KING KIT SIANG TUNJUK TARING KEPADA TAMBI KAKI GEMPO
Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat baru baru ini buat kejutan, orang Perak kata buat GEMPO. Dengan berani Kula buat kenyataan hentam kepimpinan DAP khasnya DAP Perak.
Ramai orang kata DAP akan meletup. Orang UMNO/ BN menadah tangan bersyukur tanpa memikirkan apa yang berlaku sebenarnya tidak akan ada kesan terhadap undi yang bakal diterima jika tidak bekerja kuat.
Ada orang pulak kata ini adalah sandiwara DAP. Sandiwara Tamil bergabung dengan Opera Cina. Ada orang apa yang berlaku adalah lakonan semata mata.
Aku pulak anggap memang ada masalah dalam DAP. Memang DAP tengah kecoh. Memang wujud rasa tak puas hati. Memang ada api sedang bernyala dalam DAP. Kulasegaran sebenarnya memang nak memberontak.
Aku nak tanya korang soalan. Ada korang dengar King Kit Siang bersuara ?
Tak ada. Apek yang sedang merancang untuk menjadi ' KING ' ini hanya menutup mulut. Senyap. King hanya panggil mengadap Kulasegaran,
Titah King Kit Siang " Dei tambi..lu ingat lu sapa ha..lu hingat lu manyak kuat ka?Lu hingat lu moleh menang itu kelusi Ipoh Balat ka ? Dei ..lu menang pasai wa mau lu menang tau, wa tatak tolong sam lu , lu mampui ma..".
Begitu titah King Kit Siang. Baru Kulasegaran tergamam, sedar dan insaf akan dirinya. Dia meluru kepada King Kit Siang, mencium tangan King Kit Siang dengan air mata bercucuran.
Inilah DAP yang mengaku parti semua kaum. Inilah DAP yang mendakwa bersikap terbuka. Inilah satu satunya parti perkauman Cina yang paling ganas dan bahaya.
Inilah sebab DAP bermati matian nak hapuskan institusi Raja. Sebab dia sendiri nak jadi Raja. Putera Mahkota telahpun dilatih memerintah di Pulau Mutiara.
Kepada Kulasegaran, percayalah, kamu akan kekal jadi hamba yang tiada maruah sampai akhir hayat kamu.
Thursday, October 7, 2010
Wednesday, October 6, 2010
BENTERAS MAKSIAT DENGAN CARA SKODENG
KETUA PENERANGAN PAS SOKONG SKODENG.
Aku dah kata dah. Orang UMNO tak payah susah susah nak cari bukti kesesatan PAS. Sampai masa ALLAH tunjukkan satu persatu. Orang UMNO khasnya PEMUDA dan PUTERI beri tumpuan tambah pengundi.
4 juta yob, yong. Tak payah buat kerja lain.
Kerja menambah pengundi ni mudah . Jauh lebih mudah daripada nak buktikan PAS sesat. Anak muda sekarang ni boleh menilai, boleh berfikir. Cuma korang kena jaga kaedah komunikasi, jaga penampilan. Kalau korang tunjuk lagak diaorang tolak awal awal lagi.
Kalau Najib Presiden boleh merendah diri apa lagi korang yang baru nak berpucuk. Ayuh mula sekarang. Sesat PAS tak payah nak kelam kabut cari.
Tengok.. hari ni ALLAH dah butakan hati perut Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS yang geli nak jadi calon di Galas. Korang bayangkan dia boleh ucap tahniah kepada Kerajaan Selangor kerana nak pasang CCTV di pusat pusat hiburan di Selangor.
Ya Rabbi..dia kata pasang CCTV di pusat hiburan boleh cegah maksiat.
Kerajaan Barisan Nasional tak terfikirpun nak pasang CCTV, katanya.
Yang aku nak tergelak, sempat juga dia ni guna nama Tuhan. Dia kata nanti depan Tuhan nak kena berjawab.
Apalah malang PAS ni. Dapat Ketua Penerangan tak ada akal. Al Fadhil..
dengar ni , aku nak nasihat. Mengintai , mengendap adalah maksiat. Maksiat tak akan dapat diatasi dengan maksiat yang lain. Korang tutup je pusat hiburan tu kalau korang berani.
Tak usah nak salahkan BN. Sekarang korang yang perintah. Tak ada alasan lagi. Tutuplah. Tinggalkan satu je CCTV. Pasang di Hotel Puduraya. Baru betul.
Tuesday, October 5, 2010
SEKALI RPK SELAMATKAN NUAR BRAHIM
Kepada kita , Raja Petra Kamarudin( RPK ) memang haprak yang tidak berguna. Kepada kita RPK adalah sampah yang merosakkan pandangan. Kepada kita RPK
adalah tikus yang menyebarkan penyakit yang boleh membawa maut.
Itu semua kepada kita. Itu semua kepada kita yang kasih kepada agama, bangsa dan negara. Tetapi Kepada Nuar Brahim, RPK adalah dewa penyelamat. Kepada Nuar Brahim RPK adalah hamba abdi yang sanggup mati kerananya.
Banyak kali sangat RPK selamatkan Nuar Brahim. Banyak kali. Baru baru dalam satu majlis dialog bersama rakyat Malaysia di London. Pada pandangan mata kasar RPK krikik Nuar Brahim. Ada orang kata RPK merajuk dan kecewa. Ada orang kata Nuar Brahim akan hilang seorang panglima paling setia.
Yang sebenarnya RPK selamatkan Nuar. Dia orang dah dapat maklumat ada orang akan tanya dan persoal kemampuan Nuar. Ada orang akan bantai Nuar kerana janji tak betul.
Kalau orang lain tanya nampak Nuar dipertikai. Jadi RPK tanya. Tanya pulak dalam bentuk terpimpin supaya Nuar boleh beri alasan yang munasabah. Bila RPK dan timbulkan maka tak perlulah orang lain tanya lagi.
Nuar Brahim pun dapat beri penjelasan seperti yang dikehendaki. Maknanya kita usah tertipu. Sekali lagi mereka berlakon. Dah memang mereka pelakon. Cuma sesekali mereka berlakon filem porno.
Monday, October 4, 2010
PAS SEKADAR CAKAP, BN MAMPU LAKSANA
INILAH BEZANY
A, SEBAB ITU DAP BOLEH MAIN DIA
A, SEBAB ITU DAP BOLEH MAIN DIANIK AZIZ WALAUPUN AMAT DIKAGUMI OLEH PENTAKSUB PAS MASIH GAGAL DALAM BANYAK PERKARA. wALAUPUN AKHIR AKHIR NI, SEMPENA PRK GALAS, NIK AZIZ DAN PAS ASYIK CAKAP PASAL TARBIYAH NAMUN NIK AZIZ TETAP GAGAL.
DIA PERNAH LABEL GOLONGAN INI SEBAGAI " LEMBU , LEBAI MALANG DAN MACAM MACAM LAGI ". GOLONGAN INI SUKA KALAU NIK AZIZ LABEL. APA PUN TAK PA. MEREKA TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG NIK AZIZ SAYANG.
TERKINI NIK AZIZ MAIN UGUT PULAK. DI GALAS, CALON YANG AKAN DIPILIH TIDAK MEROKOK.
TENGOK...GALAS HUKUM LAIN, TEMPAT LAIN PAKAI HUKUM LAIN PULAK.
KERAJAAN UMNO/ BN TAK PAYAH CAKAP BANYAK. TAK PAYAH BISING MENGAKU BERDAKWAH. TAK PAYAH DAKWA DIRI BAIK DAN MELAKSANAKAN KEBAIKAN.
HARI INI, 4 OKTOBER 2010 HARGA ROKOK DINAIKKAN SEBANYAK 70 SEN. MAKNANYA KORANG KENA BAYAR RM 20 UNTUK SEKOTAK ROKOK 20 BATANG. HAH!!! KORANG PILIH , NAK BELI SUSU ANAK KE NAK BELI ROKOK ?
INILAH YANG DIKATAKAN BERTINDAK LEBIH BERMAKNA DARIPADA BERCAKAP. NIK AZIZ TAK BAGI ORANG HISAP ROKOK TAPI GALAKKAN ORANG KELANTAN TANAM TEMBAKAU. MACAMANA TU ?
KEPADA PEROKOK, JANGAN MARAH KERAJAAN. MEROKOK MEMANG TAK BAIK. BERHENTILAH.
Sunday, October 3, 2010
HADI MEMANG SELAYAKNYA MENJADI PRESIDEN.
SEBENARNYA SIAPAPUN LAYAK JADI PRESIDEN PAS.
Bila aku menulis tentang Haji Hadi, udang galah bertanya aku " kalau begitulah Hadi masih layakkah menjadi Presiden ?". Aku nak jawab cara mudah. Sebenarnya sesiapapun layak jadi Presiden PAS asalkan dia memenuhi beberapa syarat.
1. Dia boleh mengaji sikit sebanyak. Sebaiknya boleh Bahasa Arab asas je dah cukup.
2. Dia boleh hafal ayat ayat terpilih. Ini yang dikatakan mengambil sebahagian daripada Al Quran dan meninggalkan sebahagian yang lain.
3. Dia jenis yang tidak takut. Makna kata kalau perlu pusing ayat Quran dia pusing. Kalau patut pusing hadis dia pusing. Kalau macam kita yang takut nak main ayat ni memang tak layak.
4. Dia mesti ada 'hati kering'. Kalau korang baca fatwa Hadi korang boleh nampak keringnya hati dia.Kalau kita, kita bimbang orang berbunuh sesama Islam. Kita risau suami isteri bercerai berai. Dia tak. Dia selesa je bila Ibrahim Libya dan pengikutnya terkorban dalam usaha polis mempertahankan diri.
5. Dia mestilah seorang yang ' tergamak ' dan kurang malu. Kalau kita, rasa malu bila sebelah petang di hadapan orang Islam cakap tentang memperjuangkan hudud, belah malam depan Cina kata hudud tak pernah ada dalam perancangan. Presiden PAS tak boleh ada malu tu.
6. Dia juga mestilah jenis orang yang boleh mencipta fitnah dan penipuan, kemudian dia sendiri percaya bahawa fitnah dan penipuan ini benar.
Ada banyak lagi. Nanti aku sambung. Jadi sesiapapun yang ada ciri di atas layak jadi Presiden PAS. Setakat ni aku nampak ramai yang layak. Mahfuz, Salehuddin dan ramai lagi. Cuma aku dengar cerita Mahfuz ada masalah sikit. Masalah sebutan. Dia sekarang ni tengah cuba perbaiki bacaan fatihah dia. Kita tunggulah, mungkin setahun dua lagi layaklah dia tu.
Saturday, October 2, 2010
HADI AWANG KENA KIFARAH
PRESIDEN DALAM BUANGAN TERHUKUM DI TERENGGANU!!
Aku anggap Haji Hadi ni Presiden dalam buangan. Kawan aku dalam PAS kata Hadi langsung tak ada hak atau kuasa buat keputusan dalam PAS. Kalau dia cakap soal perpaduan pagi, petang dia kata perpaduan tidak perlu, sebab tengahari dia kena tegur dengan Nik Aziz.
Sekarang ni dia jarang cakap isu isu besar . Isu Nasional dia diarahkan melepaskan tanggungjawab itu kepada Mahfuz Omar kerana Mahfuz kalau tersilap cakap pun orang semua tahu tahap keilmuan dia yang rendah.
Atau kalau ada isu yang lebih besar akan diserahkan kepada Tok Guru Nik Aziz sebab orang PAS percaya bila Nik Aziz cakap orang akan percaya. Ini jangkaan PAS lah. Sebab orang kata Nik Aziz keramat. Pakai kereta buruk, duduk rumah buruk, pakai baju pagoda dan sebagainya.Yang elok elok, mahal mahal orang PAS tak tau.
Jadi Hadi ni hanya bercakap dalam majlis PAS sahaja. Tapi kalau ALLAH nak tunjuk di mana mana pun boleh buat silap. Silap pulak bukan kecil punya silap, silap besar yang memang selalunya tak akan berlaku jka yang bercakap tu tahap presiden, walaupun dalam buangan.
Ini berlaku di majlis penutup Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS, malam tadi. Kononnya 5000 orang peserta hadir. Dia orang kira jari kot .Banyak perkara aneh Hadi cakap,
1. Dia kata PAS parti memimpin bukan dipinggir bila capai kemenangan. Ya ALLAH..dah habis semua dasar, dah tak berani sebut hudud, dah kongsi kalimah ALLAH dengan orang Kristian, dah kongsi ayat Al Quran, Hadi kata PAS parti memimpin.
2. Dah setengah mati berjuang untuk kemerdekaan, dah merdeka kumpulan Islam kena pinggir. Apa ni ?PAS masa tu belum lahir, UMNOlah kumpulan Islam. Bila pulak kena pinggir. Dah nak buat fatwa baru pulak ke ?
3. Yang paling kesian dia kata ahli PAS BEBAL ! Yang bebal ni maksud Hadi ialah yang nak pahala je. Main tu. Nak pahala dianggap bebal. Yang tak bebal macam Hadilah .Kereta besar, baru, isteri kecil molek ,baru juga. Harta menambun. Yang bebal dapatlah pahala, itupun PAS yang bagi.
4. " Kita perit dizalimi, pila kita perintah kita tak akan menzalimi". Di Kelantan dah 20 tahun perintah. Rakyat minum air karat ,Tok Guru minum ' jus Tok Guru '. Tok Guru minum air mineral. Tak zalim lagi ?
Ya Rabbi.. Haji Hadi bertaubatlah. Lihatlah peringatan yang ALLAH berikan kepadamu. Bertaubatlah sebelum orang bertanya,
" KENAPA PRESIDEN AKU NI, MACAM NYANYUK JE ?"
Friday, October 1, 2010
BERFIKIR SECARA FAKIR
MALANGNYA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA(PKPIM )
Aku malu bercampur sedih membaca kenyataan Muhd Faizal Abdul Aziz, Presiden PKPIM . Aku rasa kalau para mahasiswa dengar kenyataan dia ni diaorang pun malu. PAS tentu seronok sebab samaje standard pemikirannya. DAP akan rasa lega sebab inilah tahap pemimpin pelapis Melayu Islam.
1. Kerajaan diminta memperhalusi dan mengambilkira kebajikan
peminjam sebelum kaedah potongan gaji dibuat.
Pertanyaan aku : Selama ini adakah kerajaan abaikan kebajikan rakyat. Kalau kerajaan abaikan apasal pulak dia adakan Tabung PTPTN ?
2. Kerajaan perlu mengenakan potongan minimum bagi mengelakkan
beban kepada pembayar.
Pertanyaan aku : Berapa potongan minimum yang dimaksudkan. Berapakah pendapatan yang diperlukan bagi mengelakkan beban peminjam ?
3. Bukan semua peminjam mampu menghadapi potongan gaji kerana
ada yang terpaksa memperuntukkan separuh daripada gaji untuk
membantu keluarga.
Pertanyaan aku : Kalau peminjam tu sampai ke sudah kata tak mam-
pu bayar, macamana ? Apa pulak nasib pelajar baru yang juga datang daripada keluarga susah ?
Kepada Tuan Presiden, usah pandang rendah kepada peminjam. Mereka tahu meletakkan keutamaan. Membayar hutang hukumnya wajib. Aku yakin mereka akan merancang kehidupan mereka. Mereka akan berjimat dan berhemah. Mereka orang yang belajar tinggi, insyaallah mereka akan bayar demi adik adik mereka pula.
Atau PKPIM boleh buat kursus mengendali kewangan bagi ahli ahli yang baru bekerja. Tuan Presiden kena berfikir apa yang kita boleh buat bukan apa pihak lain boleh buat untuk kita. Usah jatuhkan imej Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)