Sunday, January 23, 2011

HARAMKAN PENDIDIKAN ISLAM DISEKOLAH?

" ANTARA USAHA YANG TIDAK DIHARGAI "


DANGKALNYA PEMIKIRAN PAS.

Semalam satu seminar atau forum anjuran Pakatan Rakyat telah diadakan di Hotel De Palma Ampang. Program yang tidak mendapat
sambutan ini akhirnya dihadiri oleh para pelajar dan sedikit ahli Pakatan.

Forum bertajuk 'Gejala Sosial Makin Parah, Antara Cabaran dan Strategi Menanganinya', telah menjemput beberapa orang panelis yang diketahui merupakan aktivis PAS.

Keseluruhan isi perbincangan akhirnya sampai kepada kesimpulan betapa gagalnya Kerajaan UMNO/BN mengatasi masalah sosial. Atau dalam lain perkataan, Kerajaanlah yang menjadi punca masalah sosial yang berlaku.

Apa yang ' memalukan ' sebenarnya apabila seorang ahli panel telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pendidikan Islam tidak wajib dalam sistem pendidikan kita.

Bayangkan betapa dahsyatnya apabila ada rakyat tidak tahu bahawa Pendidikan Islam adalah Subjek Teras yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar Islam.

Bahkan di sekolah Ren Jenis Keb. Cina dan Tamil, jika ada pelajar Islam seramai 3 orang pun, maka ustaz atau ustazah akan disediakan dan pembelajaran agama tetap berjalan.

Yang sepatutnya dibincangkan ialah mengapa setelah 11 tahun belajar agama ( Tahun 1- Tingkatan 5 ), pelajar atau ada individu masih tidak berakhlak, masih melakukan pelbagai gejala sosial.

Yang sepatutnya diperhalusi ialah adakah ustaz atau ustazah yang bertugas tidak mendidik dengan baik ?

Atau mungkinkah telah hilang keberkatan pendidikan ini bilamana ustaz dan ustazah secara serentak ' makan gaji ' tetapi mengatakan majikannya zalim dan jahat?

Atau mungkinkah pegawai tinggi di Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pelajaran yang memimpin Pendidikan Islam tidak ikhlas dan menyerahkan jiwa mereka kepada PAS ?

Atau mungkinkah boleh dibuat andaian bahawa kebanyakan ustaz dan ustazah ini mempunyai ' ROH ' sama seperti NORMALA SUDIRMAN sedangkan kita tidak menyedari?

Selepas segala andaian ini, apakah wajar Pendidikan Islam diberhentikan sahaja sebagai subjek wajib di sekolah ?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...