Tuesday, October 7, 2014

MESEJ PELIK DARIPADA MENTERI.

Pasti ramai sedang berpusu-pusu pulang dari kampung setelah bercuti sempena Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah, masa yang ada telah dimanfaatkan utk bertemu insan tersayang di kampung walaupun terpaksa memandu berjam-jam. Ternyata amalan ziarah-menziarahi tatkala musim perayaan masih menebal dlm tradisi kita. Ia merupakan satu tradisi hebat yg perlu kita wariskan kpd generasi akn datang. Sesibuk manapun kita, jgnlah sesekali kita lupa luangkan masa menziarahi ibu bapa kita. Bagi saya, ketibaan Hari Raya Aidiladha kali ini bawa pengertian yg sangat besar dalam hidup saya kerana saya baru sahaja kehilangan bonda tersayang. Sehingga hari ini masih terngiyang-ngiyang saat dan kenangan bersama bonda. Saya ingin berpesan kpd mereka yg masih memiliki ibu dan ayah agar hargailah kedua-duanya sepenuh hati, sepenuh jiwa dan raga. Akhir kata, marilah kita sedekahkan Alfatihah buat ibu bapa dan saudara-mara yg telah pergi meninggalkan kita.

AL FATIHAH.

( Petikan FB Datuk Seri Hishammuddin Hussein )


Ulasan

Ramai kawan aku bercakap tentang perkara ini hari ini. Kenyataan yang amat menyentuh dan sangat rapat dengan kita. Jarang ahli politik mampu mencurahkan isi hati macam ini.

Dalam pada pemimpin Pakatan menghasut rakyat agar tidak pulang ke kampung kononnya kerana tidak mampu, DS Hishammuddin menekankan peri penting pulang untuk bersama ibu bapa.

Seriuslah. Aku kagum dengan kenyataan ini...



6 comments:

Anonymous said...

Terbaiklah. Alhamdulillah, dakwah yang halus dan cermat.

Anonymous said...

YA ALLAH SAYU KITA MEMBACANYA. KITA YANG DAH TIADA IBU BAPA MEMANG TERASA SANGATLAH.

Anonymous said...

Tak payah pakai serban pakai jubah, yang paling penting ialah niat ikhlas kita nak beri peringatan.

Anonymous said...

Semoga Datuk Seri tabah hadapi kehilangan bonda tercinta.

Anonymous said...

Terbaik ! Tanpa ibu bapa siapa kita?

Anonymous said...

Dakwah adalah kewajipan umat Islam . Cara dan kaedah mungkin berbeza tapi kewajipan tetap ada. Bahasa Datuk Hisham sangat baik dan menusuk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...