PKR yang juga dikatakan ' semacam madu 'kepada Wan Azizah ) tempah katil lebih 20 ribu ringgit. Saiz katil dan struktur binaannya sesuai untuk dua tiga orang bergusti di atasnya.

Sejak itu sampai sekarang aku tak ada rasa nak muntah dah. Cuma baru baru ini bila berita menyiarkan kenyataan Koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia ( Bendera ), Mustar Bona Ventura Manurung sekali lagi perut aku memulas. Spontan tekak aku meloya. Mujur aku bertahan, kalau tidak terganggu puasa aku.

Korang bayangkan dia kata demonstrasi yang dibuat oleh rakyat Indonesia ialah demi maruah dan kedaulatan Indonesia. Pigilah wak. Jangan cakap pasal maruah. Korang demonstrasi untuk menyambung hidup. Korang sanggup pegang najis sendiri untuk sesuap nasi.

Korang bayar saudara seagama sepuluh ringgit , berjemur dan berhujan dan dalam masa yang sama korang kaya raya, korang nak cakap pasal maruah.

Wak, aku nak ingatkan korang. Orang yang mencari orang miskin bayar dengan upah yang kecil kemudian orang tu rasa korang dah selamatkan dia, itu komunis namanya. Komunis mana layak cakap pasal kedaulatan. Komunis tak layak cakap pasal maruah.

Hei Mustar..datanglah ke Tanah Melayu. Lihat bagaimana kami beri saudara kamu rezeki yang halal. Perhatikan bagaimana bahagianya mereka hidup aman di kampung halaman kami. Jangan lagi bercakap pasal kedaulatan dan maruah kerana kamu yang menggadai maruah saudara mara kamu. Kalau kamu Islam bertaubatlah. Kalau kamu kafir, cerminlah muka kamu.

Wednesday, September 1, 2010

MAAFLAH..ANTA TAK LAYAK

Ini berita yang menyedihkan bagi pemimpin dan penyokong PAS. Tapi nak kena cerita juga supaya diaorang ni muhasabah diri sikit. Tambahan pulak dalam bulan Ramadhan yang mulia ni. Buat pembetulan. Jangan nanti ahli PAS yang kudi kudi di kampung rasa dialah yang paling hebat. Natijahnya sampai langsung tak mahu dengar kuliah, ceramah yang lain selain ceramah politik PAS je.

Kisahnya begini...Mahmud Abbas baru baru ni mewakili seluruh rakyat Palestin mohon jasabaik bekas Perdana Menteri Tun Mahathir untuk menjadi orang tengah dalam perundingan di antara Puak Hamas dengan Puak Fatah yang dah puluhan tahun berkelahi. Pergeseran Fatah/Hamas ini menjadi sebahagian punca mengapa rakyat menderita. Israel pulak mengambil peluang.

Alasan Mahmud Abbas ialah Tun adalah satu satunya pemimpin Islam yang paling berwibawa dalam sejarah Islam moden. Raja Arab Saudi ke, Presiden Iran ke tidak dapat mengatasi wibawa Tun.

Nik Aziz ? Tobatlah. Orang Perak kata ' ayo kaki ' Tun pun tak de. Rupanya Tok Guru yang dianggap' wali keramat' oleh penyokong ni tak dikenali oleh dunia Islam. Di Malaysia je. Kalau begitu layak ke dia dipanggil ulamak?
Jadi apa yang hebat sangat diaorang ni ? Hebatle..mecah belah umat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...