Tuesday, October 14, 2014

AKTA HASUTAN TAK DAPAT DIPERTAHAN JIKA INI PEJUANGNYA !



Awalnya eloklah kita akui Akta Hasutan ini tidak akan menjadi isu jika bukan kerana Kerajaan UMNO/BN sendiri yang menawarkan penghapusannya. Setelah ISA, Akta Hasutan dipercayai dapat memulihkan populariti Kerajaan UMNO/BN yang merudum. Mari kita telan hakikat ini walaupun pahit. ( Tun Mahathir terluka dengan keputusan ini ). Kepercayaan itu palsu.

Apa signifikannya Akta ini ? Akta ini tidak penting sebenarnya jika kita semua saling menghormati antara satu sama lain khasnya menghormati undang undang dan Perlembagaan negara.  Tetapi manusia perlu dikawal. Jika tidak,  ada yang melakukan sesuatu yang boleh merosakkan negara bangsa yang telah terbina sekian lama.

Kita bukan sahaja mempunyai ahli politik yang cita cita politik meranapkan akal budi mereka bahkan kita mempunyai rakyat yang ' jiwanya kontang ' jika tidak mencetuskan kekacauan dan kegelisahan. Di sini Akta Hasutan amat berguna.

Aku sendiri cenderung mahu Akta Hasutan 1948 ini dipertahankan bahkan pernah bertemu Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu menjaga undang undang namun beliau agak ' berbeza' dengan pendirian aku.

Jangan ada yang menyangka Kerajaan Najib ini silap semua. Najib telah membuka gelanggang agar rakyat membahaskan perkara ini secara mendalam dan kerajaan memerhati dengan tekun dan teliti. Pada ketika inilah kita perlukan pejuang tulen yang boleh berpencak dengan betul. Tari dan bunga biar indah serta pukulan padu dan tepat. Inilah yang aku kesali dan anggap sesuatu yang malang sebenarnya. Kita kekurangan pendekar atau kalaupun ada,  pendekar kita gopoh dan emosi.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz adalah peguam muda Melayu yang amat aku banggakan. Berani dan lantang. Pastinya bijak sehingga menjadi seorang peguam yang aku yakin sedang mencanai nama. Malangnya...

Malang 1

KUALA LUMPUR, (MLP) - Isu menaikkan band MUET bagi pelajar IPT semakin hangat apabila seorang peguam menawarkan khidmat guamannya kepada pelajar dan mahasiswa untuk menyaman kerajaan Malaysia.

Peguam tersebut, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata semua pelajar dan mahasiswa boleh menyaman kerajaan Malaysia kerana cadangan menaikkan MUET bertentangan dengan Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Azam berpendapat keputusan kerajaan menaikkan syarat kemasukan am ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah terlalu ketat.

Menurut laporan Astro Awani, Azam berpendapat demikian berdasarkan keputusan MUET 2010, yang mencatatkan hanya 9.56% sahaja pelajar yang mampu mencapai Band 4 dan hanya 0.97% sahaja yang mencapai band 5 untuk calon ijazah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2015 untuk meningkatkan syarat kemasukan ke IPTA dan syarat bergraduasi berdasarkan keputusan MUET.


Azam jangan berjiwa kerdil dan memandang rendah anak Melayu .         Azam sepatutnya melontarkan cadangan bagaimana membantu anak Melayu untuk berjaya dalam Bahasa Inggeris seperti dirinya. Meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris tidak sama sekali menggugat Perkara 152, 153 Perlembagaan bahkan ia tetap terpelihara. Semua bangsa WAJIB LULUS BAHASA MELAYU UNTUK LAYAK MENDAPAT SIJIL SPM. Saudara kita orang Cina dan India tidak melompat kerananya sebaliknya mereka menghantar anak ke kelas tambahan Bahasa Melayu.



Malang 2


Malang 3

Malang 2 dan 3 kepada aku ( Aku harap aku silap ) tiada kaitannya dengan usaha mempertahankan Akta Hasutan. Ia telah menjadi perkara peribadi. Antara A dan B , siapa terbukti lebih kuat dan berani. Mempertahankan Akta Hasutan bukan persoalan antara dua manusia. Ia jauh lebih besar daripada itu. Kita mahu Akta ini dipertahankan kerana ia adalah alat yang amat berkesan dalam dalam memelihara keharmonian hidup rakyat majmuk di Bumi Bertuah ini. Lebih bahaya lagi jika pejuang kita mempunyai dua titik akhir dalam perjuangannya. Kemasyhuran, nama , kadang kala melekakan kita.

Malang 4





Aku tidak kenal Syahredzan Johan melainkan selepas ia memimpin kempen menghapuskan Akta Hasutan melalui Majlis Peguam. Beliau tidak banyak mengeluarkan kenyataan dan aku anggap beliau sebagai halangan yang boleh diatasi. Ironinya beliau seorang yang tenang dan objektif. Wawancara di atas menggambarkan dirinya.

Jangan lupa dalam pertarungan,  kuat sahaja belum menjamin kita menang. Kita mungkin tersilap langkah. Tenang membolehkan kita berfikir dan bertindak betul pada masa perlu.

Biar aku berterus terang. Aku anggap kedua dua peguam muda ini adalah aset Umat Melayu yang amat berharga. Aku mahu kedua duanya. Perbezaan tidak boleh dibiarkan memecahbelahkan kita Umat Melayu. Padalah dengan perpecahan sedia ada kerana jika kita berpecah belah begitu teruk, tiada Akta yang akan dapat menyelamatkan kita.

Akhirnya jangan kita pula mengajak orang berperang dan berbunuhan sesama sendiri sedangkan kita tidak pernah sekalipun duduk semeja.



24 comments:

Anonymous said...

Artikel hebat. Terbaik !

Anonymous said...

Ini semua bunga bunga nak pecah belah lagi. Sebab itu orang kacau hak Melayu. Melayu tak pernah bersatu.

Anonymous said...

Aku kenal Azam ni. Budak ni ada potensi tapi ghairahnya lebih. Aku perhatikan orang macam ini tak lama naiknya. Satu masa dia akan jatuh. Aku harap dia hati hati. Rugi kalau bunga layu sebelum berkembang.

Anonymous said...

Sayang. Kalaulah dua pemuda ini dapat kita satukan tentu ia akan jadi tenaga yang cukup kuat.

Anonymous said...

Makin ramai profesional tidak mahu umno!

Anonymous said...

Buatlah macam mana pun Cina juga untung. MCA ka gerakan ka DAP ka. Depa semua sekepala.

Anonymous said...

Sombong. Pencapaian tak setara dengan kesombongan

Anonymous said...

Nazri Aziz ni ikut kepala dia ja. Dia bukan peduli apa nakjadi orang Melayu.

Anonymous said...

Untuk sekali ini aku harap UMNO berani.Sekali ini saja. Pertahankan Akta Hasutan. Laksanakannya dengan berkesan. Jangan birkan cacing sampai naik ke mata.

Unknown said...

Sepatutnya kita ambil langkah bijak. Kumpul anak anak muda Melayu yang hebat ini. Satukan mereka. Biarkan perbezaan tapi jangan benarkan perpecahan. Percayalah, mereka tetap kasih kepada agama bangsa ini sama seperti kita.

Anonymous said...

Kegagalan orang Melayu selama ini kerana orang Melayu tidak fokus. Kepentingan peribadi melebihi perjuangan sebenar

Anonymous said...

Saya ingin mengingatkan perjuangan tidak akan ke mana jika kita ada niat lain yang tersirat.

Anonymous said...

Kerajaan takut sgt kat pakatan. Inilah akibatnya. Tak pulak bertambah undi

Mandela said...

Aku kenal Syahredzan Johan ni....aku tanya dia betul ke tarik diri x nak debat dgn mamat loyar gila publisiti ni.....Syahredzan kata ',,,Demi Allah bang tak tau menahu pun....tetiba viral poster debat ni kemudian muncul pulak poster saya tarik diri sebab tak berani...kelakar la bang"
This lawyer Buzz Azam gila ni making a hero of himself fighting a ghost and enemy that he himself created for his own self glorification
Hahahahaha.....kesian anak anak dia sebab dpt bapak seorang peguam hangit tt
Puihhhhh....

Anonymous said...

Mandela,
Saya ambil peluang mengkaji Azam dan Syahredzan. Apapun yang berlaku saya tetap percaya kedua duanya berkebolehan. Cuma persepsi masyarakat Azam menyokong kerajaan manakala Syah menyokong pembangkang. Hakikatnya apabila azam menentang MUET ditingkatkan bahkan sampai sanggup menjadi peguam jika ada yang mahu menyaman kerajaan, saya mula berfikir adakah Azam seseorang yang menyamar? Cara beliau seolah olah Kerajaan mengambil langkah menganiaya khasnya pelajar Melayu.Saya tidak tahu apa kecenderungan politik Syahredzan. Kalau dia dikatakan pembangkang kerana mahu menghapuskan Akta Hasutan, bagaimana pula dengan Menteri yang juga menyokong Akta Hasutan diganti?

Anonymous said...

Azam ni suka publisiti. Spesis Brahim Ali. kah! kah ! kah !

Anonymous said...

Makin ramaila pelajar Melayu lelaki yang tak dapat masuk IPTA.. Saya dan kawan2 lelaki Melayu dulu tak pandai Bahasa Inggeris tapi dulu takde MUET. Kami terer subject2 selain english. Bila Masuk IPTA dan banyak buku dalam bahasa inggeris, kami rajinla selak kamus. Lama2 kami pandai sendiri & saya lulus dengan cemerlang.

Anonymous said...

Perkara ini amat penting. Sebagai guru saya tahu ia baik kecuali Guru Bahasa Inggeris ambil mudah. Mulai 2016 Bahasa Inggeris adalah subjek WAJIB lulus SPM. Jangan bimbang anak Melayu tak lepas.Satu masa dulu Matematik adalah syarat WAJIB lulus SRP. Mulanya orang Melayu bimbang kerana kononnya anak Melayu lemah Matematik. Apa yang berlaku ramai anak Melayu dapat melepasi SRP. Anak saya sedang mengikuti Sarjana Matematik USM. Di peringkat Ijazah Pertama beliau mendapat Anugerah Dekan. Mari berjiwa besar. Masanya sudah tiba untuk kita buktikan kita ialah Khaira Ummah seperti jaminan Rasulullah SAW.

Anonymous said...

Bagus rtikel ini. Setidaknya kita boleh nilai manusia. Yang penting Melayu tak rugi.

Anonymous said...

Aku tak tau kenapa orang Melayu rasa selamat kalau ada Akta Hasutan. Dia sama macam Akta Dadah ( Contoh ). Ramai jugak budak Melayu hisap dadah walaupun ada akta. Yang penting sikap. Melambak undang undang ada. Melayu jangan penakutlah. Nak perlindungan sentiasa. Kita boss, kita tuan. Kita paut lindung orang bukan kita dilindungi.

Anonymous said...

Salam Cikgu,

Saya suka artikel ni. Menarik untuk diperhalusi. Takut saya tengok budak budak muda sekarang. Ghairah benar cari nama.

Anonymous said...

Dua anak muda ni orang hebat. Bertelagah menjadikan kehebatan itu pudar.

Anonymous said...

Azam ni promote diri dia untuk bisnes. Baguslah tapi jangan rosakkan orang lain.

Anonymous said...

Lebih baik berpakat. Melayu dah cukup berpecah dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...