Sunday, September 4, 2011

INILAH YANG HERO MAT SABU TELAH LAKUKAN !

CERITA LUKA YANG TAK AKAN TERPADAM !

Ini adalah kupasan Datuk Ramlah Adam. Beliau barangkali menyokong UMNO tetapi bukan aktivis parti. Beliau adalah ahli akademik yang memikul kebenaran di atas bahunya.

25 Februari 1950 Jam 4. 30 pagi :-

Mat Indera telah membawa 200 orang Malayan Races Liberation Army(MRLA- PKM ) telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Sarjan Jamil Mohd Noh telah bertindak berani dan tak mahu menyerah kalah.

Dalam pertempuran itu 25 orang telah terkorban. Tiga orang isteri anggota keselamatan telah dicampak ke dalam api yang marak menyala.
Seorang kanak kanak telah turut dicampak ke dalam api. Rentung menjadi arang.

Semua peristiwa ini diceritakan oleh Yusof Rono yang merupakan satu satunya anggota yang terselamat dan dapat meloloskan diri.

Darah, tulang temulang dan airmata mereka yang gugur tak mungkin dapat diganti semula.

Alangkah ' bahayanya ' Mat Sabu. Walaupun menjadikan Karl Marx sebagai idola janganlah sampai menjadikan pejuang sebagai petualang.

Barangkali DAP sangat berbesar hati dan pasti akan menawarkan kerusi kepada Mat Sabu. Barangkali juga Mat Sabu akan menang kerana cucu cicit rakan rakan Mat Indera akan berusaha memenangkannya.

Tetapi percayalah. Mat Sabu akan dikenang sebagai salah seorang anak Melayu paling kotor dalam sejarah negara !


15 comments:

Anonymous said...

ramlah adam tu pencacai umporno sejak mahathir. ada kisah dia yg tidak dilupa. dia tulis sejarah untuk bodek umno supaya dapat jadi calon tapi umno masih tak bagi peluang.

semua pensyarah dan student kenai pencacai umporno yg tulis buku sejarah ini. tulis sejarah utk pangkat dan harta

Anonymous said...

Mudah sangat pencuci najis Mat Sabu berhujah. Asal berbeza terus dituduh bodek UMNO.

Buktikan bahawa dakwaan ini tidak benar. Bukan mengaitkan orang lain untuk rasa selamat.

Penulisan Ramlah Adam tidak pernah disanggah oleh mana mana ahli sejarah kecuali Mat Sabu penjual ubat.

Anonymous said...

anon 3:02,

adakah karpal singh dan prof khoo kay kim jugak adalah pembodek yang mahu jadi calon umno?

Anonymous said...

masalahnya, pencacai umporno ramlah adam dah dikenali kerja mencacainya. dia dengan utusan meloya sama naik sejak dulu. Umno guna kesempatan gunakan utusan meloya spin ucapan pemimpin PR, ramlah adam tolong sahkan utusan meloya. itulah ramlah adam sejak zaman mahathir.

Anonymous said...

Ranjit singh, Dr. abd rahman dan ramai lagi penulis sejarah dah byk kali sanggah dia kerana lebihkan umno dalam penulisan sejarah.

Anonymous said...

Dr Ranjit dan Dr Rahman menyanggah isi pengajaran pembelajaran sejarah. Mereka menyarankan lebih banyak perkara dipelajari. Bukan sekadar politik.

Saya tidak pernah membaca sebarang artikel mereka yang menyatakan pembunuh dan pembakar pasukan keselamatan dan keluarga mereka dalam peristiwa Bukit Kepong adlah pejuang kemerdekaan.

Setakat ini hanya Mohd Sabu sahaja yang mengeluarkan kenyataan begitu dalam keadaan ' gelak ketawa '.

Anonymous said...

inilah masalah pencacai umporno, MB Johor yang UMNO tu sah-sah Mat indera pejuang kemerdekaan. Rujuk buku Yayasan Warisan Johor . Buku itu bukan Mat Sabu tulis tapi ahli sejarah yang bernaung di bawah MB dan kerajaan Johor

Anonymous said...

Isunya ialah Mat Sabu telah mengisytiharkan Mat Indera telah memimpin segerombolan komunis. Mereka menyerang, membakar dan membunuh pasukan keselamatan yang berada di Balai Polis Bukit Kepong.

Mereka bukan bertembung di hutan. Mat Indera ' menyerang' balai dan kediaman pasukan keselamatan.

Anonymous said...

Mat Sabu terlanjur. Dia bukan seorang yang bijak. Mohon maaf dan berhati hati di masa yang akan datang.

Ramai pemimpin pernah melakukan kesilapan. Ini bukan isu besar .

Anonymous said...

Mat Sabu tak sebut pun komunis , dia sebut sama yang Yayasan Warisan Johor tulis bahawa Mat Indera pejuang kemerdekaan. yang kaitkan dengan komunis itu utusan meloya, ditambah pula oleh pencacai umporno.

UMNO kalau berani berdebat la, pemuda lawan pemuda. timbalan presiden lawan timbalan presiden. kalau la umno berani. serang melalui media massa yang dikuasai kerajaan adalah tindakan pengecut.

Anonymous said...

Yang mencetus dan mempertahankan ialah Mat Sabu. Kenapa Pemuda PAS terpaksa tanggung? Inilah dilema ulamak di dalam PAS.

Walaupun kami tidak akan lari tinggalkan PAS tetapi hati kami tetap tidak gembira dengan Timbalan yang tidak menjiwai fikrah perjuangan sebenar.

Anonymous said...

ala pencacai umporno mengaku pas, dah banyak blog lu komen macam ni. KJ mana layak berdepan Mat Sabu sebab Najib pun tak iktiraf dia. KJ cabar debat sebab nak bodek Najib agar terima dia, itu sahaja.

shamsulS2 said...

Pada Pandangan Saya:-

"Perjuang kemerdekaan" yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang sebagai Adi pejuang kemerdekaan Tanah Melayu yang sebenarnya adalah mereka yang tiada bertuhan berkiblatkan Moscow yang bernabikan Karl Max serta diasuh dengan ajaran komunis.

"Pejuang kemerdekaan" tersebut mempunyai rancangan untuk mengenepikan penjajahan British dan menjajah Tanah Melayu untuk mengembangkan ideologi Karl Max serta mendirikan kerajaan komunis diTanah Melayu selepas penjajah British dikalahkan.

Itu adalah sejarahnya.

Maka blogger-blogger jangan pula emosi dan menggunakan bahasa kesat, provokasi, sindir, fitnah, mencaci, mencemuh, menghina kerana tindakan-tindakan tersebut hanya membuktikan bahawa syaitan laknatullah telah berjaya meresapi kedalam jiwa anak cucu nabi Adam yang melafazkan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan naik saksi bahawa nabi Muhammad s.a.w
adalah peseruh Allah.

JANGAN KITA LUPA JANJI SYAITAN YANG SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENYESATKAN UMAT NABI MUHAMMAD UNTUK DIJERUMUSKAN KE DALAM NERAKA SEBAGAI TEMAN SYAITAN.

Anonymous said...

Siapa lebih kejam kalau bukan British yang bunuh ulama spt Tok Janggut, yang halau ulama mcm TG Hj Abd Rahman Limbong, yng gantung pejuang mcm dato maharaja lela dan macm2 lagi kezaliman kepada pemimpin melayu . sapa yg sokong kerja jahat British ini kalau bukan UMNO

shamsulS2 said...

Pada Pandangan Saya:-

Zaman Tok Janggut, TG Hj Abd Rahman Limbong, dato maharaja lela
UMNO belum wujud dan ditubuhkan lagi.

Macammana pula UMNO dikaitkan dan dipersalahkan?????????

Adalah lebih wajar menyokong British dari menyokong pejuang kemerdekaan yang tidak bertuhan, bernabikan Karl Max, berkiblatkan Moscow dan berajaran komunis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...