Saturday, September 3, 2011

TERIMA KASIH ABANG MAT ! HE! HE! HE!

MAT SABU BERBUDI KEPADA UMNO !

Sebagai seorang yang praktikal aku mengaku UMNO agak perlahan dalam gerakerja kempen politik berbanding dengan PAS. Aku percaya sebahagiannya kerana pemimpin UMNO juga adalah pemimpin kerajaan yang terikat dengan banyak kerja.

Sebab itu ada banyak benda yang berlaku dari sudut politiknya terabai. UMNO tak ambil peluang macam yang PAS buat. Sebab itu juga banyak perkara berlaku di Kelantan, Selangor dan Kedah terlepas begitu sahaja.

Mujur ada Mat Sabu. Aku agak dah. Bila Mat Sabu menang Timbalan Presiden PAS, aku anggap ALLAH nak UMNO terus memerintah negara.

Mat Sabu terkenal sebagai ' kaki gebang '. Dia cakap kosong. Sebab itu dia jadi Ahli Parlimen sekejap jer. Lepas tu dia kantoi. Dia gagal melaksanakan apa jua yang dia cakap.

Orang macam Mat Sabu sangat berguna kepada UMNO. UMNO boleh tunggu Mat Sabu bercakap untuk kemudiannya dibalun balik.

Tapi aku betul betul tak sangka Mat Sabu akan dedahkan strategi Pakatan nak mengubah sejarah. Menukar pengganas menjadi pejuang, menukar pejuang menjadi pengkhianat.

Mat Sabu sebenarnya ' tercepat ' daripada orang lain. Pakatan rancang nak tukar sejarah ini selepas memerintah. Kelam kabut Karpal Singh nak buat ' pembetulan' tetapi dah terlewat.

Rakyat dah tahu rahsia mereka. Macam Ngeh Koo Ham buat di Perak.
Cuba bawak masuk Chin Peng dengan alasan Chin Peng juga pejuang kemerdekaan.

Sekarang ni semua pemimpin Pakatan bertungkus lumus menjawab dan melakukan pembetulan. Berdasarkan pemerhatian aku, rakyat tak dapat terima penjelasan. Rakyat tengok sendiri rakaman ceramah Mat Sabu.

Alhamdulillah. Keghairahan Mat Sabu menginsafkan rakyat. Aku rasa Mat Sabu pun dah tak cukup 24 jam sehari nak perbetulkan balik kenyataannya.

PAS boleh salahkan media. Tapi PAS kena akui media melaporkan apa yang Mat Sabu cakap sebijik sebijik.

Aku tunggu Mat Sabu saman Utusan Malaysia. Lagi cepat lagi baik. Dengan ini lebih tepat rakaman ceramah Mat Sabu dapat disiarkan dan disaksikan oleh seluruh dunia.

Terima kasih, Abang Mat. HE! HE! HE!


7 comments:

Anonymous said...

tak perlu nak gebang lebih la luncai, umno la sekarang terpaksa bertahan sebab dah sah umno buat hubungan dengan komunis kemudian beri izin komunis terbit akhbar di Malaysia.

Anonymous said...

Anon,

Tetap tak dapat menebus Mat Sabu yang bangang.

dankuala.com said...

Malangnya UMNO tetap tidur lena. Atau UMNO sedang melayan angan angan peribadi bukan cita cita parti.

UMNO sedang bersedia untuk ditulis dalam sejarah sebagai pengkhianat atau pengganas agaknya.

manjung said...

tobat mat syabu akan kalah PRU13...

Anonymous said...

manjung,

Amin, syukur alhamdulillah.

Anonymous said...

Mat sabu sedang lemas. Rasuah lutut.
Mulut celupar. Kisah cinta norma yang diulang semula.

tekanan rakan rakan pas yang memang tak hormat mat sabu. mat sabu sedang menunggu masa untuk berkubur.

Anonymous said...

anon umporno boleh komen macam tu ja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...