Monday, October 11, 2010

KALAULAH KHAIRY SETEGUH NAJIB



MANTAP , JELAS DAN BERANI, KUALITI YANG NAJIB MILIKI TETAPI TIDAK KHAIRY WARISI.

Ucapan YAB Datuk Seri Najib sewaktu Persidangan MCA amat memeranjatkan khasnya pemimpin dan ahli MCA sendiri. Ucapan mantap, jelas , tegas dan paling berani pada pandangan aku.

Resolusi Persidangan Pemuda MCA tidak sedikitpun mengganggu Najib. Tekanan yang dikenakan kepada UMNO sedikitpun tidak menjejaskan aura Najib sebagai pemimpin besar.

Sebagai orang Melayu Islam yang percaya dan yakin hanya UMNO yang mampu memimpin negara, sudah tentu aku berasa sangat bangga. MCA, Gerakan dan MIC juga komponen yang lain perlu menghayati ucapan najib.

1. Usah menakut nakutkan Najib dan UMNO dengan kemungkinan Cina tidak menyokong BN. Najib telah tahu dan MCA wajib bertanggungjawab.

2. Jangan paksa UMNO dan orang Melayu sahaja beralah. MCA usah terlalu demanding sedangkan tidak pula memberi apa apa. NAJIB SEDAR PERKEMBANGAN INI.

3. Usah sekadar berjanji kosong. Buktikan dengan undi masyarakat Cina.

4. Jangan pertikai 1 Malaysia. Semua kaum adalah rakyat NAJIB, rakyat Malaysia.

5. Usah sekadar berjuang untuk Cina. UMNO berjuang untuk semua.

Ucapan Najib keramat. Menutup dan menyimpul. Usah berprasangka. Usah helah berhelah. segalanya dalam pengetahuan.

Mintak maaflah kerana aku terfikir. Mengapalah Khairy sebagai Pengerusi Pemuda Barisan nasional tidak seperti Najib. Atau sekurang kurangnya 1/100 daripada Najib. Ini tidak. Sesekali aku rasa seolah olah Khairy ketua pemuda MIC atau MCA pulak.

Berubahlah..berubahlah demi agama, bangsa dan negara.

ARAHAN KEPADA PETUGAS PAS


ELAKKAN SEBARANG KUPASAN/ ULASAN MENGENAI ISU NEGERI.

Kota Bahru , 10 Oktober- Pihak pimpinan PAS Pusat telah mengeluarkan arahan secara lisan kepada para petugas PAS samada penceramah, perayu undi dan petugas lain agar mengelakkan diri daripada memperkatakan isu isu berkaitan Kerajaan Negeri Kelantan dalam kempen mereka di Galas.

Menurut laporan, para petugas akan dibekalkan dengan bahan yang melibatkan isu nasional termasuk isu isu yang berlaku dalam tahun 80 an.

Para petugas diminta mengadakan kempen ziarah ke rumah rumah dan memberi penekanan kepada ' Hukum Hudud dan Penganiayaan terhadap Sekolah Agama Rakyat '

Sekiranya ditimbulkan isu berkaitan kebajikan rakyat, petugas diarahkan untuk meletakkan kelemahan itu kepada Kerajaan Pusat.
Para Petugas juga diminta sentiasa berhubung dengan bilik Gerakan Pilihanraya untuk mendapatkan maklumat terkini.

Buat masa ini hanya petugas khas sahaja dibenarkan berkempen kepada masyarakat Cina. Mereka dijangka akan mendapat taklimat khas untuk mereka sahaja. Taklimat yang akan dikendalikan oleh DAP ini akan dijalankan dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan, maklumat sulit juga diperolehi tentang masalah peruntukan pilihanraya kerana pergolakan yang berlaku dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan kesan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ).

Dalam masa yang sama Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub telah tidak dibenarkan terlibat dalam kempen kerana masalah peribadi.


Catatan : Maklumat di atas diperolehi daripada Ibu Pejabat PAS Pusat

Ulasan Aku : Aku yang sebetulnya malas nak ulas laporan ini. Aku tahu apa yang dilaporkan memang berlaku. Masalahnya aku tak nampak ada usaha bersungguh sungguh daripada UMNO untuk menjawab isu isu ini dan dalam masa yang sama mendedahkan penyelewengan yang dibuat. Aku bimbang apabila kita leka, kita membenarkan agama dijual beli, kemudian subur jiwa hamba dalam diri rakyat Kelantan.

Jiwa hamba ni pulak bukan kepada ALLAH RABBULJALIL tetapi kepada Nik Aziz . Pemujaan sebahagian orang dengan restu Nik Aziz sendiri dah jadi semacam pemujaan orang kepada Ayah Pin. Tidakkah ini sesat dan menyesatkan ?

Sunday, October 10, 2010

PAS AKAN SAMAN OBAMA



PANEL PENASIHAT UNDANG UNDANG PAS AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG TERHADAP BARRACK OBAMA.

Siaplah kau Obama, Presiden Amerika Syarikat. Berita yang aku baru terima daripada sumber yang boleh dipercayai menyatakan PAS sedang meminta nasihat panel peguam DAP untuk memikirkan kemungkinan mengambil tindakan mahkamah antarabangsa terhadap Obama sebagai bantahan kepada kenyataan Obama terhadap Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Tindakan ini diambil ekoran beberapa kenyataan Obama yang dengan jelas dilihat mengangkat martabat Najib sebagai pemimpin UMNO dan pemimpin orang Islam.

Di antara kenyataan tersebut ialah Obama meminta Najib memimpin Asean dalam mengkaji bentuk perhubungan lebih bermakna dengan Amerika Syarikat. Obama menyatakan Najib adalah orang yang paling layak memimpin usaha ini.

Obama juga telah membuat keputusan bahawa rundingan perdagangan antara dua negara ( Malaysia-AS ) boleh dijalankan terus tanpa persetujuan Kongres. Ini juga merupakan pengiktirafan tertinggi terhadap negara luar. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sumber juga menyatakan bahawa sikap Obama ini tercetus selepas ucapan Najib di PBB.

PAS melihat kenyataan Obama ini telah meningkatkan imej Najib dalam negara dan dengan sendirinya menggagalkan usaha Anwar Ibrahim yang sedang bertungkus lumus melobi Yahudi untuk membiayai Pakatan Pembangkang menghadapi PRU 13.

Dalam masa yang sama, ini dilihat menyukarkan usaha DAP, PAS dan PKR untuk mempertahankan DUN Galas.

Akhirnya sumber ini menyatakan bahawa Nik Aziz akan mengetui rombongan mengadap Karpal Singh untuk merayu bantuannya.

Saturday, October 9, 2010

BUKAN ITU KERJA PEMIMPIN UMNO




KU NAN , USAH BERCAKAP SEPERTI HAKIM.
KHAIRY PULAK TAK PAYAH JADI HERO SOPAN SANTUN

Aku mulanya malas nak ulas teguran Ku Nan ( Setiausaha Agung UMNO ) kepada Pemuda dan Puteri UMNO. Memang dia cakap benda betul. Khairy tak perlu buat kenyataan macam matang sangat. ' Saya terima dengan terbuka, dia ada hak nak bagi pandangan "

Bukan orang harap Pemuda jadi hero yang bersopan santun. Pemuda dan Puteri kena bertindak mendaftar pengundi baru dan pastikan mereka mengundi UMNO.
Itu matlamat kita berpolitik dalam sistem demokrasi ni. Bukan jawab menjawab dalam media. Datuk Najib pun tak banyak cakap pasal Pemuda dan Puteri ni. Tak perlu. Ini masa kerja, bukan bercakap.

Puteri aku nampak ada programnya. Perbaiki je kaedah pelaksanaan supaya jadi lebih berkesan. Ketua Puteri tak payah nak naik angin. Buktikan dengan kerja.

Ku Nan sendiri pada aku gagal sebagai Setiausaha Agung. Apa program yang dia buat untuk mantapkan organisasi UMNO. Nak daftar jadi ahli sampai 2/3 tahun tak dapat. PAS serta merta boleh daftar.

Pemutihan banyak melukakan hati orang. Orang setia dikata curang. Ahli Bahagian bertukar cawangan. Ini semua soal pengurusan organisasi. Setiausaha adalah nadi sesebuah organisasi. Kalau setiausaha lemah , organisasi akan lemah.

Banyak sangat syarat nak jadi ahli UMNO. Sedarlah Ku Nan, jangan banyak karenah dalam keadaan kita lemah. Usah bantai Pemuda dan Puteri. Kerja kita bimbing mereka.

Friday, October 8, 2010

PAS MUNGKIN TAK BERTANDING PRK GALAS

EKORAN MASALAH DALAMAN PARTI

Ini berita yang baru tersebar secara meluas khasnya di Kelantan. Pucuk pimpinan tertinggi PAS akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi memperhalusi perkara ini.

Menurut sumber yang amat rapat dengan Pejabat Menteri Besar Kelantan ada beberapa faktor yang mendorong perkara ini :-

1. PAS menjangkakan calon UMNO akan menang mudah kerusi Galas. Faktor Ku Li tidak dapat ditolak sama sekali.

2. PAS tidak akan kerugian apa apa jika tidak bertanding kerana perubahan kerusi tidak akan merubah kedudukan kerajaan negeri.

3. Sekiranya bertanding dan gagal mempertahankan kerusi, ini akan beri kesan besar terhadap imej PAS dalam Pakatan Pembangkang dan ia mungkin menjejaskan peluang dalam PRU 13.

4. Kesilapan Husam Musa dalam memperlekeh masyarakat Orang Asli juga telah menyebabkan jentera PAS bukan sahaja tidak dapat berkempen bahkan tidak dibenarkan masuk ke kawasan Orang Asli.

5. Faktor paling penting ialah PAS akan memberi tumpuan kepada satu kerusi parlimen yang akan dikosongkan tidak lama lagi. Sumber memaklumkan bahawa kerusi Parlimen di Kelantan ini akan dikosongkan oleh penyandangnya berikutan salahlaku yang tidak dapat disembunyikan. Sumber ini juga memaklumkan bahawa individu berkenaan telah diminta supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

Sekiranya benar apa yang disebarkan , ini bermakna calon yang akan diletakkan bagi menentang calon UMNO ialah dari PKR.

MINTAK MAAFLAH, AKU NAK TERGELAK..

HARAKAHDAILY BUKA RUANG KEPADA BUDAK TADIKA

Mintak maaflah ye. Kalau pun nak menolong Kerajaan Selangor yang dah nak runtuh, kalaupun nak tunjuk kerajaan Pakatan PKR / DAP ni baik sangat, ( maaf PAS tak termasuk dalam kerajaan Selangor, PAS ni untuk tujuan buat riuh rendah je ) tak perlulah sampai siarkan surat daripada pembaca yang gila.

Walaupun Harakahdaily selamanya tak pernah betul janganlah sampai merendahkan martabat ' Melayu Islam ' dengan bahan budak tadika. Harakahdaily ni sepatutnya mengekalkan status sebagai bahan bacaan orang dewasa.

Aku fahamlah Harakahdaily macam juga parti PAS sendiri mana pernah hormat orang. Tapi menyiarkan surat budak tadika untuk siaran Harakahdaily aku rasa tak patut sangat. Budak budak , biarlah diaorang bermain, berseronok macam budak budak lain.

Abdul Aziz bin Abdul Ghani ni budak sangat lagi. Kesian dia. Korang bayangkan dia boleh ucap tahniah kepada Kerajaan Selangor kerana bagi buku teks ( agama ) percuma kepada pelajar di Selangor. Ucap tahniah pulak sampai 3 kali.

Korang mesti macam aku kan . Nak tergelak. Kerajaan UMNO/BN dah bagi buku teks percuma semua subjek sejak 1974. Selangor baru bagi. Itu pun riuh rendah.

Lepas tu budak tadika ni cadangkan supaya Kerajaan Selangor tolong bayarkan yuran bulanan 10/20 ringgit untuk kelas agama rakyat. Ini pun lawak juga. Sebab negeri lain mana ada kenakan yuran. Selangor je
yang kenakan yuran. Oh..Hassan Ali Exco dia. Patutlah.

Ada satu lawak lagi, di hujung surat dia , Abdul Aziz kata " biarlah UMNO terjun dengan labu labunya ", pulakdah..

Tapi walaupun harakahdaily siarkan surat budak tadika , dia cover juga dengan mengatakan bahawa semua surat adalah tanggungjawab penulis sendiri bukan Harakahdaily.

Oh ye..aku nak tumpang tanya, editor Harakahdaily darjah berapa sekarang ?






Thursday, October 7, 2010

DEI TAMBI..LU TAU KA LU SAPA!!!

KING KIT SIANG TUNJUK TARING KEPADA TAMBI KAKI GEMPO

Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat baru baru ini buat kejutan, orang Perak kata buat GEMPO. Dengan berani Kula buat kenyataan hentam kepimpinan DAP khasnya DAP Perak.

Ramai orang kata DAP akan meletup. Orang UMNO/ BN menadah tangan bersyukur tanpa memikirkan apa yang berlaku sebenarnya tidak akan ada kesan terhadap undi yang bakal diterima jika tidak bekerja kuat.

Ada orang pulak kata ini adalah sandiwara DAP. Sandiwara Tamil bergabung dengan Opera Cina. Ada orang apa yang berlaku adalah lakonan semata mata.

Aku pulak anggap memang ada masalah dalam DAP. Memang DAP tengah kecoh. Memang wujud rasa tak puas hati. Memang ada api sedang bernyala dalam DAP. Kulasegaran sebenarnya memang nak memberontak.

Aku nak tanya korang soalan. Ada korang dengar King Kit Siang bersuara ?

Tak ada. Apek yang sedang merancang untuk menjadi ' KING ' ini hanya menutup mulut. Senyap. King hanya panggil mengadap Kulasegaran,

Titah King Kit Siang " Dei tambi..lu ingat lu sapa ha..lu hingat lu manyak kuat ka?Lu hingat lu moleh menang itu kelusi Ipoh Balat ka ? Dei ..lu menang pasai wa mau lu menang tau, wa tatak tolong sam lu , lu mampui ma..".

Begitu titah King Kit Siang. Baru Kulasegaran tergamam, sedar dan insaf akan dirinya. Dia meluru kepada King Kit Siang, mencium tangan King Kit Siang dengan air mata bercucuran.

Inilah DAP yang mengaku parti semua kaum. Inilah DAP yang mendakwa bersikap terbuka. Inilah satu satunya parti perkauman Cina yang paling ganas dan bahaya.

Inilah sebab DAP bermati matian nak hapuskan institusi Raja. Sebab dia sendiri nak jadi Raja. Putera Mahkota telahpun dilatih memerintah di Pulau Mutiara.
Kepada Kulasegaran, percayalah, kamu akan kekal jadi hamba yang tiada maruah sampai akhir hayat kamu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...